08

51 11 0
                                    

OKTOBER 2021

Pensel aku gerakkan perlahan diatas kertas, cuba menyelesaikan soalan matematik yang diberikan oleh cikgu matematik aku disebabkan Sijil Peperiksaan Malaysia ataupun SPM yang semakin mendekat.

Kalendar yang terlekat didinding itu aku lihat. Mulut mencebik panjang. Berbaki dua minggu lagi sebelum ujian bertulis fasa 1. Telefon aku pandang. Sejak daripada hari pergaduhan kami itu, Kai belum ada lagi memulakan perbualan.

Kalau dia tak ada mula perbualan, aku mana lah nak mulakan.

I have my own 'principle'.

Lagipun, aku tak ada sebab nak mulakan perbualan dengan dia dan aku yang minta dia untuk berhenti chat aku. So, what can I do, right?

Nafas dihembus perlahan. Bunyi notification membuatkan aku terkejut, dan pantas saja aku mengambil telefon aku yang tersadai itu. Melihat nama Aliya yang tertera aku mengeluh hampa.

Aku baring dikatil dan panggilan itu dijawab.

"Hah, nak apa?" Terdengar bunyi dia ketawa besar.

"Amboi garang nampak." Aku memutar mata.

"Biasalah." Aliya ketawa lagi.

"Tu lah kau. Ego tinggi sangat." Aku mengeluh.

"Dah, dah. Kau chat aku bukan sebab ini kan. Apa sebab sebenar kau?" Aliya berdehem.

"Tak ada lah. Aku excited tau, esok kan dah nak mula camping tu." Aku ketawa kecil.

"Sebab tu ja? Iyalah Aliya. Kau dah siap packing barang tak?" Tapak tangan aku halakan ke siling.

"Dahh, dari kemarin lagi aku dah siap." Aku mengangguk-angguk. Baju-baju aku yang masih diluar beg itu aku pandang.

"Dah lah, aku belum packing lagi ni." Aku ketawa kecil.

"APA DIAM?!! KAU BELU..." belum lagi dia menghabiskan ayatnya, terus sahaja aku matikan panggilan.

Pakaian itu aku pandang sebelum aku mengeluh. Semua barang yang sudah aku letak ditepi aku hanya pandang. Aku dah siap sediakan barang, belum siap masukkan dalam beg je.

"Nanti lah jam 3 aku bangun." Badan aku baringkan diatas katil dan perlahan-lahan mata aku terpejam.

Selamat malam dunia.

🍙

Mata terbuka luas. Jam yang ada didinding dipandang. 0257. Aku mengeliat kecil sebelum menukar posisi aku kepada duduk. Muka dicuci dan aku bergerak menuju kesebelah beg pakaian aku.

"Nak bawa ke semua ni? Kenapa macam banyak sangat?" Sambil mengemas, mulut membebel panjang. Selepas mengemas semua, aku menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Telekung aku ambil dan sarungkan. Kemudian sejadah aku bentangkan dilantai. Aku nak solat tahajjud. So, bentar ya. Kejap lagi sambung.

Selepas menunaikan solat tahajjud, terus sahaja aku memandang jam. 0446. Aku menguap besar. Kalau tidur sekarang ni, tak apa-apa ke? Eh tak boleh, tak boleh. Mesti terlanjur tidur punya.

Aku bergerak ke meja belajar dengan telekung yang masih tersarung. Pensel diambil, dan baru sahaja aku mahu mula melukis, telefon aku berdering. Nama Kai yang tertera diskrin itu membuatkan aku tersenyum.

Aku berdehem kecil sebelum panggilan itu diangkat.

"Hello, Kai. Has been a long time you don't make a phone call with me." aku tersenyum nipis. Tangan juga mula mengerakkan pensel diatas kertas.

CONNECTWhere stories live. Discover now