Awal pagi, usai habis solat subuh di rumahnya Tengku mukhriz sudah keluar jogging. Sudah menjadi tabiatnya, bila ada satu urusan atau projek yang besar dan berat pengendaliannya, dia pasti akan melakukan senaman terlebih dahulu supaya badannya lebih aktif, mindanya lebih cergas. Barulah kebarangkalian untuk berjaya tu lebih tinggi. Habis sepuluh kali dia berlari mengelililingi tasik di taman kawasan rumahnya, Tengku Mukhriz melabuhkan punggung di bangku berhampiran tasik. Matanya dipejamkan sambil hidungnya menghirup udara segar di situ. Jiwanya terasa lapang.
“Boboy…! Jangan main-main kat situ, nanti jatuh!”
Suara seorang wanita mengganggu ketenangan Tengku Mukhriz. Dia berpaling mencari suara tersebut. Kelihatan seorang perempuan muda dan seorang kanak-kanak dalam usia 4 tahun berada tidak jauh dari tempatnya. Anak lelakinya yang dipanggil Boboy berlari ke arah tasik, ibunya mengejar dari belakang.
Nakal. Getus Tengku Mukhriz sambil mengelus senyum.
Ibu kanak-kanak tadi berjaya merangkul anaknya. Boboy dipeluk dan dicium oleh ibunya. Keduanya tertawa bahagia. Sepasang lelaki dan perempuan yang sebaya dengannya turut menghampiri ibu dan anak tadi. Boboy mendepakan tangan kearah lelaki yang sebaya dengannya, “Atuk! Nak dukung…!”
Lelaki yang digelar atuk segera mendukung Boboy. Boboy dipeluk penuh kasih sambil diperhatikan oleh wanita sebaya dengannya tadi. Mereka bermain-main dengan Boboy.
Bahagianya…bisik Tengku Mukhriz.
Hidupnya sangat sunyi sebelum ini. Bila wang mendahului segala kepentingan, banyak momen hidupnya lebih terarah kepada kerja. Sedari dulu dia tidak dapat meluangkan banyak masa dengan anak tunggalnya, Adam. Dia dan Puan Sri lebih banyak menghantar Adam ke nursery dan pelbagai macam kelas semata-mata mahu memenuhkan jadual Adam. Dia dan Puan Sri keluar seawal 8.00 pagi, Adam juga sama. Dia ke nursery sehingga tengah hari. Tengah harinya pula dia bawa oleh pemandu ke kelas piano, kelas renang, kelas menunggang kuda atau memanah bergantung kepada jadual kelasnya. Bila malam Adam makan dengan bibik, kadang dengan isterinya, dia jarang sekali berada di rumah. Zaman itu adalah zaman dia mengumpul harta, mencipta sejarah kejayaan untuk dirinya sendiri. Sebagai seorang kerabat dia memang punyai wang pusaka yang banyak tapi tidak mampu menjadikan dia lelaki ke dua terkaya. Untuk menjadi luar biasa, dia perlu hidup di luar norma manusia lainnya.
Bila usia menjelang senja, barulah dia terkedek-kedek mencari sinar kebahagiaan. Mengupah seorang ustaz untuk membimbing keluarganya. Kalau dia mampu mengupah doktor peribadi kenapa tidak mengupah seorang ustaz sebagai penasihat kepada keluarganya? Mahu dicedok ilmu agama dalam sekelip mata dia tak mampu, jadi lebih baik bertanya pada yang pakar. Berdamping dengan ustaz, sedikit sebanyak ilmu agama itu tertumpah juga padanya. Cuma….satu lagi kebahagiaan yang ingin dicapainya. Kebahagiaan menjadi seorang datuk kepada cucu-cucunya nanti.
Bila bangun je sudah riuh dengan suara kanak-kanak. Malam pun sama, kan bahagia tu?
“Pap!”sebiji bola tergolek ke kakinya. Menyentap lamunan Tengku Mukhriz. Kanak-kanak tadi berlari mendapatkan bolanya. Tengku Mukhriz membantunya mendapatkan bola tersebut sebelum menyerahkannya kepada Boboy.
“Sorry atuk…tu mama yang lempar, bukan Boboy. Boboy tukang tangkap je ” Boboy yang baru pandai bercakap sudah pandai membela diri.
