𝐂𝐔𝐏 𝟏𝟐

10.1K 658 95
                                    

A cup of coffee with extra milk and sugar. Manis. 😘

SEBELAH tangan memegang dua cawan kopi manakala sebelah lagi terkial-kial membuka pintu bilik tidur Izz. Bilik yang sama digunakannya untuk bertukar baju dan mandi serta solat tadi. Malas nak mengetuk sebab waktu dia tinggalkan bilik tadi, Izz tak ada pun dalam bilik.

Rasanya, Izz masih belum masuk ke bilik. Yalah, yang datang majlis hari ini semua ahli keluarganya. Mestilah tak menang tangan Izz nak melayan. Dan, dia pun tak adanya nak berkepit dengan Izz sepanjang hari ini. Sekadar di atas pelamin, makan berhias, dan sesi bergambar.

Selepas itu, masing-masing ralit melayan tetamu, baik ahli keluarga mahupun rakan kerja dari Empree Group dan Her Cuppucino.

Setelah menapak masuk ke dalam bilik, pintu ditutup semula. Baru nak memusing tubuh, satu suara terlebih dahulu menyentak Amaya.

"Dari mana?"

Laju Amaya memusingkan badan. Sejak bila ada orang dalam bilik ini?

Baru nak menjawab, mulutnya terus terkatup rapat. Mata terbuka meluas apabila Izz muncul di depan mata. Kalau muncul macam biasa, dia boleh terima lagi. Ini tak. Munculnya hanya dengan tuala dari paras bawah perut sehingga ke lutut. Satu lagi tuala kecil berlingkar di leher, dan hujung rambut yang masih basah dengan air.

Terus kaki terpasak di lantai. Langsung tak bersedia dengan pandangan berketak-ketak yang menjamu mata. Nasib cawan kopi yang dipegang tak terlepas.

"Pergi mana tadi?" Izz ulang semula soalannya apabila Amaya kekal beku. Sempat bibir naik mengherot sedikit. Tercengang sungguh tengok dia separuh tak berbaju macam ini. Belum tak berbaju betul-betul. Mahu tercabut roh di situ agaknya.

Amaya berdehem perlahan. Larikan wajah dari terus memandang walaupun sudah berhak. Dan-dan wajah terasa memanas. Hangat berbahang.

Kenapa dia rasa kepala dia dah meliar ke benda bukan-bukan ini? Isy!

"Pergi buat air. Kopi. Untuk kita berdua. Nak?" Sepatah-sepatah Amaya berkata. Kopi di sebelah tangan diangkat tanda bertanya. Itu pun mata memandang ke arah sekeliling bilik. Serupa macam pertama kali tengok bilik, walaupun tadi dah puas ditilik.

Izz ketawa kecil. "Nak. Bawa sini." Izz hulurkan tangan. Tanda minta Amaya mendekat untuk hulurkan cawan kopi.

Dan-dan Amaya rasa nak telan liur. Letak atas meja ini saja tak boleh ke? Kena hulur sendiri ke? Tak boleh ke pakai baju dulu baru minta? Tak boleh ke kalau...

"Amaya... saya nak air ini." Izz ulang semula arahannya.

Bibir diketap, Amaya tetap melangkah. Nasib baik air dalam cawan tak terlalu penuh. Kalau tak, mesti dah tumpah dek gigilan tangan Amaya.

"Terima kasih." Izz capai huluran cawan itu.

Cepat-cepat Amaya lepaskan cawan apabila terasa hujung jari Izz dingin bergesel dengan jarinya. Hampir dia mabuk apabila berdiri dekat dengan suaminya. Dingin tetapi hangat. Dan, bau yang semerbak dari tubuh itu tidak lagi sama dengan haruman yang pernah dihidunya sebelum ini.

Bukan lagi bau perfume, tetapi bau aftershave. Davidoff Cool Water Aftershave. Bau yang menyegarkan lagi mempesona.

"Saya tak buat kopi hitam. Saya tak reti." Amaya berkata apabila mata Izz tunduk memandang cawan kopi di tangan. Manalah tahu Izz expect dia bawakan kopi hitam. Yalah, itukan kopi kegemaran suaminya.

Izz senyum. "Ini pun sedap. Thank you."

Izz rapatkan wajah dan Amaya tergamam. Terkejut apabila ada ciuman sekilas singgah ke dahinya. Dan, darah terasa berderau apabila tangannya spontan tersentuh perut Izz yang tak berlapik.

HER, COFFEE | completed ✓Where stories live. Discover now