Panggilan telefon daripada nama yang tertera di skrin telefon itu membuatkan aku tersenyum nipis. Tangan yang tadinya mengipas BBQ itu berhenti.
"Atul, tolong sambung jap." Izatul memandang aku dari atas ke bawah dengan riak menyampah.
"Amboi sedap-sedap kau je kan. Cepat lah, aku tolong kejap ja. Hangus, salah kau." Aku mencebik tapi tetap juga aku menjauh dari situ. Kaki bergerak menuju ketepi kolam.
Hari ni ialah hari ketiga kami di homestay untuk berkumpul bersama ahli keluarga kami yang lain. Biasalah macam family day sebelum new year gituew.
"Hi, Kai."
"Hi, Dian. Wait, wait. Let me say it first. HAPPY NEW YEAR!" Aku tergelak kecil.
"Are you forgot about our timeline Kai?"
"At Japan maybe its already 12AM, but in here it still 11PM bro. Baka."Terdengar gelak halusnya didalam talian.
"Okay, I'm sorry okay. So... do i need to wish you on 1AM?" Kali ini aku pula yang tergelak.
"No. I don't think so." Kepala aku tertoleh memandang Izatul yang sudah menjerit memanggil aku.
"Anyway Kai, happy birthday boke. Sweet 19." Bibir yang mengukir senyuman cuba ditahan apabila aku mendapat pandangan mengancam daripada sepupu-sepupu aku.
"This is what I'm waiting for. Anyway thank you."
"Got to go. I need to grill the chicken first." tanpa mendengar balasannya, terus sahaja aku mematikan panggilan. Aku memandang kearah tiga orang sepupu aku yang memandang dengan pandangan 'you gonna die, Dian'
"AUNTY!!!! DIAN DAH ADA BOYFRIEND!!" Jerit Fikri kuat.
Tak guna.
🍙
"Dian, kau dah jadi tingkatan 5 tau. Tak yah lah nak bercinta tu, mengganggu pembelajaran kau je." Aku yang fokus memandang letusan bunga api itu menoleh ketepi. Sebelah kening dijongket.
"Huh?"
"Tak.. kau fikir aku tak tahu ke yang kau sekarang tengah hangat bercinta?" Soal Naim dengan wajah kereknya. Aku mengeleng-geleng. Jari juga turut bergerak kekiri dan kekanan.
"Aku kenal dia dari online, Naim. Lagipun aku kenal dia baru je sebulan, takkan aku dah nak mula suka dia?" Naim memandang aku dengan pandangan tidak setuju.
"Lagipun, daripada kau risaukan aku. Baik kau risaukan Airin tu. Dari tadi tengok aku macam nak bunuh aku dah." Naim menoleh kebelakang.
"Aduh, okay lah. Sorry tau." Dan terus saja dia tinggalkan aku disini sendiri. Aku memandang Naim yang sudah mulai memujuk Airin. Bibir mencebik menyampah.
"Acah ambil kisah konon." Izatul yang baru duduk disebelah aku mengeleng. Tepi perut aku dicuitnya perlahan.
"Betul ke apa yang kau cakap tadi tu?" Aku mengangguk laju. Yakin dengan jawapan itu. He is just my friend. Online friend.
"Agak mustahil lah Atul, nak suka kat orang yang tak pernah nampak muka." Izatul hanya mengeleng pasrah. Tidak lama kemudian kedengaran suaranya mengeluh.
"Jangan sampai ayat kau tu memakan diri Dian.." Aku senyum nipis. Faham dengan apa yang ingin disampaikannya. Tapi aku putuskan untuk tidak membalas.
"Kau tak rasa kesian ke kat Naim tu?" Izatul menoleh kebelakang. Naim yang masih memujuk Airin itu membuatkan dia tergelak.
"Kesian doh. Airin tu pun satu, gedik sangat." Aku ketawa sambil terangguk-angguk. Mungkin Airin ni ialah salah satu perempuan annoying yang Kai pernah cakap.
YOU ARE READING
CONNECT
Romance[Complete!] Hanya dengan telefon pintar, persahabatan antara dua insan terjalin. Perbezaan jarak sejauh beribu kilometer langsung tidak menghalang persahabatan mereka. Mengikut lumrah alam, agak mustahil untuk seorang lelaki dan wanita bersahabat...