“Tak pe…” Tengku Mukhriz ketawa sambil tangannya menggosok kepala Boboy.
Ibu kepada Boboy datang merapati, “Boboy cakap terima kasih kat atuk”
Boboy menurut arahan ibunya, “Terima kasih atuk”
“Sama-sama…”
Boboy dan ibunya berlalu dari situ. Tengku Mukhriz mengiringi keduanya dengan pandangan mesra. Kehadiran Boboy menguatkan lagi motivasinya untuk menyatukan Ariana dan Adam. Baru cepat dia merasa pegang cucu, Tengku Mukhriz senyum lagi. Dia terus mengarah ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari taman tersebut.Dia mahu bersiap ke Panglima Construction, salah satu anak syarikat Panglima Holding. Berbincang dengan Pengurus Syarikatnya di situ, Encik Hamid mengenai rancangannya untuk membuat usahasama dengan JR Company, syarikat milik Datuk Wan Jusoh.
* * * * * * * *
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kelantan hanya mengambil masa 45 minit. Tak begitu memenatkan bagi Tan Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania. Usai sampai mereka terus ke rumah Datuk Jusoh bapa tiri kepada Ariana.
Pengurus syarikatnya sudahpun menghubungi Datuk Wan Jusoh mengenai perancangan mereka dan dari situ Tan Sri Mukhriz mula menghubungi Datuk Wan Jusoh. Kononnya dia mahu ke Kelantan, saja mahu melawat negeri Cik Siti Wan Kembang sambil-sambil meninjau kawasan yang ingin dibangunkan bandar baru mengikut perancangan mereka itu. Datuk Wan Jusoh dan keluarga menyambut baik kedatangan mereka. Datuk Wan Jusoh, Datin Asra dan beberapa orang wakil syarikatnya datang menjemputnya di lapangan terbang, membawa mereka ke kawasan yang ingin dibangunkan, membeli belah di Nordin Batik, sebelum akhirnya ke rumah Datuk Wan Jusoh di Pengkalan Chepa.
Usai sampai di rumah Ariana, mereka memang disambut baik. Datin Asra ibu kepada Ariana memang cantik orangnya. Lemah lembut dan berbudi bahasa. Datuk Jusoh pun tak kurang hebatnya, budi bahasanya tinggi. Memang berkenan habis Tengku Mukhriz nak berbesan dengan mereka. Usai panjang lebar mereka berbincang soal perniagaan, Tengku Mukhriz memulakan rancangannya. Sedari tadi dia dok terintai-intai potret keluarga Ariana yang tergantung di ruang tamu rumah.
" Cantik ya anak perempuan Datin ni " Puan Sri Lis memulakan bicara. Pandangannya masih tertancap pada gambar keluarga Datuk Jusoh. Potret keluarga yang diambil tahun lepas diamati. Datuk Jusoh duduk ditengah bersama dengan Datin Asra, Ariana berdiri di belakang bersama adik lelakinya dalam usia awal 20-an, dan seorang kanak-kanak perempuan berada ditengah-tengah antara Datuk Jusoh dan Datin Asra.
" Owh.. Rose...Dia kat Putrajaya sekarang..." Datin Asra senyum bila anaknya dipuji.
“Mesti dah berpunya kan…punyalah cantik orangnya” usik Puan Sri lagi sekadar berbasa basi. Dia tahu Ariana masih belum berpunya.
Datin Asra hanya senyum, itulah telahan yang selalu dia dengar semenjak anaknya pulang dari belajar di England. Tapi telahan yang dibuat memang semuanya salah.
“Rose ni biasa-biasa je Puan Sri…asyik sibuk bekerja, tu yang single lagi tu ”
"Kalau dapat bermenantukan Rose ni...Untung saya." celah Tan Sri Tengku Mukhriz. Datuk Jusoh dah mula kembang kempis. Orang sebaik Tan Sri ajak berbesan, bodohlah dia kalau menolak.
" Anak kami ni biasa-biasa je Tan Sri... takut tak sepadan dengan anak Tan Sri.." Datuk Jusoh pula pura-pura merendah diri. Berbudi bahasa lah kononnya.
