Bab 10

2K 29 0
                                    

Tak habis-habis Adam memandang Ariana yang berada di kerusi penumpang. Cantik. Lebih cantik dari sebelum ini, bila Ariana kenakan baju yang lebih sofistikated, dia nampak sangat anggun dengan baju Chanel yang ditinggalkan Zatty di rumahnya itu. Ariana pula lebih banyak mendiamkan diri, pandangannya jauh ke luar tingkap. Kali ini Adam sendiri yang memandu. Four wheel drive Hummernya ditinggalkan di rumah, Audi R8 yang menjadi pilihan kali ini. Kalau setakat di Kuala Lumpur Adam lebih selesa menggunakan kereta sahaja. Hilmi dan Dolman juga dah tak mengikut sama.
CD Player yang sedia terpasang sedari tadi asyik mengalunkan lagu-lagu rancak kesukaan Adam. Bila keluar lagu Summer Love nyanyian Justin Timberlake Adam menguatkan volume,  nyanyiannya juga turut dikuatkan. Sepenuh hati sambil matanya melirik pandang pada Ariana.

Come here, let me get your name girl
Tell me where you from, what you do, what you like
Let me pick your brain girl
And tell me how they got that pretty little face on that pretty little frame girl
But let me show you 'round, let me take you out
Bet you we could we could have some fun girl
'Cause we can do it fast (fast), slow, whichever way you wanna run girl
But let me buy you drinks, better yet rings
Do it how you want it done girl
And who would've thought that you could be the one 'cause I

I can't wait to fall in love with you
You can't wait to fall in love with me
This just can't be summer love, you'll see
This just can't be summer love (L-O-V-E)

Come on and lemme show you 'round
Let me take you out, bet you we could have some fun girl
'Cause we can dress it up, we can dress it down
Any way you want it done girl
Or we can stay home, talkin' on the phone
Rappin' 'til we see the sun girl
Do what I gotta do, just gotta show you that I'm the one girl
Well I'mma freak you right, each and every night
I know how to do it insane girl
'Cause I can make it hot, make it stop
Make you wanna say my name girl
Come on baby please 'cause I'm on my knees
Can't get you off my brain girl
But who would've thought that you could be the one 'cause I……



Ariana buat bodoh je dengan perilaku Adam. Lirik entah apa-apa komennya dalam hati. Meremang bola romanya mendengar lirik lagu tu. Hee 18sx betol. Kalau-kalau budak-budak dengar ni memang boleh bawa kepada gejala sosial. Hmm tapi suara Adam memang sedap. Lagi  merdu  dari suara Justin Timberlake.

Keretanya di arahkan ke kawasan Bukit Bintang, menuju ke Pavilion. Adam tak biasa mengucapkan maaf kepada sesiapa, tambah lagi kalau perempuan. Dia lebih senang membelikan hadiah. Biasanya teman-teman wanitanya akan berhenti merajuk atau menjadi semakin manja bila dibawa ke Pavilion, membeli belah barang-barang berjenama. Hati perempuan, semuanya materialistik. Tak satu pun benar-benar sukakan dia. Pasti Ariana pun sama, telahnya.

Usai meletakkan kenderaan Ariana memandangnya pelik, “This is not my home”. Matanya dicerlungkan. Tadi  beriya  dia  mahu  mengambil  teksi  tapi  Adam  tidak  benarkan. Kalau  mahu  dilepaskan,  syaratnya  dia  sendiri  yang  akan  menghantarnya  ke  rumah.

Adam senyum. Senyuman yang mencairkan naluri mana-mana wanita yang memandang. Mungkin kalau gay tengok pun boleh cair juga kot.. Ariana ketap bibir, cuba mengawal perasaannya sendiri.

“Kita makan dulu, you mesti penat kan..” Adam merenungnya tepat pada anak mata seperti mahu memberitahunya lebih dari itu. Membahang mukanya menahan malu dan marah yang bercampur baur.

“ Takde selera. Just send me home ” mana dia nak ada selera? Tengok muka Adam terus dia teringatkan peristiwa semalam. Malu. Jijik. Benci. Pelbagai kemungkinan mula membayangi diri.

Macamana kalau dia mengandung nanti? Nak dibunuh anaknya nanti? Gugurkan? Sudahlah terlanjur itu satu dosa besar, nak membunuh pula? Macamana penerimaan mak ayahnya?

Wait. Terlanjur ? Siapa yang terlanjur? Adam yang ragut kesucian dia! Sekarang ada hati nak ajak dia makan. Muka Adam langsung tak ada riak menyesal mahupun bersalah. Macam suka ada. Makin mengada pun ya.

