########
Tokk...tokkkk (bunyi ketukan pintu bilik)
"Masuk" jawab jungkook ringkas.
"Kook, ayuh turun makan bersama" kata ayah jungkook.
"Ok" jawab jungkook. Dia sebenarnya malas utk makan bersama ibu tiri dan ayah kandung nya itu.
"Hai kook, mama ambil kan nasi ok?" Kata puan dewina, ibu tiri jungkook itu mengukir senyuman manis padanya .
Kook hanya diam dan tidak membalas sepatah perkataan pun kpda ibu tirinya itu.
Ayah kook yang berada di situ pun menjadi sayu melihat kelakuan anak lelakinya tersebut. Sudah puas dia menceritakan bahawa ibunya lah yang menyuruhnya berkahwin dengan puan Dewina untuk menjaganya jika dia meninggal dunia, kerana bagi ibunya Dewina adalah seorang wanita yang baik.
"Saya dah kenyang" kata jungkook. Belum sampai beberapa beberapa minit menyantap masakan ibu tirinya, dia telah naik ke biliknya semula.
Ibu tirinya tunduk dan wajahnya terlihat begitu sayu.
"Sabarlah awak, saya akan nasihatkan dia lagi nanti" kata ayah kook.
#############
"Okey barang semua dah siap pack, semua dah lengkap" kata jungkook sambil melihat beg bagasinya yg kini telah penuh berisi barang barang harian seperti baju, miliknya.
Jungkook membawa turun beg bagasinya tersebut di tingkat bawah.
"Eh, kook nak pergi mana ni ?" Ibu tirinya tu kehairanan melihat kook yang sedang mengusung beg bagasinya ke luar rumah.
"Bukan urusan anty lah" kata kook.
Ayah kook yang baru sahaja selesai mandi keluar dari biliknya dan melihat anaknya itu sedang bersama isterinya.
"Kook nak pergi mana ?" Ayah kook pun bertanya usai melihat beg bagasi kook yang besat itu, seperti hendak pindah rumah.
"Kok dah ada rumah sewa baru, aku akan tinggal sendiri lepasni" jwb jungkook.
"Tapi kenapa kook? Apa lagi yang kook nak? Masih kurang kah kasih sayang yang ayah beri pada kook selama ini? Kook.... kook satu satunya anak ayah, ayah taknak kehilangan kook? Kenapa kook nak buat macam ni?" Kata kata ayah kook membuatkan kook sedikit luluh.
"Sudahlah ayah, ayah tak pernah fahamkam kook! Ayah sama je macam anty ni! Takde orang yg peduli lagi dgan kook, ayah pun sma je. Kook dah tak kesah, kook nak tinggal sendirian." Kata jungkook dengan matanya yg berkaca kaca menahan sebak di dada.
Kook membonceng motosikalnya bersama sama dengan beg bagasinya.
"Kook!" Ayahnya tak mampu menghalang anak lelakinya tersebut. Puan dewina mencuba untuk menenangkan suami nya itu.
Perlahan - lahan, kelibat jungkook hilang dari pandangan kedua suami isteri itu.
YOU ARE READING
Beautiful Moment ( Iu & Jungkook )
RomanceKejadian itu memberikan aku kesedaran. Sedar dalam ego aku. Dia muncul seketika, aku tak ingin kehilanganya .... tapi siapalah aku untuk dapat menghalangnya pergi..... -Jeon jungkook. #warning (SAD STORY)