A/N : Panjang, tapi kira halal la sebab dah second last chapter 🤧 Happy reading!
"ASSALAMUALAIKUM." Amaya bersuara sambil tangan menolak pintu pejabat yang tertutup rapat itu. Sebaik pintu terbuka, muncul Izz yang sedang tunduk memandang skrin iPad di atas meja.
"Waalaikumussalam." Barulah Izz mengangkat kepala. Wajah yang tegang spontan mengendur sebelum bibir melorek senyuman lebar. iPad di tangan semerta dilepaskan sebelum dia bangkit untuk menghampiri Amaya.
"Busy sangat ke?" tanya Amaya setelah pintu pejabat ditutup. Sepatutnya, dia dan Izz lunch bersama hari ini. Tapi, tiba-tiba dia dapat mesej daripada Izz yang mengatakan mereka hanya boleh lunch di pejabat Izz sahaja memandangkan ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Dan, Amaya pun tak banyak bunyi. Iyakan saja dengan permintaan Izz. Cuma risau kalau-kalau suaminya itu terlalu sibuk. Dahlah baru masuk kerja selepas cuti kahwin.
"Busy sebab banyak benda kena catch up lepas cuti hari itu." Izz berkata sebelum menarik Amaya untuk duduk di atas kerusi.
"Menyesal cuti lama?" tanya Amaya. Sengaja nak menguji. Bibir terherot sedikit.
Tapi, Izz hanya ketawa. "Gila nak menyesal? Seminggu honeymoon dalam bilik, nak menyesal apa?"
Spontan, Amaya terus tercebik. Tahu aje macam mana nak twist balik ayat dia. Alih-alih, dia juga yang terkena semula. Witty!
"So, nak order Food Panda, kan?" Amaya tukar topik. Kalau dah datang mode mengusik Izz ini, mahu sampai sudah mereka tak pesan makanan.
Izz ketawa kecil sebelum mengangguk. "Aya nak makan apa?"
"Aya nak Subway kut. Tak ada mood nak makan nasi."
Spontan kening Izz berkerut. "Eh, cukup ke roti aje?"
"Cukuplah. Roti itukan panjang. Penuh isi."
"Nanti tak cukup tenaga."
Kali ini, Amaya pula yang berkerut. Terkebil mata memandang si suami. Tenaga untuk apa? Dia bukannya kerja jadi buruh binaan yang perlukan tenaga banyak. Dan, roti itu juga sejenis karbohidrat. Sumber tenaga juga itu.
Tapi, baru mulut nak bertanya, terus terkatup semula apabila melihat senyuman nakal yang mula terlorek di bibir Izz. Siap dengan sebelah kening yang terjongket beberapa kali, membuatkan mata Amaya spontan mengecil.
"Lelaki memang macam ini, eh? Tak ada fikir benda lain?" Tertahan suara Amaya. Geram betul. Dia cakap A, Izz pergi lencong ke arah topik luar alam. Isy!
Tawa Izz pecah lagi. Terhibur dengan wajah geram Amaya. Tahu sangat geram dan marah itu sekadar nak menutup malu. Siapa sangka Amaya yang dingin ini rupanya pemalu?
YOU ARE READING
HER, COFFEE | completed ✓
Romance𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun ko...