“ Ok ” Adam keluar dari kereta. Lagak biasa. Ingatkan Adam mahu terus masuk ke dalam tapi sebaliknya dia membuka pintu disebelah penumpang. Bahu Ariana dipegang.

“Jom….“ nadanya seakan memujuk. “I will take care of you, just stay with me”

Stay with him? Gila. Laki ni memang gila. Tak tahu hukum halal haram. Islam ke apa Adam ni ? Rasa macam nak lempang je muka Adam. Tadi  cakap  lain  sekarang  cakap  lain. Bukannya  susah  nak  menghantarnya  ke  Putrajaya.

“You tak tahu hukum ke Adam? Tak tahu halal haram?” Ariana bertanya sinis.

Adam mengerutkan dahinya,“Tak ”

Pendek jawapan Adam. Memang dia tak tahu pun. Dia dibesarkan di England bersama kawan-kawan mat salehnya yang terang-terang mengaku tidak mempercayai agama. Dia ingat lagi sewaktu tahun pertama di Eton College. Kawan sebiliknya, Samuel mengejeknya bila dia membaca doa kerana takut untuk tidur;

“Awak berdoa? Kat siapa? Tak ada siapalah yang dengar doa awak tu. Kuno lah awak ni, orang yang mempercayai agama adalah orang yang ketinggalan 300 tahun ke belakang. Tak kan awak tak tahu revolusi perancis dulu? ”

Dia terasa bodoh bila diejek sebegitu. Pada usia 13 tahun, apa yang dia tahu mengenai revolusi perancis? Lepas malam tu, dia sudah tidak berdoa lagi. Takut diejek oleh Samuel. Lama kelamaan dia mula senang dengan cara hidup Samuel tapi dia tetap percaya Tuhan itu wujud, Islam agamanya, tapi selebihnya? Dia tak tahu. Bekalan agama yang dibawanya waktu ke UK dulu pun bukannya banyak. Mommy dan daddy nya pun bukan pernah ajarkan dia solat waktu dia kecil-kecil dulu. Bibik yang biasa tidurkan dia yang ajar dia cara berdoa. Bibik kata boleh halau hantu.

“Jangan main-main Adam” Ariana buat muka bosan. Boleh Adam main-main soal agama.

Adam jungkit bahu. Itu kenyataan. Terpulang pada Ariana mahu menerimanya atau tak. Dia juga rimas disoalkan begitu. Bagai ada batu berat yang menghempap dadanya. Agama sudah jauh dia tinggalkan, untuk berpatah balik mencarinya satu persatu bagaikan sudah terlambat. Sukar.Sesak bagi Adam.

“Stay with me” Adam cuba mengubah topik. Senyuman menggoda dihadiahkan pada Ariana sekali lagi. Cuba mencairkan naluri perempuan itu.

“I H.A.T.E YOU. Stop asking. That will never happen”

“You like me! Stop the denial Ariana…You blushed when we kissed…or should I say more?”Adam, masih dengan senyum yakinnya. Senyum nakal yang menggoda. Ariana memjegilkan mata. Adam bangkitkan lagi hal semalam. Adam ni tak faham bahasa ke? Semalam tu namanya RAPE, bodoh!

“You forced me last night! Get that?!”

Pintu kereta ditolaknya kuat, dibiarkan Adam tertolak ke belakang. Sengaja dia mahu Adam tahu perasaannya. Ya, dia marah dan dia benci pada Adam! Laju-laju dia memasuki Pavilion. Reaksi Ariana dibalasnya dengan gelakan sakan.

Dia tidak memperkosa Ariana, dia memaksa tapi tidak memperkosa. Dia memaksa, kemudian menggoda…dan? Adam senyum bila mengingatkan peristiwa semalam. Terpulanglah apa yang Ariana mahu gelarkan dengan apa yang berlaku semalam, kalau benar dia menyentuh Ariana dengan lahap seorang perogol pasti pagi ini Ariana tidak mampu bangun dan berjalan seperti sekarang. Pasti tangisan Ariana bukan tangisan kesedihan tapi tangisan trauma.

Lelaki yang gelojoh dan menyentuh perempuan dengan kasar yang selayaknya dikatakan memperkosa walaupun pada hakikatnya perempuan tu merelakan. Dia gentleman dan dia tak perlukan masa yang lama untuk membuatkan mana-mana perempuan jatuh ke tangannya. It’s all about a man’s touch, bisik Adam penuh confident.

