Cinta itu bukannya terungkap dengan kata-kata sahaja.Ia terbukti daripada perasaan dan sifat tanggungjawab untuk membawa pasangan ke syurga.Ia turut memerlukan kesefahaman antara pasangan demi mengelakkan masalah dalam rumah tangga.Tiap kali mempunyai masalah dalam perhubungan,mengadulah kepada Allah,sumber cinta yang paling utama.Andai kata hilang arah tuju,kembalilah kepada Sang Pencipta agar perkahwinan itu kekal di jalan yang lurus.