" Eh siapa kata tak sepadan? Kalau ayah ibunya bagi green light, rombongan kami terus bersedia untuk datang meminang"
Mahu tersedak Datuk Jusoh mendengarnya. Serius ke pasangan billionaire kat depan dia ni? Tak kan tengok gambar terus berkenan. Hisk, tapi buat apa ditanya. Rezeki, jodoh semua tu ditangan Tuhan.
"Kami ni Tan Sri...Kalau Rose dapat mertua macam Tan Sri dengan Puan Sri memang bertuah badan budak tu "
"Macam tu kata Datuk, dua minggu lagi kami datang bawa rombongan ya?"
"Betul ke ni Tan Sri? " cepat juga sebenarnya tempoh tu. Mana nak tempah baju, mana nak siapkan khemah, catering, pelamin…
"Datuk Jusoh...saya bila masa tak serius? Boleh ke kami datang bawa rombongan nanti?"
"InshaAllah...kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan Tan Sri…tapi…dua minggu….tak sempat kami nak bersiap Tan Sri…sebulan lagi macamana?”
“Hmm…kita buat ala kadar je Datuk Jusoh, lebih afdal kan? Antara family je. Tak perlu macam nak buat kenduri kawin tu, yang penting berkat betul tak?” berat Tan Sri Mukhriz mahu memanjangkan tempoh, kalau dipaksa juga, nampak sangat gelojohnya. Tapi dah dua bulan rancangannya tergendala, tak kan nak panjangkan lagi sebulan.
Datuk Jusoh mengangguk, mengiyakan.“Saya setuju sangat dengan Tan Sri tu, yang penting berkat kan?..Baiklah kalau macam tu, inshaAllah 8 Mei ni la kan? Jumaat”
“Ye, dua minggu lagi, 8 Mei” Tan Sri Mukhriz ketawa sambil menepuk-nepuk bahu kawan barunya, “Sudahlah panggil saya Tan Sri…dah nak berbesan kita ni ”
Pecah tawa mereka berdua. Hati berbunga ceria. Tengku Mukhriz yang lega bila risikannya diterima, dan Datuk Jusoh yang berbunga-bunga hatinya dapat berbesan dengan billionaire. Ingat senang nak dapat?
Dalam suasana ceria peluh hilai tawa, ada hati yang gundah. Datin Asra menjeling suaminya. Senang-senang je Datuk Jusoh bersetuju. Memang Tan Sri dan Puan Sri baik, tapi pendapat Ariana Rose perlu ditanya juga. Anak perempuannya tu bukan boleh dijangka. Kalau ramai gadis-gadis yang mahu berkahwin dengan anak orang kaya Ariana lebih senang buat dek je. Sudah beberapa orang yang datang merisik ditolaknya mentah-mentah. Alasannya tidak suka keluarga berpangkat dan berdarjat, susah dia mahu menyesuaikan diri nanti, atau kononnya berprinsip sosialis jadi berkahwin dengan golongan atasan begitu mencabar prinsip sosialnya. Itulah jawapan sengal yang biasa digunakan oleh Ariana. Datin Asra, kalau Ariana sudah menyuarakan alasan sebegitu, tahulah dia memang Ariana sudah malas mahu melayan.
Usai habis berbual mesra dan berbincang tentang rombongan meminang, Tan Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania memohon diri. Limousine yang disewa dari lapangan terbang sudah siap menanti di perkarangan rumah Datuk Jusoh. Datuk Jusoh menawarkan diri untuk menghantar mereka di lapangan terbang tetapi ditolak dengan baik oleh Tan Sri Tengku Mukhriz. Dia tak mahu menyusahkan keluarga Ariana. Keputusan Datuk Jusoh untuk menerima rombongan mereka pun dah cukup menggembirakan. Dua bulan dia tertunggu hasil siasatan Razif semata-mata mahu menyatukan Ariana dan Adam. Sekarang misinya semakin hampir.
* * * * * * * * * * * * *
Adam masih lagi di pejabat. Berbincang dengan Pengurus dari Unit Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat dan Pengurus Bahagian Kewangan syarikat. Sebagai sebuah syarikat konglomerat gergasi di Malaysia, penglibat langsung syarikat dalam tanggungjawab sosial memainkan peranan penting dalam membawa imej syarikatnya yang positif. Selama 5 tahun dia mengendalikan urusan syarikat ayahnya, semakin banyak sumbangan dan penglibatan sosial Panglima Holding. Adam tidak lokek memberi, lagipun cara itu juga dapat mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan kepada syarikatnya. Selain menaja pelajar-pelajar berpotensi ke luar negara, Adam biasanya memilih untuk menaja program kebajikan yang ada publisiti dan program alam sekitar yang giat dipromosikan kini.
