Bab 16

1.5K 23 0
                                    

Satu folder yang memuatkan kajiannya mengenai Equine Assisted Therapies dimasukkan ke dalam tas tangan. Ariana terus ke lot parking, sebelum memandu laju menuju ke Wisma Panglima di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Lalu lintas di lebuhraya agak lancar, tetapi sangat sesak bila tiba di pusat bandar. Setengah jam dia bersesak dalam lalu lintas, usai sampai di hadapan Wisma Panglima jam sudah pun menginjak ke pukul 6.45pm. Harap-harap Adam masih menunggu…

Wisma Panglima yang gah mencecah langit dimasukinya. Dia ke kaunter, memberitahu tujuan kedatangannya kepada gadis melayu yang bertugas di situ. Kad pengenalannya diberikan kepada gadis tersebut sebelum dia diberikan pas pelawat untuk ke tingkat 38 tempat letaknya pejabat Adam. Tergesa-gesa dia ke lif, bertembung dengan beberapa orang pekerja yang baru hendak pulang ke rumah.

Sampai ke tingkat 38, dia memasuki satu lagi pintu. Pas keselamatan di scan sebelum pintu dibuka. Canggih. Macam-macam peringkat perlu dilalui untuk bertemu anak  Billionaire ni. Seorang gadis resepsi menyambutnya mesra. Gadis tersebut menelefon setiausaha kepada Adam sebelum meminta dia ke bilik Adam a.k.a CEO Panglima Holding. Aras tersebut hanya menempatkan bilik Adam, bilik penasihat kepada CEO, tiga bilik mesyuarat, tandas, surau, dan bilik utiliti.

“ Cik Ariana Rose ?” kedatangannya disambut oleh Farah, setiausaha Adam. Cantik orangnya, masih muda. Entah kenapa menyelinap rasa cemburu di hatinya.

“ Ya, saya.” Ariana melemparkan senyum. Tangan Farah disalaminya.

“ Bos ada kat dalam, Cik masuk je ye. Dia dah maklum”

Pintu Adam diketuknya sebelum dibuka. Kalau nak dengar Adam kata “masuk” baru dia nak masuk sah dia tak kan dengar sebab pintu tu memang tebal!

Bilik Adam sangat luas. Siap ada tandas dan surau lagi kat dalam. Sekeliling bilik dipenuhi tingkap kaca dari lantai hingga ke siling. Rak buku juga memenuhi dinding tepi sebelah kiri. Meja bincang di hujung menghampiri tingkap, sofa bersebelahan tempat dia berdiri sekarang. Dia masih tercegat di situ. Adam masih khusyuk membaca beberapa dokumen di mejanya. Mukanya diangkat, serius.

“Duduk Cik Ariana, sebelum tu tolong tutup pintu” pintu yang di kuak seluasnya tadi ditutup perlahan.

Ariana berdebar. Hanya ada Adam dan dia di bilik tersebut. Tingkat 38, yang hanya ada bilik Adam di sayap kiri, dan bilik penasihatnya di sayap kanan. Nasib baik Farah masih ada. Dia ada mengajak Dewi, cikgu di sekolah kanak-kanak OKU untuk datang bersama tapi Dewi terpaksa  menarik  diri  di  saat  akhir.

Baru je dia nak mulakan mukadimah, Adam mengangkat tangan tanda mahu dia tunggu. Telefonnya didail. “ Farah, kalau you nak balik dulu you balik lah”. Diam. “Okay, thanks Farah”. Gagang diletakkan. Adam kembali memandangnya.

“ Teruskan”

Adam yang serius. Ariana jadi gugup.

“Thanks Datuk for giving me this oppurtunity..” Ariana berhenti sejenak. Matanya memandang Adam memohon kebenaran untuk terus dengan briefing. Adam mengangguk barulah Ariana teruskan butir bicaranya, “Untuk pengetahuan Datuk, projek yang saya sedang usahakan ni melibatkan kanak-kanak kurang upaya di sekitar Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Training Centre for Handicapped Children di Ampang. Ada 30 orang kanak-kanak kurang upaya yang mengikut latihan kat sana.”

“ Dah  lama  awak  in  charge  kat  sana ? ”  soal  Adam.  Matanya  memandang  Ariana  tepat  pada  anak  matanya. Dada  Ariana  berdegup  kencang  bila  pandangan  mereka  bertaut.  Cepat-cepat  dia  melarikan  pandangan.  Sudah  tidak  berani  melihat  wajah  kacak  itu  lagi.

“  Last  two  months ”  jawab  Ariana  perlahan.  Matanya  tertancap  pada  skrin  computer  ribanya  yang  memaparkan  slide  proposal  yang  sedang  dia  kemukakan  pada  Adam. Dua  bulan  lepas.  Dua  minggu  selepas  Adam  Kamil  menodainya.  Dia  yang  hilang  punca  kekuatan  mula  kembali  mencari  kekuatan  tersebut  dengan  melakukan  kerja-kerja  amal.  Melihat  anak-anak  kurang  upaya  mengingatkannya  tentang  erti  syukur.

Ariana roseWhere stories live. Discover now