14 - End

81 15 8
                                    

4 tahun kemudian,

Handbreak ditarik selepas kereta diparking. Tudung aku betulkan dihadapan cermin. Jam tangan yang sudah dipakai, aku tilik. Bibir mengukir senyuman.

"Nak kahwin dah kawan aku ni." Masjid negeri itu aku pandang dengan senyuman yang lebar terlakar dibibir. Yes, Aliya nak kahwin!!!

Telefon aku masukkan kedalam beg tangan yang sentiasa aku letak didalam kereta. Kunci kereta, dompet dan tisu juga aku masukkan. Tangan bergerak membetulkan tudung yang aku pakai hari ini.

Tudung cukup menutup dada, cek.

Handsock dah pakai, cek.

Baju jubah longgar, cek.

Stokin, cek.

Aku keluar dari perut kereta dan aku kunci. Kemek yang terhasil disebabkan kemalangan aku dan Aliya pada empat tahun lalu aku lihat. Sumpah, lepas kejadian tu Aliya dah tak nak memandu tanpa lesen kereta.

Trauma!

Kaki melangkah menuju kedalam hadapan masjid sambil bermain telefon. Group whatsapp kami berempat aku buka.

You
Oi Aliya, kat mana kau ni?

Aliya
Kat dalam masjid lah.

You
Adoi, takkan dalam sungai pula kan. Belah mana?

Waniza
Tulah, aku nak bawa kau sekali tak nak. Nak awal konon.

Raysha
Kau pergi je tempat yang senang nampak, aku pergi sana.

Aliya
hah, sesuai lah tu.

Waniza
tak guna korang, semua sudah sampai sana? Ko saba jap, jangan kahwin dulu Aliyaaaa

You
oh terima kasih wahai Raysha. Aku tunggu diparking kereta lah.

Raysha
orait.

Telefon aku letak kedalam beg semula dan aku berjalan ke tempat kereta aku diparking. Sampai sahaja aku disana, ada seorang wanita berusia yang kelihatan binggung.

"Maaf Puan, boleh saya bantu?" Wanita itu berputar kearah aku, apabila ternampak mukanya aku menunduk sedikit. Woahh, orang cina!

"I'm sorry maam. I can't speak chinese." Apabila aku mendongak, wajahnya seakan-akan terkejut. Terkedu melihat aku. Wow, aku tahu tak pernah tengok bidadari, tapi jangan lah macam tu. Malu I.

"I'm sorry maam, can I help you?" Wajah cuba diramahkan seboleh yang mungkin.

"Err, I waiting for my son here. He said that he was finding something in that store." Salah satu kedai yang ada diluar masjid itu aku lihat dan kepala terangguk-angguk.

"Ohh, can I waiting in here too? I'm waiting for my friend." Dia terangguk-angguk.

"Sure. But, I'm not chinese, girl. I'm japanese." Membesar mata aku. Tsk tsk, tiba-tiba teringat Kai.

"Woah, that's great. Are you mualaf or muslim since birth?" Dia tersenyum.

"I'm mualaf. I just convert to islam 5 years ago." Aku terangguk-angguk.

"I have a friend who convert to Islam 5 years ago too." Bibir mengukir senyuman manis. Wajah wanita itu aku pandang dengan senyuman manis.

"And he's japanese too." Wajah wanita itu aku pandang.

CONNECTWhere stories live. Discover now