Firstly im so sorry because trtukar update , sblum ni yg bab13 ialah bab14 dan bab13 trtinggal so please read again bab13 and thank you pada semua yg sudi vote story ni . Maaf jika ada typo n kesilapan dlm mnghasilkan story ni☺
-----------------------------------------------------------
Esoknya, Adam disuruh Mommy dan Daddynya untuk pulang ke rumah. Habis waktu pejabat, Adam terus ke rumah mereka di Damansara. Kata Daddynya urgent. Kalau Tengku Mukhriz kata urgent memang maksudnya urgent. Kalau tak, tak berkejar dia ke sana.
Usai sampai tangan mommynya disalami. Jam dah menunjukkan pukul 8.00 malam. Makan malam dah pun siap terhidang, Tengku Mukhriz yang baru selesai solat turun dari tingkat atas. Adam menyapa Daddynya dengan mesra.
" Jom makan " Tengku Mukhriz mengajak seisi keluarganya untuk makan bersama. Keluarganya bukan ramai pun, dia, isterinya dan Adam. Dia mungkin dikurniakan rezeki yang banyak dari segi wang ringgit, tapi rezekinya dari segi anak-anak tak sebegitu. Apa pun dia bersyukur dikurniakan Adam, seorang anak dah cukup dari tiada langsung.
Lama dia tak makan masakan Mommynya. Mommy pun jarang masak, kecuali dia balik ke rumah. Hari-hari biasa Mak Som atau Yanti yang masak. Adam makan dengan berselera. Entah apalah amanat yang papanya nak sampaikan dia pun tak pasti.
" Isya' nanti kita solat sama Adam "
Adam rasa macam tercekik tulang ikan tapi yang dikunyahnya adalah ayam. Perit tekaknya mahu menjawab ajakan Daddynya. Gelas air cepat-cepat disambar, dia minum dengan rakus.
" Adam solat sendiri lah Daddy "
" Ini arahan Adam "
Owh My God. Dah bertahun Adam tak solat. Macamana nak solat ? Aduhh pening kepala dia berfikir. Nak makan lagi, nak fikir lagi. Daddy ni pun satu, bangkitkan isu ni waktu makan. Kan dah hilang seleranya.
" Okay Daddy..."
Makanan dalam pinggannya dihabiskan secepat mungkin. Adam mahu naik ke biliknya. Dia nak buka laptop, surf internet cara-cara menunaikan solat sebelum dia ke bilik solat untuk solat Isya bersama ayahnya.
Paparan Youtube ditontonnya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Dia boleh ingat pergerakan solat, tapi doa, surah dia tak mampu mengingat dengan baik. Dia hanya ingat surah Al-Fatihah dan surat Al-Ikhlas. Ingat tu pun jadilah bisik Adam sendiri. Selesai mandi dan menukar pakaian, Adam ke bilik solat atau surau dirumahnya di tingkat satu. Kelihatan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania sudahpun bersedia di tikar sejadah. Seorang ustaz pun ada bersama. Lega rasa hati Adam, dibuatnya Daddynya meminta supaya dia jadi Imam memang nahaslah.
Usai solat Isya' Ustaz tadi memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai kepentingan solat. Adam dengar acuh tak acuh, tapi sedikit sebanyak dia terasa.
' kalau kita tak solat, kita jauh lebih teruk dari syaitan. kenapa? sebab syaitan tak mahu sujud pada Nabi Adam sahaja, tapi syaitan tetap bersujud pada Allah '
Maknanya dah 17 tahun dia jadi syaitan, ah bukan syaitan tapi lebih teruk dari syaitan. Seusia 30 tahun dia dah lupa cara solat. Ini lah kali pertama Daddynya mengajaknya solat bersama. Adam meraup mukanya, kata-kata ustaz memang terkesan padanya. Mereka semua bersalaman, Ustaz tadi dijemput untuk minum malam bersama. Usai Ustaz turun mengikut seorang pembantu rumah, Daddynya merapati Adam.
" Ada hal Daddy nak bincang dengan Adam"
" Pasal apa Daddy? "
" Jumaat dua minggu lagi Daddy akan hantar rombongan meminang "
" Daddy nak kawin sorang lagi? Mommy tahu ke?"
" Isk budak ni, kesitu pulak. Daddy nak pinangkan anak Datuk Jusoh untuk Adam "
YOU ARE READING
Ariana rose
القصة القصيرةIa mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan ag...