𝐂𝐔𝐏 𝟏

10.7K 665 104
                                    

𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐭𝐚𝐬𝐭𝐞𝐬 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐢𝐳𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐭 𝐞𝐬𝐜𝐚𝐩𝐞𝐬 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐚 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐝𝐚𝐫𝐤𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐛𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐢𝐭𝐬𝐞𝐥𝐟

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐭𝐚𝐬𝐭𝐞𝐬 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭 𝐰𝐡𝐞𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐢𝐳𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐭 𝐞𝐬𝐜𝐚𝐩𝐞𝐬 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐚 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐝𝐚𝐫𝐤𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐛𝐢𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐢𝐭𝐬𝐞𝐥𝐟.

*

*

*


KAKI bersarung heels setinggi dua inci itu diatur penuh composure ke dalam sebuah bangunan dua tingkat bertulis Her Cuppucino. Kafe bertemakan Inggeris klasik itu sedikit sibuk memandangkan waktu awal pagi sebegini, kedai kopinya memang menjadi tumpuan orang ramai yang menyinggah sebelum ke tempat kerja.

Sampai sahaja ke bahagian administration di tingkat dua bangunan, seisi pejabat terus menunduk perlahan. Salam hormat. Walaupun masih pagi, semua sudah ralit menunduk dengan kerja masing-masing.

Atau mungkin berpura-pura khusyuk di depannya. Mungkin.

"Selamat pagi, Cik Amaya," sapa Fatihah yang sudah bangkit dari kerusinya. Rutinnya setiap pagi, menyapa Amaya sebaik sahaja bosnya tiba di pejabat.

Amaya hanya membalas dengan anggukan perlahan. Tanpa sebarang suara, kaki dibawa masuk ke dalam pejabat pengarah urusan dan pantas diekori Fatihah dari belakang. Tangan sudah memegang iPad, bersedia untuk menjalankan kerjanya sebagai cik PA kepada Amaya.

"Café au lait for today." Senada Amaya bersuara.

Dan Fatihah terus mengangguk. Tangan bergerak di atas skrin iPad, menyampaikan pesanan cik bos kepada barista yang bekerja di bahagian kafe tingkat bawah. Kemudian, kepala diangkat semula sebelum bibir mula bersuara.

"Untuk pagi ini, Cik Amaya ada jadual Skype dengan pembekal biji kopi Robusta daripada Vietnam. Stok bulan ini akan dipertingkatkan jumlahnya berbanding bulan lepas. Dari tiga ribu kilogram kepada lima ribu kilogram."

Amaya mengangguk. Wajah serius mendengar.

"Biji Arabica?"

"Untuk Arabica, pembekalnya dari negara India, dan Skype Cik Amaya dengan dia hari Jumaat ini."

Amaya mengangguk lagi. Kemudian, isyarat diberi agar Fatihah meneruskan kata.

"Petang pula, kilang akan hantar stok susu dan krimer. Macam biasa, pekerja lain akan cek stok dan semuanya akan dirujuk semula pada Cik Amaya setelah semuanya selesai."

Mata Amaya beralih pula ke arah sticky notes yang terlekat pada skrin komputernya. Membaca self-reminder penting yang ditulisnya sendiri.

"Beritahu Ammar, saya nak draf akhir untuk laporan kewangan minggu lepas. Sepatutnya, semalam dah hantar. Tapi, kenapa saya masih tak dapat?" Kali ini, dahi Amaya berkerut sedikit. Sempat hati menggerutu perlahan.

HER, COFFEE | completed ✓Where stories live. Discover now