TAMAT PENJUALAN PADA 14/12/2021 Anugerah Karya Terbaik [Best Romance] ☀ MetaCOOL Award 2018 ☀ Yusuf Irham Nur Dahlia "Awak sedar tak Yusuf apa yang awak cakap ni?Saya tak sangka awak buat diri awak macam orang tak bermaruah. Jangan biar orang pijak kepala awak." "Saya tiada pilihan lain. Saya diugut..." Dahlia masih percaya bahawa hubungan yang dibina masih boleh diselamatkan namun tidak pula bagi Yusuf yang sudah berserah pada takdir. Saat keputusan yang disangka terbaik telah menjadi sebaliknya... jatuh terduduk Yusuf mengenangkan nasib sendiri. Tiga tahun Yusuf menyepi. Dahlia menanti. Saat Dahlia melangkah ke hadapan, dengan menerima cinta yang baru, Yusuf kembali. "Kenapa baru sekarang awak nak muncul. Kenapa?!" Dahlia yang masih ragu-ragu akhirnya menerima Yusuf dengan rasa cinta yang masih berbaki. Fitnah yang melanda semakin memporak-perandakan perkahwinan mereka. "Kau memang taknak ambil tahu ke siapa pengirim email tu?" "Apa yang lebih penting, aku nak tahu kebenaran sebenar. Buat masa ni, biarlah aku cuba tenangkan diri dulu..." Dahlia mula berubah. Apa sahaja yang Yusuf lakukan nampak salah pada matanya. Dahlia terus mendesak untuk dilepaskan walaupun hati Yusuf begitu memberat untuk melaksanakan. "Awak sayangkan saya Yusuf?" "Terlalu sayang. Kalau abang tak sayang Dahlia, abang tak akan tebalkan muka untuk jumpa Dahlia semula..." Hujan yang turun mula berhenti menampakkan pelanginya sebelum... cinta yang kembali bersemi teruji sekali lagi. Tentangan dan ujian yang datang dari segenap sisi semakin menekan mereka. "Maafkan abang, jika abang nampak seperti seorang lelaki yang lemah pada mata Lia. Maafkan abang kerana menangis di hadapan Lia..." "Awak tak salah untuk menangis, Yusuf. Lepaskanlah segala yang terbeban dalam dada awak. Saya cuba untuk dengar..." Yusuf. Dia lelaki satu dalam seribu. Mana mungkin akan kau jumpa lelaki setabah dan seikhlas dia. Mampukah dirinya mempertahankan cinta dan kasihnya pada Dahlia?