Start : 13 december 2018
End : 9 Februari 2019
"Ya Allah.. aku sedar, aku hina, banyak dosa, bertimbun dosa, hati aku kotor dan busuk, hati aku sudah mati... Ya Allah, sucikan hati aku bersihkan hati aku, berilah cahaya di hati aku, Ya Allah!"
"Ya Allah.. aku sedar, aku semakin menjauhi darimu, tapi kau masih bagi aku nikmat demi nikmat, dan kau bagi aku macam-macam, tak mampu aku hitung,Ya Allah.. ampunkanlah dosa aku, Ya Allah!"
"Ya Allah... Aku nak bertaubat, aku nak berubah, aku nak tinggalkan maksiat. Tapi aku rasa payah, Ya Allah.. mungkin kerana dosaku yang terlampau banyak sehingga aku susah untuk tinggalkan.."
"Ya Allah... matikanlah aku dalam islam. Matikanlah aku dalam keadaan kekal atas jalan dakwahmu.. Jauhikan aku dari menjadi seorang yang hipokrit, yang tak ikhlas, yang ujub, yang riak, dan takbur, Ya Allah.."
"Ya Allah.. kabulkan doaku ini Ya Allah.."
Setelah Razif aminkan doanya, air mata lelaki mengalir tidak berhenti sejak tadi. Ya, Razif ingin berubah ke jalan Allah. Razif tidak mahu jadi dirinya seperti dulu yang terlalu cintakan dunia.All Rights Reserved