10

44 13 0
                                    

Aku berulang-alik sambil memerhati telefon aku yang berada diatas katil itu. Mereka bertiga yang bermain uno dilantai itu hanya mengeleng. Ya, diorang dah ada dirumah aku supaya esok perjalanan kami lebih mudah.

"Adoi, Dian. Berapa lama kau nak tenung telefon tu? Kalau nak call, call aje." Aku mencebik. Telefon aku, aku ambil dan aku hidupkan.

"Macam tak manis je bila perempuan yang call lelaki, macam terhegeh-hegeh." Aliya menepuk dahinya. Dalam masa yang sama Waniza melempar kad terakhirnya.

"UNO!" Raysha ketawa besar apabila Aliya mendapat tempat terakhir. Mereka berdua melastik dahi Aliya.

"Entah lah Dian, kau tunggu je lah kalau macam tu." Aku mencebik. Badan aku baringkan diatas katil.

"Nanti waktu di kundasang dia call macam mana? Nanti tak ada line macam mana?"

Aliya mengeluh sambil berjalan mendekati aku. Telefon aku diambil dan terus sahaja tangannya mendail nombor Kai. Telefon diserahkan kepada aku membuatkan mata aku membesar.

"Tak gu.." panggilan dijawab. Aku mencerlung tajam kearah Aliya tapi dia hanya ketawa dan berjalan untuk duduk dilantai semula.

"Hello, Kai?" Diam. Aku menekup muka di katil. Malunyaaa!!

"Hello, is this Dian? Kai's friend?" Aku mengerutkan dahi. Secara automatik badan berduduk sopan.

"Yeah, I'm sorry but who is this?" Aku mengigit bibir aku sendiri. Suara perempuan...

Tiba-tiba sahaja mata aku berkaca. Tunang dia yang bakal dia nak kahwini tu ke?

"Oh, sorry Dian. I'm his mom. Kiyoko Kozume. I heard alot about you from Kai. You're muslim right?" Aku menghelakan nafas lega. Bibir mengukir senyuman.

"Yea, good night Mrs." Puan Kiyoko ketawa seperti wanita jepun terakhir. Aku pula sudah tersenyum gedik. Berdebar pula hati bila berbual dengan bakal mentua ni.

Eh?

"Do you want to talk with him? He is taking his bath." Aku mengembangkan pipi aku yang mulai panas. Tangan menampar pipi sendiri membuatkan mereka bertiga memandang aku.

Nyah kau imaginasi kotor!!

"Ouh, it's okay then. I call him later." Baru saja aku mahu menamatkan panggilan, Puan Kiyoko memanggil aku.

"Wait, Dian."

"Yes, maam?" Aku menelan liur yang terkumpul dimulut.

"You know what, he never tell me about someone with a smile. He barely have a friend. But, when it all about you, I love the way he talking to me."

Aku terdiam.

"Sorry if you don't understand what I'm saying. But the fact is, he is happy with you around him." Aku tertunduk. Jari menguis paha aku sendiri.

"I don't know maam. It's a great news that he like to be friend with me."

Puan Kiyoko tertawa kecil.

"I'm really greatful that he met you Dian. And I hope you don't break his heart." Aku tertunduk. Muka aku semakin panas.

Ya Ampun, ni baru dalam telefon. Kalau berhadapan, aku pun tak tahu lah macam mana nak berfungsi.

"Don't take it seriously, I'm not blackmailing you but I just want to tell you." Aku mengangguk-angguk.

"Alright, maam."

"Then, I will tell him okay. Talk to you soon, bye Dian." Aku tersenyum manis.

"Bye, Aunt." Telefon yang ada ditangan aku itu aku pandang dengan senyuman lebar.

CONNECTWhere stories live. Discover now