------------------------

Dia biarkan Ariana berjalan mendahuluinya tapi masih di bawah pengawasannya. Dia leka memerhatikan gaya Ariana berjalan. Penuh keyakinan, bagaikan dunia dia punya tapi langsung tidak perasankan mata-mata yang leka memerhatikannya. Baju biru terang bila dipadankan dengan kulit Ariana yang putih susu dan rambutnya hitamnya yang mengurai lembut berjaya menarik perhatian mata-mata lelaki disekelilingnya.

Riak cemburu mula menular di hati Adam. Sakit hatinya bila lelaki lain memandang Ariana sebegitu. Nasib baik Ariana tidak mahu memakai dress pendek dan ketat yang dia pilihkan tadi. Kalau tak, dia juga lah yang makan hati bila ramai lelaki meratah pandang susuk tubuh Ariana. Dia melajukan langkah, menarik tangan Ariana dan memeluk pinggangnya.

Ariana terkejut dengan tindakan Adam. Apahal? Mukanya memandang Adam. Dahinya dikerutkan. “Don’t touch me”

“Just walk” Adam senyum dengan suaranya diperlahankan. “If you really want me to send you home.” Sempat lagi Adam mengugut. Nak tak nak dia terpaksa mengikut.

Adam membawanya masuk ke Butik Chopard. Dengan penuh kasualnya dia duduk di kerusi pelanggan. Seorang perempuan cina datang menyambut. Senyumannya tak lekang di bibir. Anak billionaire datang shopping siapa tak senyum? Ong maa…

Adam pandang Ariana, dia tersenyum. Senyuman memujuk. Ariana buat dek.

“Pilih la apa awak nak” pujuk Adam. Dia harap Ariana tak marahkan dia lagi bila dia belikan barang kemas. Semua perempuan yang pernah dampinginya macam tu.

“I want  nothing  from you!” Ariana mula bangun untuk keluar. Kalau Adam ingat dia boleh dibeli dengan cara itu, mimpi jelah!

Adam mengejar Ariana. Tangan Ariana dicapainya, dan pinggang Ariana dirangkulnya sekali lagi, “Okay, tell me what do you want? Anything”

Nak sahaja dia bagitau Adam supaya kembalikan apa yang dia telah hilang,mahkotanya. Tapi ditelannya ayat itu. Dia tak mahu mengingati peristiwa semalam lagi.

“Hantar saya balik, itu je yang saya minta” bersungguh Ariana memohon. Itu sahaja yang dia mahu. Dia tak mahu berjumpa dengan Adam lagi. Melihat muka Adam lagi.

Adam mengeluh perlahan, “Kita makan dulu, then saya hantar awak balik”

Dia di bawa ke restoran mewah, Al-Amar Lebanese Cuisine, restoran yang menghidangkan makanan Lebanon. Seorang pelayan  lelaki  mengiringi mereka hingga ke meja. Senyuman hormat diberikan oleh waiter. Adam buat bodoh je, sombong. Sedekah yang tak perlu keluarkan duit, rugi kalau tak amalkan.

Menu utama dan minuman dipesan oleh Adam tanpa langsung bertanya pendapat Ariana. Selang beberapa ketika hidangan mula sampai.
Dua pinggan shawarma campuran ayam dan daging terhidang di hadapan mereka. Ni je? Tak ada nasi? Walaupun tadi Ariana jual mahal, tapi hakikatnya dia sangat lapar!

Adam mula menyuapkan makanan ke mulutnya. Ariana menguis beberapa kepingan ayam sebelum menyuapkannya ke mulut. Perlahan-lahan dia makan.

Adam memandang tepat pada matanya. Mencari kefahaman dari Ariana, “Is it that bad sampai makan pun awak tak nak?”

Mestilah teruk! Apa Adam fikir? Perkara biasa? Persoalan Adam tak dijawabnya.

Sudu dan garfu Adam diletakkan, tangan Ariana dicapai, “I’m sorry for what had happen….” Tak sangka terlahir juga perkataan itu dari mulutnya. Tapi dia benar-benar maksudkannya.

Senang kau lelaki. Terlanjur boleh cakap sorry. Perempuan? Boleh naik lori pergi mati. Mengingatkan apa yang dia dah hilang, Ariana jadi sebak. Setitis air mata mengalir jatuh. Perasaannya ditahan. Sedihnya diseka. Air matanya yang mengalir tadi disapu oleh Adam.

" Just eat a little…" sepotong daging bakar disuakan kemulutnya.

Dia cuba mengelak, tapi Adam suakan juga. Memaksa. Ariana buka mulut. Adam suapkan makanan. Ariana kunyah sambil mukanya dah membahang malu. Adam masih memandang wajahnya.

