[ COMPLETED ] " What ?! " " Encik dah gila ke ?! " Tengking Astrella Sofia kepada Que Raikal yang duduk dihadapannya itu. " Ya , aku memang gila. " " Tadi kau tanya bayaran kereta aku yang dah kemik kau langgar haritu. " " Jadi , inilah bayarannya. " Ujar Que Raikal dengan tenang dan bersahaja. " Encik , saya tak kenal Encik siapa. Encik pun tak kenal siapa saya. " " Encik ingat kahwin ni apa ? " Balas Astrella Sofia dengan dahi yang berkerut memandang Que Raikal dihadapannya. " Nyatakan jumlah kos repair kereta Encik tu. Saya akan bayar. DENGAN DUIT. " Tegas Astrella Sofia kepada Que Raikal. " Bayaran yang aku terima cuma kau. " " Jadi pengantin aku selama 40 hari. " " Aku tak bagi kau pilihan. Tapi arahan. " Kata Que Raikal kepada Astrella Sofia yang bertegas tidak mahu menerima sebarang jumlah wang sebagai ganti rugi kerosakkan keretanya tempoh hari. " Dan saya pilih untuk tidak mengikut arahan Encik. " Ujar Astrella Sofia dengan nada mendatar. " Terima kasih. Assalamualaikum. " Berhias senyuman Astrella Sofia mengucapkan terima kasih dan memberi salam kepada Que Raikal sebelum bergegas keluar dari kafe tersebut dalam keadaan terhincut-hincut. " Sama-sama. Waalaikumsalam. " Jawab Que Raikal bernada mendatar sedang matanya tertumpu ke arah Astrella Sofia yang sedang menuju keluar dari kafe. " Ouhh , tunjuk keras kepala ya ? I likeee " Bisik hati Que Raikal sedang pipinya diherotkan sehingga mengukir segaris senyuman nipis diwajahnya Apakah yang bakal berlaku ? Adakah Que Raikal berputus asa dalam menjadikan Astrella Sofia sebagai pengantin 40 harinya atau meneruskan pencarian pengantin 40 harinya ? Sejauh manakah Astrella Sofia berjaya menepis idea gila Que Raikal itu ? [ STAY TUNE ! ]