Sabri seorang kutu kampung. Pada suatu hari, Sabri mendapat kerja sebagai kerani dengan sebuah jabatan kerajaan di ibu kota. Sabri berhijrah dan menjadi kutu yang berkarier di sana. Setiap hari Sabri akan makan nasi di Gerai Mak Yam yang terletak berhampiran dengan pejabatnya. Sabri akan bercakap dengan sesiapa sahaja yang datang ke situ sambil makan nasi. Apa sahaja topik dan isu semasa akan Sabri bincangkan dengan pelanggan yang datang ke gerai Mak Yam. Sabri adalah seorang kutu yang peramah, peka dengan isu semasa dan mempunyai pencen.
13 parts