Sudah dua hari Adam asyik menelefon dan setiap kali tu jugalah dia tidak akan menjawab. Kalau berdepan dengan Adam je hatinya berlembut. Mana hilang kebenciannya pada Adam sebelum ini. Memandangkan dirinya sendiri pun sudah tidak boleh dipercayai lagi, jadi perkara yang terbaik adalah cuba mengelak daripada berhubung dengan Adam lagi. Biarlah kalau Adam kata dia cuba ambil kesempatan sekalipun, dah dapat duit donation terus cabut, angkat kaki. Adam dulu lagi teruk, dah dapat mahkotanya sebagai seorang gadis, dia dibiarkan penasaran sorang-sorang.
' Serve you right Datuk Adam Kamil ' – Ariana mencebik sendiri. Tiba-tiba marahnya pada Tengku Adam semakin menjadi-jadi. Kebaikan Adam hilang sedikit demi sedikit. Selagi mereka tidak bersua selagi itulah dia boleh kekal mengingati apa yang Adam telah lakukan padanya dulu.
" Hey...kau nape mencebik sorang-sorang ni ? Haha " tergelak Irfan melihatkan perlakuan Ariana Rose. Elok-elok duduk sorang-sorang pun boleh mencebik macam tu. Nasib baiklah cun, tak adalah orang kata tak betul pula.
Ariana tengok kawan sepejabatnya dengan muka kosong, " Ganggu imaginasi aku la kau ni. Ni kenapa masuk bilik orang tak ketuk pintu dulu ? "
Irfan ketawa lagi. Ariana ni asyik buat muka toya je akhir-akhir ni.
" Alah kau ni, macam tak biasa "
Irfan masih tersenyum memandang gadis di hadapannya.
" Kau kenapa....senyum-senyum...? Apa hal ? Aku curious ni "
" Kau ni aku saja je nak amati kecantikan kejadian Tuhan, salah ke ? "
Ariana mencebik lagi. Hee, kalau dilayan si Irfan ni melalut memang boleh sampai ke bulan. Ke bintang pun boleh.
" Tidak salah...tapi ko ingat pandang ni tak kena bayar ke ? Ha, nak masuk ofis aku tadi pun ada tol tau ? "
Irfan ketawa lagi. Ariana...Ariana....dah setahun mereka bekerja, sekali pun tidak nampak Ariana keluar dengan mana-mana lelaki. Bila di ajak bercinta pun Ariana tolak. Katanya tidak minat. Kadang tertanya juga, kot-kot Ariana ni lesbian ke...Atau perempuan kat depannya ni minat dengan yang kaya-kaya je. Macam si Harith tu, ada la juga dia dengar gosip-gosip liar pasal Ariana dan Harith. Dulu ada desas desus Ariana dengan anak billionaire sampai termengandung tapi habisnya gosip tinggal gosip. Kalau kata Ariana mengandung memang dia tak percaya, tiap-tiap hari jumpa si Ariana ni, tak nampak langsung macam orang mengandung. Bersentuhan dengan lelaki pun tidak.
" Jom keluar lunch " ajak Irfan bersahaja.
" Kau terlambat 20 minit "
Irfan angkat kening. Apa maksud Ariana ?
" Aku ada lunch date lah " bersahaja Ariana bangun. Tas tangannya diambil dari dalam kabinet. Bersedia untuk keluar.
Irfan turut bangun. Macam tak percaya Ariana keluar date. What a surprise bisiknya. Terdetik rasa cemburu di hatinya dengan lelaki yang berjaya melembutkan hati Ariana Rose. Sudah setahun dia cuba menggoda Ariana tapi sekali pun tak berhasil.
" With who ? "
" Eh, biarlah rahsia..." Ariana ketawa mengusik. Pintu biliknya dikunci sebelum mereka menuju ke lif. Ariana berjanji dengan Harith untuk makan di luar. Kata Harith dia dan kawannya ada projek kemasyarakatan yang agak best untuk dibuat, kalau Ariana berminat boleh dia beritahu mengenai projek tu waktu lunch ni memandangkan petang nanti Harith tidak ada di pejabat.
YOU ARE READING
Ariana rose
Short StoryIa mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan ag...