Bougainvillea Cruise
AMAYA liarkan pandangan ke sekeliling bilik rehat yang agak kecil tetapi mewah itu. Lebih tepatnya, kabin istirehat untuk staf-staf yang terlibat dengan acara launching malam ini.
"Best tak, Azim?" Amaya pusingkan kepala agar menghadap Azim di sebelahnya. Pintu kabin sudah ditutup rapat dan kini, dia hanya berdua dengan Azim di dalam bilik.
"Best gila, mak su!" Azim terjerit seronok sebelum terus melempar tubuh ke atas katil queen di tengah bilik. Terus tubuh kecilnya digolek-golekkan di dalam kelembutan comforter berwarna coklat itu.
Amaya tergelak. Punggung dibawa duduk di birai katil. "Ini baru tengok bilik. Malam nanti, mak su bawa Azim tengok langit malam. Tengok laut sekali."
Terus Azim menegakkan tubuh di tengah katil. Mata bundarnya memandang Amaya penuh teruja. "Ya ke? Boleh tengok? Bukan mak su kata ada kerja?"
Amaya kerling jam tangannya sekilas. Ya, sekarang memang dia ada kerja yang perlu diselesaikannya.
"Mak su memang ada kerja. Lepas ini, mak su kena pergi somewhere dengan pekerja-pekerja mak su. Malam nanti pun, mak su ada kerja juga. Tapi, lepas habis kerja, mak su bawa Azim tengok laut dengan langit."
"Tak sabarnya, mak su!"
Amaya ketawa lagi. Dah lama tak tengok Azim teruja begini. Kepala Azim diusap lembut sebelum tangannya mencapai beg tangan lalu dua keping pas dikeluarkan dari situ. Salah satu pas itu dikalungkan ke leher Azim.
"Okey, ini pas Azim. Tak boleh tanggal, tahu? Kalau tanggal, nanti dia suruh turun dari kapal ini." Sengaja Amaya menakutkan. Dan apabila Azim mengangguk polos, Amaya tergelak. Budak-budak, kalau tengah seronok, bukan main patuh!
"Jom, kita solat dulu. Lepas itu, mak su bawa Azim makan then kita pergi tempat kerja mak su. Okey?"
Azim pantas menabik tangah di dahi. "Yes, ma'am."
Dan sekali lagi, Amaya tergelak.
BEBERAPA balang kaca berisi cawan kopi dialihkan satu-persatu dan disusun dengan kemas di sudut booth kecil berwarna coklat itu. Kemudian, matanya memberi isyarat kepada pekerja-pekerjanya yang lain supaya menyusun sepuluh buah mesin kopi yang berbeza fungsi di atas kaunter itu.
Kemudian, mata tunduk mengerling jam tangan sendiri pula. Hampir pukul tujuh malam. Lepas ini, dia perlu balik bilik semula untuk Maghrib dan turun semula untuk sesi majlis pelancaran malam nanti.
"Saya rasa saya kena gerak sekarang. Saya nak jemput Azim lagi ini di kids lounge."
Dek kerana dia tidak dapat membawa Azim masuk ke dalam hall semasa waktu persiapan, terpaksalah dia tinggalkan Azim di lounge kanak-kanak terlebih dahulu. Nasib baiklah anak saudaranya itu jenis yang tak banyak ragam. Senang nak dilentur.
YOU ARE READING
HER, COFFEE | completed ✓
Romance𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun ko...