" Sedap ? "

Kepalanya diangguk. Memang sedap. Nampak macam tak sedap, tapi rempahnya cukup.

" That’s my girl…No more tears, I will take care of you..Hmm?"  saat itu wajah Adam memang tak ubah macam Prince Charming yang sangat matang dan protective. Ariana diam.  Adam nampak ikhlas.

"Adam....." Ariana cuba gagahkan diri bertanya." Erm...macamana kalau…kalau….erm….saya  pregnant ? "

" It won’t happen. Dont worry " cool je riak wajah Adam. Dia tahu dia langsung tidak memakai protection semalam, tapi kenapa nak sakitkan kepala fikirkan benda yang masih belum berlaku?

" If its happen? " Ariana tanya lagi. Dia mahukan kepastian. Dia takut dengan sebarang kemungkinan.

"Gugurkanlah. I temankan" Riak wajah Adam tidak menunjukkan sebarang ekspresi. Biasa. Macam perkataan tu langsung tidak membuatkan dia rasa bersalah.

Adam nak dia gugurkan kandungan? Pedih. Ngilu. Adam ingat dia mainan ke?

Tahu tak proses pengguguran tu sungguh menyakitkan? Dia pernah memberi ceramah kepada remaja sekolah mengenai ‘abortion’ , dia tahu prosesnya bagaimana.

Sakitnya lebih dari melahirkan anak secara normal. Adam langsung tak ada perikemanusiaan. Menggurkan kandungan sama seperti membunuh satu nyawa. Hilang habis semua kebaikan yang baru Adam tonjolkan padanya. Adam tetap Adam. The Beast.

Ariana meletakkan sudu dan garfunya. Terasa mahu menitiskan air mata disitu juga, tapi ditahannya. Adam terkejut dengan tindakan Ariana. Ariana yang tak moden. Menggugurkan kandungan tu dah ramai orang buat, Ariana je yang kalut. Budak sekolah menengah pun tahu gugurkan kandungan tak kanlah Ariana yang dah berumur 20 lebih takut? Adam mula fade up. Ariana memang kolot.

" Ariana, dah tu you nak macamana? Nak I kahwin dengan you? "

Ariana diam. Kalau Adam ni jenis yang bertanggungjawab, memang itulah yang sepatutnya Adam buat. Tak kan dia yang nak sarankan pada Adam macam tu. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong la pulak jadinya.

" I love being around you. I nak you dengan I. I love the fact that I’m the first, and I will make sure that nobody else touch you Ariana…I miss last night like I can’t wait for tonight for it to happen again...but" mata Ariana direnungnya dalam.

" but I cant marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukupkan?.." lagak Adam yang super confident, memang menyakitkan hati. Berlagak. Sombong. Memang dia bukan kerabat diraja, bukan kaya raya macam Juwita. Macam Adam. Dan dikatanya aku ni kerani? Okay tak salah jadi kerani tapi dia lulusan Master dari Cambridge lah. Cakap pandang-pandanglah Adam.

Ariana buat muka tak berperasaan. Tak guna dia sakitkan hatinya sebab lelaki macam Adam. Saat itu dia tanamkan azam untuk tidak bersangkut paut dengan Adam lagi. Kalaupun dia mengandungkan anak Adam sekali pun, dia tak kan jumpa Adam. Tak kan menghubungi Adam. Tak kan benarkan Adam mendekatinya lagi. Biar hari ini menjadi titik noktah bagi mereka. Biarlah masa depannya kelam, tapi ia akan jadi lebih kelam jika hidupnya berimamkan lelaki seperti Adam, yang tidak tahu halal dan haram. Bergelumang dengan palitan dosa.

" I tak perlukan duit you. Thanks for your offer. Hantarkan I balik, please" Ariana terus bangun. Makanan dipinggannya masih banyak berbaki. Pinggan Adam dah hampir licin.

" Ariana...."

" Please Adam. Remember last night, I can go straight to the police if I want, but I dont. So please send me home, before I change my mind"

Adam bangun. Napkin dihempasnya ke kerusi. Penolakan Ariana telah menyelar egonya sebagai seorang lelaki yang punyai pangkat dan darjat. Digilai. Seorang waiter datang merapati. Adam terus menghulurkan dua keping note RM100.00. Tanpa menunggu baki, lengan Ariana dipaut sebelum mereka beriringan keluar.

" Your choice. My offer will not come twice Ariana"

Ariana roseWhere stories live. Discover now