Senarai penglibatan Panglima Holding dalam program yang berbentuk tanggungjawab sosial serta program-program yang berpotensi diperhatikan Adam. Pengurus Bahagian Kewangan juga melakukan perkara yang sama. Masing-masing sibuk meneliti. Membandingkan antara peruntukan kewangan dan jumlah kos pembiayaan untuk setiap projek yang sedang berjalan dan akan berjalan.
“ Jumlah terbesar untuk social responsibility is spent on a new project anak yatim under Dato’ Seri Zahra ye? What so good about the project ? Program ni makan masa lama juga saya tengok, tak bersifat one off macam yang lain” Adam bertanya pengurusnya Encik Asrul. Wajahnya masih serius menunggu jawapan dari Encik Asrul, lelaki yang sudah berusia 40 tahun itu.
“First of all I should say it is a very good project in terms of pelaksanaan dan it is actually designed with objective. Kalau Datuk tengok program yang telah diatur oleh penaja it is not just a donation but it tries to help those anak yatim to be in a better condition. We did not just give them money and just let them be. We can see their progress from month to month” bersemangan Encik Asrul menerangkan. Adam khusyuk mendengar. Kertas kerja yang memuatkan butiran lanjut program disuakan oleh Encik Asrul kepada Adam. Adam menyambutnya dan terus membelek satu persatu.
“Siapa yang hubungi awak untuk program ni?”
“Encik Harith, pegawai khas menteri. Projek ni directly bawah Dato’ Seri Zahra and since Dato’ Seri ada hubungan baik dengan Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Lisdania, mereka bagi kita priority untuk jadi penyumbang terbesar. Lagipun it’s good for our publicity since this project will get wide coverage from media”
“Okay, good then” Adam senyum. Encik Asrul memang boleh diharap bab-bab publisiti dan projek-projek sebegini. Dia tak kisah kalau tak mendapat publisiti, tapi kalau dapat, itu satu bonus.
“Total cost is 250,000 ringgit and we are sponsoring 50% from it?” Encik Zamri yang sedari tadi hanya mendengar mula bertanya. Bab apa lagi kalau bab kewangan. Dia yang jaga, perlu lah.
Encik Asrul angguk mengiyakan.
“The rest? Dah ada sponsor” Encik Zamri yang mula bimbang kalau-kalau sponsor tak cukup nanti mereka lah yang kena tanggung. Pasti boleh membiayai, tapi lari lah sikit dari peruntukan yang dah ditetapkan serta forecast kewangan yang mereka dah buat.
“Dah…semua penaja akan hadir malam ni. Datuk confirm datang kan untuk majlis perasmian? Tiga saluran TV akan ada kat sana”
Bab masuk TV tu yang dia tak suka. Tapi untuk company terpaksalah. Tambah pula Dato’ Seri ada sama. “Confirm. Saya pergi. Awak dengan siapa lagi yang hadir sama Asrul?”
“Saya dan Azwani, Datuk”
“Okay. I think we can dismiss now. Jumpa malam ni lah kalau macam tu. Thanks Asrul and Zamri”
Encik Asrul dan Encik Zamri bangun dari kerusi perbincangan. Bilik CEO Panglima Holding ditinggalkan. Encik Zamri kembali ke departmentnya di aras 23 manakala Encik Asrul terus ke aras bawah untuk pulang. Dia perlu bersiap untuk majlis makan malam bersempena perasmian program anak yatim malam ni. Masuk TV mestilah kena bergaya.
Bosnya tak apa, surau, bilik air semua dah ada kat bilik. Muka pun dah kacak habis, pakai apa pun meletop. Kereta pun bukan sebarang kereta, sekali pecut dah sampai, boleh la balik lambat atau pergi ke sana langsung dari pejabat. Kalau macam dia ni, memang kena touch up dulu. Pakai segak-segak. Kalau tak sememeh orang pandang, jatuh imej syarikat. Habis-habis dia juga la yang kena nanti.Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
YOU ARE READING
Ariana rose
Short StoryIa mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan ag...