Wajah Dr. Rosli dipandang oleh keduanya. Dr. Rosli masih mempamerkan baris giginya yang putih kepada dua anak muda di hadapannya.
" Should I tell your Daddy Adam?"
"No! Of course not" Gila nak bagitahu pada Tengku Mukhriz? Adam menggelengkan kepalanya dengan laju. Bala jangan dicari, bisiknya.
Ariana yang masih tercengang di sebelahnya diheret bangun. Tangan Adam ditolaknya, memaksa Adam untuk melepaskan rangkulan. Depan doktor pun nak buat adegan ke? Dah la kejutan dikatakan mengandung masih tak hilang.
" Thanks Uncle. Adam pergi dulu."
Ariana pandang wajah Dr. Rosli seperti memohon untuk dia perbetulkan keputusan yang baru diumumkan, tapi pandangannya dibalas dengan senyuman ramah dari doktor yang sudah separuh usia itu. Ariana membalas senyum sebelum turut meminta diri.
Keduanya berjalan menyoroti baris kedai bersebelahan klinik Dr Rosli. Suasana sunyi. Adam tidak berbunyi, Ariana pun jauh tenggelam dalam benaknya sendiri. Hilmi yang mengekori mereka sedari tadi hanya memerhatikan gelagat tuannya yang berubah 180 darjah. Ikut ajalah...Dah tu tugas dia.
“ Pregnant ? Sentuh lelaki pun tak pernah, inikan pula nak tidur sekatil ? Ah, takkanlah kena cium dengan Adam semalam dia dah pregnant ? Impossible…Aku belajar hukum biologi apa dulu ! ” bentak Ariana dalam hati.
“ Last three months … who slept with me? Lisa…Zatty...Adam garu kepala. “ Who else ?? I was busy last few months..nak ke club pun susah. Ada tak aku bawa perempuan balik rumah masa mabuk ? Hmm…”Adam berkira-kira. “ No. I’m positive I never met Ariana. If we had been sleeping together I had keep her. ” Adam berkata sendiri.
Mereka berhenti dihadapan Hummer yang diparkir selang beberapa lot kedai dari klinik. Adam berdepan dengan gadis yang sedang memporak porandakan kehidupannya.
“ Apa motif you Ariana ? We never sleep together and you know it ” dia cuba berdiplomasi. Anak mata Ariana direnungnya penuh makna. Serba salah jadinya bila Adam bereaksi tenang dan matang. Tak sanggup bertentang mata lama-lama dengan Adam, Ariana tunduk.
" You might not remember....." perlahan sahaja tutur bicara Ariana.
" I remember who I slept with very well. And " Adam merapati Ariana. Dagu Ariana diangkat supaya memandangnya.
" Know this ? ” pek kecil empat segi dengan nama Durex dilayangkan di hadapan wajah Ariana. Ariana telan liur. Gila. Ingatkan di England sahaja peringatan untuk membawa kondom dipraktikkan. Rupanya di Malaysia pun sama.
“ I bring this everywhere I go. So...You should know it very well that I used condom. So quit the game Ariana. Before I become fade up ”
Ariana masih membatukan diri. Takut tersalah cakap, takut juga untuk bercakap.
" I am pregnant and this baby is yours.."
"Okay, I bagi you one last chance. Tell me the truth. Clean my name and I will let you go. Tell the tabloid that it was a prank, that's it. Senang kan? For God Sake, dont complicate this Ariana. Just stop playing this game !”
Senang bagi Adam tapi susah baginya. Membuat kenyataan akhbar, memberitahu kepada seluruh Malaysia termasuk ummi dan ayahnya yang dia sengaja memecah masuk majlis perkahwinan kerabat di raja untuk satu 'prank' ? Satu 'prank' yang kononnya Adam Kamil anak billionaire yang kedua terkaya di Malaysia telah tidurinya dan dia hamil?
Mana ayah dan umminya nak letak muka kalau semua orang tahu anak gadisnya dah buat kerja bodoh yang memalukan muka macam tu, kemudian baik hati nak mengaku, buat sidang akhbar :
" Hye Press! Sorry, that was just a joke! Gotcha!"
Gila. Itu kerja gila. Dia tidak akan sesekali menghancurkan karier ayahnya dengan kesilapannya itu. Sudah banyak jasa ayah pada dia dan ummi selama ini. Liurnya ditelan. Pahit. Satu ayat dilemparkan juga kepada Adam, " That is the truth ! "
Ariana masih lagi berdegil. Masih tidak mahu berganjak dari pendiriannya. Adam pasti dia memang tidak meniduri Ariana. Kenapa Ariana masih galak berbohong ? Kenapa Ariana masih mahu dia percaya yang anak itu adalah anaknya? Harta ? Harta dia yang Ariana kejar ? Adam tersenyum sinis. Perempuan macam Ariana tidak layak melahirkan pewarisnya. Harapkan muka je cantik, tapi sundal. Tidur dengan lelaki lain, perasan nak jadikan dia ayah pada bayi yang entah benih dari mana.
" Fine" pendek sahaja jawapan Adam. Dia sudah tak kuasa mahu berdiplomasi.
Adam mengarahkan Ariana memasuki perut Hummer. Hilmi dan Dolman yang masih setia mengawasi mereka segera menaiki kenderaan usai keduanya sudah selamat berada di dalam. Dia diarahkan untuk singgah di villa sebentar, mengemas barang-barang Adam sebelum mereka kembali ke Kuala Lumpur.
Mendengarkan keputusan Adam untuk kembali ke Kuala Lumpur Ariana terasa lapang. Mungkin tragedi hari ini akan berakhir tak lama lagi. Adam lebih banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Mereka hanya berhenti di Hentian Karak untuk membeli makanan, itu pun di bungkus oleh Hilmi. Kemudian menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur, lelaki itu hanya menawarkan minuman kepadanya sebelum dia terus terlena.
Okay ? Bad ? Or you LIKE it? ;D
YOU ARE READING
Ariana rose
Short StoryIa mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan ag...