Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama ARIQ ADRISH yang sudah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama AISYAH ELINA. Ariq suka dengan penampilan Aisyah walaupun gadis itu seorang yang berisi. Bagi Ariq, Aisyah adalah seorang perempuan yang sempurna, dan dia tidak pernah merasa jijik dengan Aisyah walaupun gadis itu sering merendah diri. Aisyah merasa dirinya tidak layak untuk bercinta dengan mana-mana lelaki. Sejak di sekolah lagi, dia sering dibuli dan dihina oleh rakan sekelasnya. Malah, selepas tamat sekolah, dia masih terus dihina, bahkan lebih teruk lagi. Oleh kerana itu, Ariq bertekad untuk menjadikan Aisyah sebagai isterinya. "Jadi isteri saya, Aisyah. Saya janji akan menjaga awak," kata Ariq. Aisyah tergamam mendengar kata-kata itu. Dia sungguh tidak sangka bahawa seorang lelaki kacak seperti Ariq mahu melamarnya untuk dijadikan isteri. "Saya tak layak untuk awak, Ariq," kata Aisyah, takut bahawa tawaran Ariq hanyalah satu penipuan. "Please, Aisyah, terima saya. Saya tidak tipu. Saya betul-betul mahu awak jadi isteri saya. Percayalah," rayu Ariq. "Saya takut," jawab Aisyah. "Jangan cakap begitu, sayang. Saya akan buktikan kepada awak bahawa saya benar-benar mencintai awak," kata Ariq. Aku terima kau seadanya, Aisyah. Start - 17/04/23 End -
6 parts