KB ¦ 1

4.1K 166 17
                                    


Pen ditangan sengaja diputarkan di celahan jari tanda otaknya sedang ligat berfikir. Soalan past year Transport Phenomena tersebut benar-benar menguji ilmu pengetahuannya.

"Susah betul lah subjek ni. Macam manalah nasib final exam aku nanti. Mahu menangis aku dalam dewan." Yusuf mengeluh kecil memikirkan hal itu.

Namun Yusuf tidak mudah berputus asa apabila dia mula menyelak buku teks tebal yang dipinjam di perpustakaan bagi mendapatkan jawapan. Dia tidak akan mengalah untuk mendapatkan yang terbaik. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar dalam menuntut ilmu.

"Yusuf, sudah lah tu nak. Mari makan. Belajar tu sambung nanti-nanti je lah." Maryam menegur anak terunanya di muka pintu bersama gelengan kepala.

Dia faham benar anaknya itu terlampau kuat belajar sehinggakan kadang-kadang lupa untuk makan.

Yusuf segera menoleh pada suara yang menegur di muka pintu biliknya tersebut.

"Ibu makanlah dulu ye. Yusuf nak habiskan sikit lagi ni." Yusuf menolak lembut pelawaan ibunya tersebut.

"Anak ibu ni kuat sangat belajar...tak bosan ke? Awak tu lelaki tau, sepatutnya umur-umur remaja macam ni ikut kawan pergi main futsal malam-malam ataupun tengok bola lepak mamak. Tapi pelik anak ibu ni boleh stay je dekat rumah." Maryam mula membebel. "Ibu risau kalau Yusuf tertekan dan rasa macam takde life bak kata omputeh."

Yusuf tertewa kecil. Selalunya perangai mak-mak risau kalau anak lelakinya berpeleseran hingga lewat malam. Ini terbalik pula dengan ibunya.

"Ibu, kalau ikutkan Yusuf nak je keluar tapi kan sekarang tengah study week. Sepatutnya Yusuf tak perlu balik pun tapi Yusuf kesian ibu duduk rumah sorang-sorang." Yusuf menjelaskan tenang.

"Tapi, Yusuf balik pun bukan nak teman ibu. Sibuk juga dengan buku. Ibu ajak makan sekali pun taknak." Maryam sengaja memuramkan wajahnya dan kedengaran seperti merajuk.

Yusuf yang mendengar jadi tidak enak pula rasanya. Dia seboleh mungkin ingin menjaga hati wanita yang sangat dia hormati itu. Dia tidak mahu dengan hanya kata-kata, ibunya tidak redha dengan dirinya.

"Ibu...janganlah cakap macam tu. Ibu buat Yusuf rasa bersalah." Yusuf cuba memujuk dan mula bangun dari meja studi.

"Ibu segalanya buat Yusuf. Satu-satunya keluarga yang Yusuf ada. Yusuf belajar rajin-rajin pun sebab ibu...sebab nak ubah nasib hidup keluarga kita. Yusuf teringin nak belikan sebuah rumah untuk ibu, bawa ibu naik kereta mewah..."

Yusuf menghampiri ibunya sebelum dipeluk wanita separuh umur itu. Tubuhnya yang agak tinggi telah menenggelamkan tubuh genit ibunya di dalam pelukan. Dia terpaksa menunduk untuk melihatkan reaksi ibunya.

Maryam hanya tersenyum mendengar. Dia tiada niat untuk merajuk. Dia cuma mahu menguji anak terunanya.

"Ibu gurau aje. Ibu tahu Yusuf belajar rajin-rajin sebab nak bahagiakan ibu..." Maryam mula tersengih lagi.

"Anak bujang ibu ni betul-betul berbeza daripada bujang-bujang dekat luar sana. Anak ibu ni macam dah matang sangat nak berbini. Matang berfikir." Maryam semakin memuji anaknya.

Yusuf hanya tersengih. Tidak mengiakan dan tidak juga menidakkan. Mungkin kerana kesusahan hidup begitu mematangkan dirinya. Hidup berdua dengan ibunya sejak lahir begitu menyedarkan Yusuf bahawa tiada siapa yang dapat mengubah nasib mereka berdua melainkan dirinya sendiri.

"Berbual panjang-panjang ni, ibu nak tanya sikit lah."

Yusuf mengerut dahi. "Nak tanya apa? Macam serius je bunyi."

