Seorang gadis introvert yang mahu berubah menjadi extrovert untuk mencari kawan.
Rupa? Dia ada. Bukankah orang ramai berkata mudah untuk mendapat kawan jika ada rupa? Namun, tidak baginya.
Dia. Seorang yang tidak pandai bersembang. Memerlukan masa yang lama untuk dia sesuaikan diri dengan seseorang.
Sombong? Jauh sekali. Dia cuba untuk menjadi peramah. Tetapi, dia tak boleh, tak mampu, tak kuat untuk berubah. Dia mahu, teringin sangat untuk berbual mesra. Namun, niatnya hanya mampu dipendam. Suaranya seakan akan tersekat di kerongkong apabila berhadapan dengan orang yang tidak dia rapat.
Trauma. Dia trauma dengan kucing. Suatu kejadian telah membuatnya trauma. Kejadian yang sering berlegar legar difikirannya, yang sering menggangunya. Lagi lagi apabila matanya melihat haiwan berbulu itu. Sakit! Sakit sangat apabila teringat akan kejadian itu. Sudah pelbagai cara yang dia lakukan untuk lenyapkan fikirannya yang satu itu. Dia tak mahu! Tak mahu mengingatinya. Dia mahu lupakan kejadian itu.
"Dia seperti familiar"
Bagaikan sudah tertulis. Mereka kembali bertemu.
Kehadiran Zafwan tanpa sedar merubah hidup dia. Hidup yang telah lama dia impikan.
Kemunculan Zulfa mengajarnya tentang sesuatu yang tidak pernah dia sangka akan lakukan. Bermain dengan kucing! Jika dulu dia berasa sakit apabila melihat kucing, tidak untuk kini, ketenangan mula terasa apabila matanya menatap haiwan itu. Ya, haiwan yang telah membuatnya trauma.
Zulfa Awina & Zafwan Arsyad
Perfect!
Sudah dia merasa perasaan sepi, bersendirian, keseorangan yang amat menyakitkan itu.
Tidak akan dia biarkan orang lain turut dilanda perasaan 'itu'.
"Kenapa? Belum try dah nak mengaku kalah?"
"Jangan cuba untuk cuba, aku dah lama mengalah dengan perasaan ni"
"Biarkan aku menarik tanganmu keluar daripada perasaan itu."
"Please, don't give up"
'Never give up'