Sedari tadi Dahlia cuba menarik perhatian Yusuf yang duduk di hadapannya namun lelaki itu masih khusyuk menelaah buku tanpa menghiraukan dirinya.
"Yusuf, kita baru first week tau awak dah sibuk nak belajar. Awak tak penat ke baru habis final exam bulan lepas tau." Dahlia mengomel.
Yusuf hanya menggeleng dan bibirnya masih terkatup rapat. Matanya masih tertumpu pada buku dan sesekali dahinya berkerut.
"Kita asyik dating dekat library je...ataupun dekat gerai burger...bosannya. Itupun awak busy." Dahlia mengeluh sebelum meletakkan kepalanya di atas meja.
Yusuf mengangkat wajahnya dan tersenyum kasihan. Ada betulnya juga kata-kata Dahlia tersebut.
"Kalau macam tu, lepas ni kita pergi makan tengah hari dekat luar nak tak?"
Dahlia mengangguk laju dengan wajah yang bersinar-sinar.
"Sebelum tu saya nak pergi rak sana sekejap. Nak cari satu buku. Lepas tu, kita terus keluar ye?" Yusuf cuba memujuk.
Dahlia hanya mengangguk tanda mengizinkan sambil menghantar pandangannya mengekori langkah Yusuf.
Tengok berapa kali pun, Dahlia tak kan puas. Dia benar-benar cinta mati pada si Yusuf.
Dalam dia sibuk merenung, tiba-tiba tubuhnya ditegakkan kerana terkejut. Apa yang dia lihat sekarang ini benar-benar menghidupkan api cemburunya.
Jelas di penglihatannya ada seorang gadis sedang mendekati dan berbual dengan Yusuf. Beberapa minit mereka berbual sebelum gadis itu menghulurkan sesuatu pada Yusuf. Kelihatan seperti sepucuk surat.
Bila Dahlia mengamati betul-betul siapakah gerangan gadis itu, dia sepertinya kenal. Diperah ingatannya sebelum matanya membulat kerana mula mengingati.
Gadis gempal dekat kedai burger tu!
Nafas Dahlia mula menderu laju. Tekaannya tepat apabila gadis itu cuba mendekati teman lelakinya walaupun gadis itu sedia maklum bahawa Yusuf adalah teman lelakinya. Pembetulan, tiada sesiapa dekat universiti ni yang tak tahu mereka berdua bercinta!
Semakin sakit hati Dahlia bila melihatkan senyuman Yusuf tersebut. Lelaki itu memang sengaja menaikkan darahnya. Sudah dipesan jangan suka sangat tersenyum pada perempuan.
Dahlia cuba menyabarkan hatinya dan menanti Yusuf yang sedang menghampiri meja mereka. Tanpa sempat Yusuf duduk, Dahlia terlebih dahulu meminta buku di tangan Yusuf.
"Bak sini." Wajahnya masam mencuka. Dijelingnya Yusuf tanda tidak berpuas hati.
"Bak sini apa?" Yusuf bertanya blur.
Dahlia merengus sebelum merampas buku tebal di tangan Yusuf secara tiba-tiba. Yusuf ingin menahan tapi terpaksa melepaskan saat melihatkan wajah masam mencuka gadis itu.
Dahlia segera menyelak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari sepucuk surat gadis tadi.
"Awak cari apa ni?" Yusuf bertanya dan berusaha untuk mengambil buku tersebut saat melihatkan Dahlia seperti ingin mengoyakkan buku kerana selakan yang terlalu kasar.
"Oh, nak sorok-sorok ye daripada saya?" Dahlia mencebik sambil tangannya memegang surat yang berjaya ditemui di celahan buku tersebut.
Yusuf terkejut dan dia mula tidak sedap hati bila melihatkan Dahlia yang begitu marah tersebut. Dia yakin gadis ini nampak segala yang berlaku sebentar tadi. Doanya agar gadis ini tidak mengamuk di dalam perpustakaan ini.
"Awak suka lah kan ada perempuan lain terhegeh-hegehkan awak. Lepastu mula lah nak curang." Dahlia mula serkap jarang.
Yusuf mengeluh berat. "Awak dah salah faham Dahlia. Ada sebab saya tak tunjuk awak surat ni. Saya taknak awak terburu-buru marah. Lagipun percayalah cakap saya, saya tak layan semua ni."
Dahlia tersenyum sinis sebelum surat yang masih berbalut envelop tersebut segera dikoyakkan tanpa teragak-agak. Semakin terbeliak mata Yusuf dengan perbuatan gadis itu. Beberapa mata lain juga mula memandang ke arah mereka berdua.
"Dahlia, apa awak buat ni?"
"Kenapa? Ralat sebab tak dapat baca? Tadi kata tak layan, sekarang sedih pulak?" Dahlia masih dengan cemburu butanya.
Yusuf mengurut dahinya tanda tidak tahu untuk membalas apa lagi. Dahlia melingaskan matanya sebelum tertancap pada manusia yang dicarinya sedari tadi. Senyum sinis terukir lagi saat melihatkan gadis itu turut memandang ke arah mereka berdua. Tanpa membuang masa, Dahlia pantas bangun untuk mendekati gadis itu. Yusuf yang terpinga-pinga tidak sempat menghalang.
"Oh, kau ni la perempuan burger tu ye?"
Gadis yang bertubuh gempal itu hanya menunduk. Dia rasa menyesal pula kerana cuba menganggu teman lelaki orang.
"Kenapa diam? Gatal sangat ke sampai teman lelaki orang pun nak sailang?"
Berombak dada Dahlia meluahkan rasa di hati.
"Dahlia...sudah la tu." Yusuf cuba memujuk.
"Sedar lah sikit diri tu. Kau fikir kau lawa sangat ke nak cuba atasi aku? Kalau kau ni sama level dengan aku, takpelah jugak." Dahlia berkata penuh angkuh.
Tidak dihiraukan mata-mata yang menyaksikan pergaduhan mereka. Ada juga di kalangan mereka yang mempertawakan gadis yang sedang diserang Dahlia tersebut.
"Dahlia! Kenapa awak melampau sangat ni?" Yusuf menegur keras. Dia merasakan gadis itu mula keterlaluan.
Gadis gempal tadi berterusan menunduk dan mula tersedu sendiri saat dimarahi sebegitu. Dia segera beredar kerana tidak tahan dipertawakan.
"Saya atau dia yang melampau? Dia yang melampau sebab cuba mencabar kesabaran saya." Dahlia masih tidak mahu kalah dan segera berlalu dari situ dengan hati yang membengkak.
Salah ke dia ingin mempertahankan haknya? Gadis itu yang bersalah kerana cuba mengacau dan merampas haknya.
Yusuf terkelu sendiridan serba-salah untuk mengejar. Akhirnya dia membiarkan gadis itu pergi untukmenenangkan diri.
YOU ARE READING
Kekasih Bayangan
RomansaTAMAT PENJUALAN PADA 14/12/2021 Anugerah Karya Terbaik [Best Romance] ☀ MetaCOOL Award 2018 ☀ Yusuf Irham Nur Dahlia "Awak sedar tak Yusuf apa yang awak cakap ni?Saya tak sangka awak buat diri awak macam orang tak bermaruah. Jangan biar orang pijak...