KAKI dilangkahkan menuju ke pejabat Izz Ishraq yang pernah disinggahnya dahulu. Kali kedua dia menapak ke sini.
Terkejut juga dia apabila Izz membalas mesejnya dan terus bersetuju apabila dia mengajak berjumpa sekali lagi. Alasan yang diberi Amaya, kononnya nak berbincang soal projek itu walaupun dia sebenarnya ada agenda lain yang tersendiri.
Izz pula, tak banyak tanya. Terus bersetuju untuk berjumpa dengannya hari ini.
"Jemput masuk, Cik. Encik Izz dah menunggu di dalam," jemput setiausaha Izz.
Amaya mengangguk perlahan. Sempat menarik nafas dalam dan membetulkan postur tubuhnya. Harapnya tak nampak sangatlah mukanya yang sedang agak lesu ini.
Mana tak lesu bila malam tadi dia hanya sempat tidur dua jam sahaja? Asalnya, dia masuk tidur pada jam 1 malam. Tapi, tiba-tiba dikejutkan dengan berita Azim yang dimasukkan ke hospital. Dan, hampir dua jam dia di hospital menemani Azim makan KFC di awal pagi sebegitu. Pukul lima pagi, barulah dia pulang semula ke rumah.
Tak sempat nak tidur, dah terpaksa mandi untuk solat Subuh dan bersiap ke tempat kerja. Memang mengantuklah jawabnya.
Tangan Amaya bergerak menguak daun pintu tembaga itu sebelum matanya menangkap susuk tubuh Izz yang sedang menunduk mengkaji fail di tangan. Dan, apabila menyedari kehadirannya, Izz pantas mengangkat kepala.
"Come in, Cik Amaya."
Amaya melangkah masuk bersama segaris senyuman. Duduk di hadapan Izz, sempat matanya melirik penampilan lelaki itu. Dua kali berjumpa, dan first impression dia masih belum berubah.
Izz Ishraq memang kacak.
"It actually surprises me that you wanna see me. Just the two of us. Saya ingatkan awak datang dengan PA awak itu."
Spontan, Amaya menggeleng. Sengaja dia tak mahu mengajak Fatihah bersama.
"Saya nak bercakap soal projek itu nanti."
Izz tegakkan tubuh. Fail di tangan ditolak ke tepi sebelum kedua tangan disatukan di atas meja. Kepala diangguk perlahan. "Sure, keep going."
"Berdasarkan kertas cadangan projek yang pihak Encik sediakan, Encik ada kata yang semua kru member saya akan terima pas keluar masuk sebagai staf, kan?"
Izz angguk. Memang pas itu untuk membezakan siapa staf dan siapa tetamu. "Ya, dan awak bersama kru-kru awak juga akan diberi ruang rehat masing-masing. Kenapa ya? Ada yang awak nak ubah dari cadangan projek?"
Amaya menggeleng lagi. Nafas ditarik seketika. Tak pasti sama ada Izz akan bersetuju dengan permintaannya ini atau tidak.
"Kru member saya semuanya berjumlah 20 orang. Tapi, saya nak minta extra pass. Untuk seorang lagi tetamu tambahan."
Spontang, kening Izz terjungkit sedikit. Pas ekstra? Tanpa sempat dikawal, bibir ditarik mengherot. Agak sinis.
"Cik Amaya, jangan kata awak nak gunakan peluang ini untuk bercuti dengan kekasih awak pula?" Tak berlapik soalan yang terluncur dari bibir Izz. Ada nada curiga di situ.
YOU ARE READING
HER, COFFEE | completed ✓
Romance𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun ko...