A/N : Thank you for 1k reads!
(Agak panjang tapi ini akan jadi bab terakhir yang sedih-sedih. Happy and sweet chapters are coming real soon! Please bear with me 😘)
Maaf atas kekurangan.
TANAH PERKUBURAN ISLAM AS-SUFI, KUALA LUMPUR
TAPAK tanah perkuburan kecil itu Amaya pandang lama. Bacaan Yasin baru selesai, namun sikit pun Amaya tak berganjak. Tetamu masjid yang lain sudah pulang, dan meninggalkan hanya Azrul dan Yana bersamanya di tanah kubur itu.
Oh, bersama Izz juga. Lelaki yang tak pernah meninggalkan sisinya sejak dia tersedar dari pengsan, sehinggalah ke sesi pengebumian Azim.
"Amaya, kita balik dulu? Nanti awak boleh datang lagi," pujuk Izz yang duduk melutut di sebelah tanah kubur itu.
Amaya hanya diam. Pergi dari sini menandakan dia memilih untuk meninggalkan Azim bersendirian. Dan, dia tak ada kekuatan untuk membiarkan arwah tanpa peneman.
"Nanti Azim takut. Kat dalam itu gelap." Perlahan suara Amaya.
Izz menggeleng lembut. "InsyaAllah, Allah akan pelihara kesejahteraan Azim di dalam sana. Awak perlu banyakkan doa. InsyaAllah, Azim akan tunggu awak di syurga. Bangunlah, Amaya. Jangan buat saya risau dengan awak."
Amaya hela nafas panjang. Azrul dan Yana yang setia menyepi terus dipandang. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menyindir dan memaki dua manusia itu. Tapi, mengingatkan yang mereka berada di tanah kubur dan Azim berada di antara mereka, terpaksalah dia menahan niatnya.
"Boleh tak saya nak tinggal berdua dengan Azim sekejap?" tanya Amaya, perlahan. Soalan dituju pada Izz, namun mata setia memaku pada Azrul dan Yana. Satu isyarat bahawa dia mahu kedua insan itu turut sama beredar dari sini.
Dan, keduanya tak banyak bunyi. Terus bangkit untuk meninggalkan kubur.
Hampir Amaya tergelak sinis. Mudah sungguh mereka melupakan. Seolah-olah Azim ini tak pernah ada makna dalam hidup mereka.
"Jangan lama-lama. Dan, jangan terlalu layan perasaan. Ingat Allah. Sepuluh minit lagi, saya datang semula." Izz sempat berpesan sebelum dia turut bangkit dari duduknya.
Akhirnya, kaki dibawa mengikut langkah Azrul dan Yana untuk meninggalkan kubur dan membiarkan Amaya bersendirian di situ. Sempat kepala menoleh untuk kali yang terakhir. Entah kenapa, hati tiba-tiba bimbang. Takut ada benda buruk yang terjadi walaupun dia sendiri tak pasti apakah ia.
"Kau dah berapa lama kenal Aya?"
Soalan tiba-tiba dari Azrul menyentak Izz yang bersandar pada kereta sambil menunggu kemunculan Amaya.
"Baru lagi." Sepatah Izz menjawab. Tak ada hati nak bercakap panjang lebar dengan lelaki tak bertanggungjawab itu.
Mata Azrul spontan turun naik memandang Izz. Walaupun hanya berbaju Melayu biru gelap dan slack hitam, tapi ada auranya sendiri. Bukan golongan biasa-biasa. Tengok jam tangan pun tahu. Belum lagi tengok kasut yang berkilat-kilat. Usah ditanya harga baju dan seluar yang dipakai. Mahu tercekik air liur sendiri.
YOU ARE READING
HER, COFFEE | completed ✓
Romance𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun ko...