Bismillah "Something is off..." -Yusuf Zayyad- "Kita dah kahwin sejak tahun lepas, Yusuf Zayyad " -Adkayra- Ketidak sefahaman demi ketidak sefahaman terbit sejak Zayyad mencelikkan mata dari komanya. Tetapi dia tidak dapat menemukan apa yang kurang dalam cebisan hati itu. Seperti ada tugasan atau hasrat gagal menemu perlaksanaan sempurna. Adkayra sebagai isteri? Keras hati Zayyad mengatakan bahawa itu mustahil. "Could you please stay far from me?" -Yusuf Zayyad- "No. I been stayed far from you since our secondary school. Sekarang kita dah kahwin, awak masih nak jauhkan diri dari saya? Then, why you marrying me at the first place..." -Adkayra- Ini bagaikan jenaka buat Inspektor Yusuf Zayyad. Dia tahu ingatannya yang hilang akan beransur pulih dan membidas segala kekaburan minda. Namun, lain pula buat Adkayra. Gadis itu tidak mahu Yusuf Zayyad mengingati trauma silam. Hari sebelum suaminya terlibat dalam kecelakaan besar. "He tried to kill you in that accident. Kenapa awak nak jumpa dia? Melawat dalam penjara? Nonsense. Dia tu psychopath. Wake up, Yusuf. " -Adkayra- "Yusuf, kawan lama aku. Kau boleh pergi mampus." -Wan Lutfi- Penjenayah yang cuba membunuhnya telah meringkuk dalam penjara. Orang yang dikatakan penjenayah, tidak pula dia rasakan bersalah. Orang yang dikatakan isterinya pula, langsung tidak ada memori berbaki. Masih mencari cebisan kehidupan bagi melengkapkan segalanya.