Panggilan telefon membuatkan aku tersedar. Sebelum menjawab panggilan itu, jam yang berada dibahagian atas skrin aku pandang. 1201.
Dan panggilan aku matikan. Ya, contohilah saya.
Group WhatsApp aku buka.
Auni
bah mari lahIqah
aku dari tadi lagi tunggu korangWanie
mana makcik lagi tiga orang tu?Michelle
I tengah masak ni, sabar jap.You
I'm waitingWanie
makcik Farina ni mesti terlelapWanie
esok pagi mesti chat 'sorry weh aku tertidur semalam'Auni
itu lah tuFarina
tak guna korang, aku online je lah.Farina
jom lahYou
code?Aku menguap besar. Aku keluar dari bilik dan aku lihat Daniel masih lagi diruang tamu, bermain game.
"Kau main among us lagi ke malam ni?" Kepala aku angguk.
"Haah, tapi kau tak boleh ikut."
Dia mencebik dan terus sahaja aku menuju kedapur. Keropok yang ada aku ambil dan masukkan kedalam baju.
"Woi, kau ambil apa tadi?" Soalannya itu aku hanya biarkan dan laju saja aku melangkah masuk kedalam bilik semula. Sebab tu keropok dia.
Telefon aku buka semula dan whatsapp daripada Farina aku baca.
Farina
JWEFQYFarina
North AmericaTanpa membalas, terus sahaja aku membuka aplikasi Among Us dan memasukkan kod permainan. Apabila aku sudah berada di lobi, tanpa memeriksa, terus saja aku meletakkan telefon aku ditepi dan keropok aku buka.
Apabila aku lihat di skrin telefon kembali, sudah seramai 8 orang didalam game itu. Aku melihat satu persatu nama mereka.
"Takkan diorang semua tukar nama, kenapa sorang pun aku tak cam ni?" soalku sendiri.
Baru sahaja aku mahu menaip untuk bertanya siapa yang sudah berada didalam lobi itu, permainan sudah dimulakan. Aku sudah mula tidak sedap hati. Salah kod ke? Ke diorang nak prank aku? Birthday aku dah lepas.
Confirm salah lobi.
Tidak mahu berfikir lama, aku hanya bermain bersama mereka. Lagipula, diorang sporting dan tak guna cheat. Tu dah buat aku okay bila main dengan diorang.
Ada beberapa kali diorang Farina membuat panggilan kat aku tapi maaf teman-teman. Saya ada misi sebagai impostor terhandal ketika ini.
Jujur aku cakap, ini ialah kali pertama aku main di lobi awam dan semua pemain yang ada sporting giler. Ada juga yang sanggup cerita tentang ex dia untuk mengelakkan daripada di undi.
Aku ketawa sendiri. Keropok yang aku ambil juga mulai mengurang dan ketika itulah aku diberi hidayah untuk melihat jam. 0458.
"Fuhh, habis lah aku kalau macam ni." Membesar mata aku dibuatnya.
Yellow
guys this gonna be my last game huhBlack
okay Kelvin
YOU ARE READING
CONNECT
Romance[Complete!] Hanya dengan telefon pintar, persahabatan antara dua insan terjalin. Perbezaan jarak sejauh beribu kilometer langsung tidak menghalang persahabatan mereka. Mengikut lumrah alam, agak mustahil untuk seorang lelaki dan wanita bersahabat...