Maryam diam sejenak dan kembali tersenyum seolah-olah ada sesuatu yang begitu mencuit hatinya.

"Kenapa senyuman ibu macam mencurigakan? Ada apa-apa yang Yusuf tak tahu ke?" Yusuf semakin pelik.

"Siapa ye si Dahlia tu? Dia dok mesej ibu tanya khabar. Dia kata dia kawan Yusuf. Dia teman wanita Yusuf eh? Amboi, tak bagitahu ibu pun ye dalam diam anak bujang ibu ni dah dimiliki hatinya. Ingatkan sibuk belajar aje."

Serta-merta Yusuf meleraikan pelukan dan memandang ibunya tidak percaya.

"Dahlia mesej ibu?!" Yusuf bertanya dengan riak terkejut yang amat sangat.

Teman wanitanya itu memang tidak boleh dijangka sama sekali sikap selambanya. Pasti gadis itu telah curi-curi melihat telefon bimbitnya.

Semakin melebar senyuman Maryam melihatkan respon Yusuf. "Jadi betul lah dia tu girlfriend anak ibu ni?" Semakin dijungkitkan keningnya tanda mengusik.

Yusuf yang sifatnya semula jadi seorang pemalu, sudah memerah muka. Serba salah untuk mengaku.

"Err- kami berkawan je ibu. Masih cuba kenal hati budi." Yusuf mengurut belakang tengkuknya menghilangkan rasa malu. Jujur dia malu ingin berterus terang dengan ibunya mengenai kisah percintaanya.

"Bila ibu tengok personaliti dia, dia nampak sesuai sangat dengan kamu. Sikap selamba dia, peramah... memang bertetangan dengan sikap kamu yang pendiam, lembut hati dan pemalu." Maryam semakin galak mengusik anaknya. "Memang sesuai, saling melengkapi la senang cerita."

Yusuf hanya tersenyum menandakan penyatan ibunya itu adalah benar sekali.

"Sebenarnya bu...itu yang buatkan Yusuf mula tertarik dengan dia. Dia berani dan berjiwa bebas." Malu-malu Yusuf berterus terang.

"Ibu tahu..." Maryam tersenyum lagi. "Walaupun belum tengok orangnya macam mana, ibu yakin orangnya mesti manis. Kalau tak, takkan la anak ibu ni boleh terpikat."

Yusuf hanya mampu tersengih.

"Sibuk bercerita pasal ni, ibu lupa nak tanya Yusuf."

"Tanya apa ibu?"

"Yusuf cukup ke duit makan dekat kolej tu? Yuran semua dah bayar?"

Maryam mula mencari anak mata anaknya bagi mendapatkan jawapan. Dia tidak mahu anaknya itu mengikat perut seorang diri. Dia faham sangat sifat anaknya yang suka menyembunyikan ralat di hati seorang diri.

Yusuf tergamam sebentar dan cepat-cepat mengawal riak wajahnya agar tidak dikesan ibunya tersebut.

"Cukup ibu. Lebih daripada cukup. Duit RM200 yang ibu bagi minggu lepas pun lebih daripada cukup." Yusuf menyakinkan.

"Ibu tahu RM200 tu tak cukup mana...maafkan ibu sebab tak dapat bagi lebih pada Yusuf."

"Ibu, tolong jangan cakap macam tu. Yusuf faham upah menoreh getah tu tak banyak mana. Pasal yuran pula, ibu jangan lah risau. Pak Halim baik hati sangat sebab sanggup pinjamkan duit dia untuk biaya kolej Yusuf. Sampai bila-bila pun Yusuf tak kan mampu nak balas jasa baik dia sekeluarga."

Maryam mengangguk lemah. Dia bersyukur kerana masih ada manusia yang sudi menghulurkan pertolongan. Rupanya masih wujud manusia yang budiman di dunia ini.

"Banyak sangat jasa Pak Hakim sekeluaga pada kita, nak. Masa ibu seorang diri mengandungkan Yusuf, mereka sekeluarga yang budiman bagi ibu duduk percuma dalam rumah ni walaupun masa arwah ayah Yusuf ada, kami sebenarnya menyewa."

Yusuf mengangguk faham. "Takpe bu, bila Yusuf dah kerja nanti, Yusuf akan cuba balas segala budi dia sekeluarga."




Saya akan publish sampai beberapa bab sahaja dahulu sebab nak habiskan KYD eheks.






Kekasih BayanganWhere stories live. Discover now