Bab 13

1.6K 32 0
                                    

Perkarangan  Hotel  Marriot  Putrajaya  dimasukinya.  Ariana  berdandan  sehabis  cantik. Lama dia tak berdandan. Sejak kejadian diculik oleh Adam, dia memang murung. Sedih. Pakaiannya pun sememeh je bila ke pejabat. Bila dia ditegur oleh doktor beberapa hari lepas, barulah dia perasan yang dia dah terlampau mengabaikan dirinya sendiri. Adam dah merosakkannya tak kan dia juga mahu terus merosakkan dirinya sendiri ? Sejak hari itu dia nekad mahu melupakan semua yang dah berlaku. Dia nekad mahu menyayangi dirinya sendiri. Kalau bukan dia, siapa lagi?

Dua hari lepas, pulang dari pejabat di terus ke gim. Semalam dia menghabiskan masanya di Equestrian Putrajaya, menunggang kuda dan petangnya pula dia ke spa. Mendapatkan balik semangat dan serinya yang telah hilang.

Usai meletakkan kenderaan, Ballroom Grand Putrajaya 1 dimasukinya. Acara baru sahaja bermula. Seorang penyambut tetamu menunjukkan tempat kepadanya. Meja VIP yang terletak disebelah kiri dewan ditujui mereka.

Ariana mengambil tempat setelah dibawa oleh penyambut tetamu tadi. Beberapa orang VIP lain turut memenuhkan meja. Acara dimulakan bila YB Menteri dan perwakilan syarikat memasuki dewan. Mereka semua ditempatkan di meja tengah,bersebelahan dengan meja Ariana. Meja khas untuk VVIP itu langsung tak dipandangnya. Beberapa acara bermula, dimulakan dengan persembahan, kemudiannya ucap cara YB Menteri di Kementeriannya, dan pemberian sumbangan oleh YB Menteri dan perwakilan syarikat. Wakil media yang berada disebelah kiri dewan sibuk mencatat dan yang mewakili stesen televisyen pula sibuk merekod. Live katanya. Haih, peduli apa aku, bisik Ariana.

Ariana tekun menghadap makanannya. Kadang-kadang dia melayan bicara Encik Harith yang mengambil tempat di sebelahnya. Asalnya tempat itu dikhaskan untuk Ketua Bahagian, tetapi Harith memohon tempatnya ditukarkan dengan Encik Osman yang asalnya ditempatkan di sebelahnya.

"Ariana, ini lah penyumbang terbesar untuk program kita, " tegur Encik Harith bila  satu nama dipanggil untuk naik ke pentas.

Datuk Wira Tengku Adam Kamil bin Tan Sri Tengku Mukhriz.

Sesusuk tubuh yang amat dia kenali diperhatikan. Harith turut sama melempar pandang pada Adam yang sedang bangun dari tempat duduknya. Mata mereka bersatu. Ariana mula gundah. Peluh sejuk sudah memercik didahinya. Matanya dilarikan, berpura-pura tidak mengenali Adam. Senyuman hormat dilemparkan untuk Adam sebelum dia menyambung makan.

‘You don’t know him Ariana! You don’t know him!’ hatinya melaung kuat. Dia tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi. Sudah sedia dimasukkan dalam kotak hitam memorinya. Kenapa Tengku Adam muncul lagi? Mahu merobek memori lama? Mencungkil apa yang sedaya upaya dia kuburkan?

"Muda-muda lagi dah jadi Datuk..hebatkan dia ni?" Harith mencelah lagi. Kalau Harith boleh bagi dia masa untuk bertenang, itu lebih baik sebenarnya.

" Pangkat tu boleh dibeli Encik Harith"

" Hisk, awak ni..dia anak billionaire, tapi banyak aktiviti amal yang dia support. Lagipun keluarganya banyak menyumbang pada pembangunan ekonomi negara. Cuba awak kira, dia ada lebih dari 10 buah syarikat besar dari aktiviti perladangan, perkapalan, elektronik, perumahan, perhotelan, dan macam-macam lagi. Dah berapa banyak peluang pekerjaan yang mereka boleh sediakan? Tak termasuk cukai yang dibayar kepada kerajaan yang digunakan semula untuk pembangunan negara? Itu sebabnya dia dapat gelaran tu..."

"Biasalah tu Encik Harith, yang kaya senang nak jadi lebih kaya. Kalau macam saya ni, idea ada duit tak ada. Nak buka perniagaan apa? Last-last macam ni lah juga. That is why kalau Encik Harith baca laporan ekonomi negara, hanya 20% golongan yang terkaya di Malaysia yang mengalami pembangunan taraf hidup yang pesat, dan paling teruk adalah golongan 40% di bawah. Tiada kemajuan langsung" Encik Harith ketawa mendengar pendapat Ariana. Ariana gadis yang agak lain dari yang lain. Pendapatnya kadang tajam tapi bernas.

Ariana roseWhere stories live. Discover now