#############
Di taman :
"Ermm.....nak tanya boleh tak?" Kata Iu.
"Apa dia?" Jawab jungkook.
"Awak tinggal seorang je ke? Mana keluarga awak?" Tanya iu lagi.
Jungkook mengeluh. Dia malas sebenarnya hendak membuka cerita, tetapi akhirnya dia ceritakan jugak lah kepada Iu.
"Kau ni gila!" Kata Iu.
"Ehh, asal pulak !" Soal jungkook.
"Kau tau tak ibu tiri aku langsung tak suka aku, ayah aku keluar malam tak balik- balik dan tak pernah peduli dengan aku dari aku kecil lagi. Suami aku pulak bunuh aku? Aku memang anak orang kaya weh! Tapi dengan duit? Duit tak dapat bagi aku kebahagiaan weh tak dapat ! Hikss...hikss....aku tak menyesal aku mati awal. Hidup aku memang dah tak berguna lagi.... tapi kau? Apa yang kau buat? Ramai orang yang masih sayangkan kau weh, tapi ini yang kau balas? Kalau aku diberi pilihan aku nak sangat ada di posisi kau." Kata Iu, air matanya dia usap berkali kali.
Jungkook terdiam lidahnya kelu. Dia terfikir bahawa apa yang IU katakan semuanya benar. Jika kita merasa hidup kita itu teruk, ada lagi orang yang hidup lebih teruk daripada kita.
Jungkook teringat kembali cara dia melayani ibu tirinya, selalu berkasar dan tidak pernah lembut. Begitu juga ketika dia melayan ayahnya. Sedangkan ayahnya sentiasa memberikan yang terbaik untuknya dan semua yang dia inginkan dia dapat walaupun keluarganya bukanlah orang yang kaya.
"Awak perlu balik dan minta maaf dekat keluarga awak sekarang juga" kata Iu.
Jungkook mengangguk lalu membonceng motosikalnya ke rumah keluarganya.
Di rumah keluarga jungkook :
"Mama.......ayah" jungkook meluru masuk ke dalam rumah usai turun dari motosikalnya. Dia masuk dan memeluk kedua ibu bapanya itu yang sedang makan di meja makan.
"Kenapa ni kook?" Tanya ayahnya.
"Kook dah balik eh?" Kata ibu tirinya pula.
"Kook nak minta maaf ma, pa. Selama ni kook dah jadi anak yang derhaka...kook...." kata jungkook.
Ibu tirinya menepis "dahlah kook, ayah dan ibu maafkan . Sekarang kook balik sini ya? Jomlah makan ngan kitorang" kata puan dewina.
Jungkook mengangguk dan senyum. Ibunya terus mengambilkan dia bubur ayam kesukaanya. Mereka bertiga makan bersama sama. Sudah lama mereka tidak merasakan kebahagiaan seperti itu.
YOU ARE READING
Beautiful Moment ( Iu & Jungkook )
RomanceKejadian itu memberikan aku kesedaran. Sedar dalam ego aku. Dia muncul seketika, aku tak ingin kehilanganya .... tapi siapalah aku untuk dapat menghalangnya pergi..... -Jeon jungkook. #warning (SAD STORY)