Sudah seminggu Dahlia tidak hadir ke gerai burgernya semenjak insiden di perpustaakan kelmarin.
Bermacam cara telah Yusuf lakukan untuk memujuk namun tidak berjaya. Dahlia seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Apabila terserempak di kelas pun, gadis itu sengaja buat-buat tidak kenal pada dirinya.
Bila difikirkan kembali apa yang pernah dikatakan Dahlia tersebut, ada betulnya juga. Sifat dirinya yang terlalu baik pada semua orang kadang-kadang telah disalah tafsir lebih-lebih lagi kaum perempuan.
Yusuf jadi tiada mood untuk berniaga hari ini. Dia bercadang untuk menutup gerainya awal. Baru sahaja dirinya mahu mengemas, tiba-tiba dia dikejutkan dengan satu suara.
"Kenapa awal sangat nak tutup?" Dahlia bertanya tanpa sebarang riak. Wajahnya masih beku sebelum acah-acah menolong Yusuf.
Yusuf yang masih terkejut dengan kehadiran Dahlia tersebut cepat-cepat memaniskan wajahnya.
"Awak dah tak marah pada saya?" Soalan Dahlia tadi dibalas dengan soalan.
"Marah." Dahlia menjawab sepatah tanpa sedikit pun memandang lelaki itu.
"Dahlia, I'm so sorry. Maafkan saya sebab tak pandai jaga hati awak." Yusuf menutur ikhlas.
"Saya akan maafkan kalau awak buatkan saya burger daging extra cheese sekarang ni." Dahlia menjawab senada.
Yusuf yang mendengar segera membuatkan burger untuk gadis kesayangannya itu. Dia tidak mahu gadis itu marah atau mengamuk lagi macam hari itu.
"Nah." Sekejap saja Yusuf menyiapkan sebiji burger buat buah hatinya tersebut.
"Terima kasih." Dahlia mengungkap perlahan sebelum menguyah burgernya penuh berselera. Yusuf di hadapan masih tidak dipandang. Jujur dia masih marah tapi dia tidak boleh marah lama-lama. Dia tahu Yusuf perlukan teman dan sokongan untuk berniaga. Buktinya, baru seminggu dia tidak datang, lelaki itu sudah mula ingin menutup gerai awal.
"Dahlia, pandang muka saya..." Yusuf cuba menarik fokus gadis itu.
Dahlia memandang namun masih dengan riak kosong.
"Saya ada sesuatu nak beritahu awak kalau awak sudi nak mendengar." Yusuf mula menunduk. Dadanya mula berdebar-debar.
"Apa dia?"
"Saya dah buat keputusan untuk meminang awak sebaik sahaja kita graduate. Saya harap awak tak rasa saya terburu-buru. Saya cuma ingin halalkan awak secepat mungkin."
Dahlia yang sedang enak menguyah mula tersedak. Tergopoh-gopoh dia mencapai segelas air di atas meja untuk meredakan rasa tercekiknya.
Dahlia masih bingung. Adakah dirinya sedang dilamar di gerai burger? Rasa tak percaya akhirnya lelaki itu akan melamarnya secepat ini.
Yusuf yang melihat mula cemas. Dia tahu Dahlia terkejut.
"Saya minta maaf kalau awak rasa tak romantik. Melamar dekat gerai burger je..." Yusuf mengungkap serba-salah.
Sekali lagi Dahlia tersedak kerana lelaki itu seolah-olah sedang membaca mindanya.
"Bu-bukan macam tu. Sa-saya rasa tak percaya...selama ni saya rasa awak macam tak bersedia dan tak suka bila saya ungkit hal kahwin. Tapi sekarang saya rasa terharu bila awak betul-betul serius dengan saya."
Berhati-hati Dahlia menerangkan. Dia masih terkejut.
"Ini sahaja cara untuk saya buktikan pada awak yang saya benar-benar serius. Saya betul-betul jujur dengan perasaan saya yang saya hanya sayangkan awak, Dahlia. Saya taknak awak cemburu lagi dengan sesiapa pun."
Dahlia mula memerah menahan malu. Dia jadi malu pula dengan sisi Yusuf yang sekarang. Difikirnya lelaki itu tidak melayan perkara sebegini.
"Awak janji akan kahwin dengan saya? Tak tipu?" Dahlia bertanya ragu-ragu. Pipinya semakin merah.
Yusuf hanya mengangguk dan tersenyum. Dia mula bertanya saat melihatkan Dahlia seperti menunggu sesuatu.
"Kenapa?"
"Takde cincin atau gelang ke? Cincin RM5 pun takpe asalkan orang tahu saya bakal jadi tunang awak," dengan tak malunya Dahlia menadah tangan sambil tersengih menampakkan giginya.
Yusuf tertawa melihatkan perangai Dahlia yang sungguh selamba tersebut. Padan sahaja dia begitu selesa dengan gadis ini.
"Cukuplah saya bagi burger special percuma ni untuk lamar awak." Yusuf semakin mengusik. Tawanya juga semakin kuat bila Dahlia menayangkan wajah cemberut.
"Saya tipu aje. Nah."
Penuh hati-hati Yusuf mengeluarkan satu kotak dari kocek seluarnya. Berhati-hati dia buka.
"Saya harap awak sudi terima hadiah tak seberapa daripada saya..."
Dahlia melopongkan mulutnya tanda tidak percaya. Jam berjenama Casio itu begitu cantik di matanya walaupun harganya tidak lah semahal mana. Dahlia benar-benar terharu.
"Yusuf...jam ni cantik!" Tanpa segan silu Dahlia segera mengeluarkan jam tersebut dari kotak. "Kenapa tiba-tiba awak bagi saya jam instead of cincin?"
"Saya bagi awak jam sebab saya nak awak ingat saya setiap masa. Setiap kali awak tengok jam pukul berapa, awak akan teringat ada manusia yang sentiasa tunggu awak dan merindui awak tak kira masa." Yusuf agak malu untuk mengungkapkan ini semua namun dia perlu berani untuk meluahkan segalanya demi Dahlia.
Dahlia yang mendengar mula merasa terharu. Begitu jarang dia berpeluang untuk mendengar ungkapan geli gelaman dari bibir Yusuf. Yusuf yang sekarang buat hatinya semakin berdebar-debar.
"Eh awak nak pergi mana?" Yusuf bertanya apabila gadis itu sudah bersiap untuk pergi. Dia ada salah cakap ke?
"Saya happy sangat jadi saya nak sambung berangan dalam bilik! Bye sayang!" Dahlia segera beredar dengan hati yang berbunga-bunga. Dia bukan apa, sebenarnya dia malu jika Yusuf dapat mengesan sisi dirinya yang acah-acah wanita melayu terakhir nanti.
Belum sempat Yusuf menahan, Dahlia sudah lesap dari penglihatan.
Akhirnya Yusuf hanya mampu menggeleng dan tertawa melihatkan gelagat Dahlia tersebut.
Saya memang tak edit tau jadi kalau jumpa salah ejaan atau ayat macam tak kena, maaf ye.
YOU ARE READING
Kekasih Bayangan
عاطفيةTAMAT PENJUALAN PADA 14/12/2021 Anugerah Karya Terbaik [Best Romance] ☀ MetaCOOL Award 2018 ☀ Yusuf Irham Nur Dahlia "Awak sedar tak Yusuf apa yang awak cakap ni?Saya tak sangka awak buat diri awak macam orang tak bermaruah. Jangan biar orang pijak...