Kisah tentang penjajahan semula oleh Jepun ke atas Malaysia. Leftenan Muhammad Qarizh Rizki berundur dan bersembunyi dari ditangkap oleh Tentera Jepun. Leftenan Jeneral Koishi Shimizu berhasrat untuk menangkap Leftenan Qarizh bagi mendapatkan maklumat berkenaan senjata rahsia yang sedang dibina oleh kerajaan Malaysia. "Aku dah cakap yang aku tak tahu apa-apa pasal senjata rahsia tu!"-Leftenan Qarizh "Kau tipu, aku tahu yang kau sebenarnya tahu tentang senjata rahsia tu namun kau sendiri yang tidak mahu mengaku."-Leftenan Jeneral Koishi Leftenan Qarizh diseksa oleh Leftenan Jeneral Koishi sendiri. Leftenan Qarizh hanya mampu bertahan. Diseksa hampir setiap hari, masih tidak mampu untuk memaksa Qarizh membuka mulutnya. "Aku dah buat macam-macam kat kau. Kau masih tidak mahu buka mulut?"-Leftenan Jeneral Koishi "Kau rasa?"-Leftenan Qarizh Dalam misi untuk bertahan daripada seksaan musuh, Leftenan Qarizh terikat dengan rahsia yang perlu dijaga untuk mengelakkan perkara buruk terjadi. Mampukah Leftenan Qarizh bertahan daripada seksaan Leftenan Jeneral Koishi atau Qarizh sendiri yang akan membongkar rahsia yang disimpan rapi oleh kerajaan?