KB ¦ 2

2.2K 134 7
                                    

Tubuh yang berkeringat tidak dipedulikan apabila kedua tangannya lebih pantas menyiapkan burger yang dipesan pelanggan. Dahlia di sebelah turut sama membantu dengan menyediakan bun dan sayuran kubis yang sudah disagat halus.

Sesekali dia mengerling ke sebelah memandang buah hatinya yang masih jua bertungkus lumus. Timbul rasa kasihan di hati Dahlia saat melihatkan peluh yang mula meleleh turun di dahi lelaki itu.

Tanpa menunggu lama, Dahlia segera menarik tuala kecil yang tersangkut pada leher Yusuf dan mula mengelap perlahan peluh yang merenek keluar.

Yusuf agak terkejut dengan perbuatan Dahlia tersebut dan memandang sekilas. Tidak sempat dia bersuara lalu hanya mengangguk kecil tanda berterima kasih. Dahlia hanya tersenyum kecil membalas anggukan lelaki tersebut.

Dahlia tahu sedari tadi teman lelakinya itu tidak dapat berehat langsung kerana tidak putus-putus dikunjungi pelanggan. Walaupun kepenatan, lelaki itu tidak sedikitpun bermasam muka malah air mukanya begitu bersinar-sinar setiap kali ada pelanggan yang datang membeli burger buatannya.

"Semua sekali RM10 ye, encik." Yusuf menghulurkan bungkusan yang berisi beberapa biji burger tersebut kepada pelanggan yang terakhir. "Maaf ye sebab terpaksa menunggu lama."

Seperti biasa, Yusuf sangat menjaga hati pelanggannya. Selain daripada burgernya yang sedap, mungkin ini salah satu faktor gerai burgernya sentiasa mendapat sambutan.

Pelanggan lelaki yang kelihatan dalam lingkungan umur 40-an tersebut tersenyum mendengarkannya. "Burger sedap macam ni, saya sanggup tunggu lama macam mana sekalipun. By the way, awak student UKM kan?"

Yusuf hanya tersengih kerana dipuji sebelum mengangguk tanda mengiakan soalan lelaki tersebut.

"Bagus ye, masih ada anak muda yang nak bekerja macam ni sambil belajar. Jadi ingat pula masa zaman saya belajar dulu, pernah berniaga sampingan juga. Semoga berjaya ye nak." Sempat lagi lelaki tersebut bercerita sebelum meminta diri untuk pergi.

Yusuf hanya mampu tersenyum. Kenyataannya, tiada sesiapa yang sanggup untuk berkerja sambil belajar lebih-lebih lagi dengan course yang diambilnya benar-benar susah dan mencabar. Namun demi mendapatkan wang belanja untuk menampung kehidupannya di universiti ini, Yusuf terpaksa. Nasib baik ada kenalannya yang pernah menjual burger sebelum ini dan baik hati untuk meminjamkan segala peralatan.

"Sayang, awak rehat lah dulu. Awak penat. Habis kelas tadi awak terus ke sini."

Dahlia merenung buah hatinya dengan renungan yang meredup.

Yusuf menoleh dan membalas renungan gadis itu. Namun segera dilarikan matanya apabila hatinya mula berdebar-debar. Pada pandangan matanya, gadis itu terlalu cantik dan manis sehingga mampu membuatkan hatinya tidak keruan.

Bukanlah dia ingin memaksudkan rasa cintanya ini berlandaskan paras rupa semata-mata tetapi rasa itu mula bercambah apabila gadis itu sentiasa ada di saat susah dan senangnya. Buktinya, seperti sekarang ini. Sanggup membantunya berniaga.

"Saya tengah berehat lah ni. Tapi saya nak sediakan dulu bahan-bahanya. Kesian awak terpaksa tolong saya. Awak pun penat juga harini." Yusuf membalas tanpa menoleh pada teman wanitanya itu. Hatinya masih berdebar.

"Yusuf, pandanglah saya bila tengah bercakap dengan saya. Takkan lah awak masih malu pada saya kot?" Dahlia seperti ingin merajuk. "Awak ni peliklah. Dapat makwe cantik macam saya ni patutnya direnung-renung bukannya dijeling-jeling macam ni. Ke saya tak cukup cantik untuk goyahkan hati lelaki macan awak ni erk."

Yusuf membisukan diri. Masih juga tidak menoleh.

"Sebab awak terlampau cantik lah, saya tak boleh nak pandang lama-lama..." Perlahan Yusuf membalas, hampir sahaja tidak kedengaran.

Kekasih BayanganWhere stories live. Discover now