09

45 12 0
                                    

"HAHAHAHAHAHAHHA." Rancangan lawak itu membuatkan perut aku sakit kerana ketawa. Air mata yang keluar aku seka menggunakan tangan.

"Nampak tak ruang tu kecil?" Lelaki yang berbadan besar itu mengangguk.

"Dah tu, asal masuk gak?" Lelaki itu tersengih menampakkan giginya.

"Fikir muat."

Terburai lagi tawa aku. Adik aku yang juga turut menonton juga melepaskan tawanya besar.

"HAHAHAHABHABHABAHHA BONGOK LAH!!" Pipi aku yang terasa kebas akibat ketawa aku tekan menggunakan tapak tangan.

"Amboi amboi amboi." Mama yang bercekak pinggang sambil memegang sudip itu kami pandang.

"Esok dah nak mula SPM, malam ni masih lagi bergelak tawa yaa. Jangan pula esok menangis tak dapat jawab exam." Aku mencebik.

"Choi, mohon dijauhkan ma!!" Tak pasal-pasal sudip itu melekat dikepala aku. Daniel yang tadi juga melayan rancangan komedi itu perlahan-lahan masuk kedalam biliknya.

Baru sahaja Mama mahu membebel, telefon aku berbunyi. Ohh, terima kasih wahai orang yang menelefon. Telefon itu aku ambil dan terpapar nama Kai disitu.

"Err, Ma. Ada orang call, so kaka masuk bilik dulu." Televisyen itu aku matikan dan terus sahaja aku masuk kedalam bilik. Skrin telefon yang masih berdering itu aku pandang.

Nafas ditarik panjang dan dihembus. Nafas aku hembuskan ditelapak tangan dan dihidu. Okay wangi. Dan terus saja aku jawab panggilan itu.

"Hey Dian." Aku berdehem perlahan. Senyuman lebar yang mula terlakar itu aku cuba tahan.

Entahlah, aku rasa aku dah mula suka dia. Ya, aku tahu semua tu kedengaran agak pelik. Tapi itu lah kebenarannya.

Cinta itu buta yerrr..

"Hey, how are you?" Dia diam. Aku mengerutkan dahi. Lah tetiba senyap.

"Kai?" Tiada sahutan. Aku memandang skrin telefon, masih juga dalam panggilan ni.

"Hello, Kai?" Dan ya, masih tiada sahutan. Aku mengeluh pasrah. Telefon aku jarakkan dari telinga. Baru sahaja aku mahu menamatkan panggilan, suara Kai kedengaran semula.

"Wait, Dian. Hear me first." Aku mengangguk sendiri. Badan dibaringkan dikatil.

"I'm sorry because of my attitude in our last chat. I know, you must be remember about it."

Aku menjongketkan sebelah kening. Oh, pasal tu. Dia tak lupa lagi?

"So, now I want to beg for your forgiveness because insulting Islam in your perspective." Aku tersenyum nipis. Aku berdehem kecil.

"To be honest, I already forgive you since the day you made your mistake. If Allah can forgive my sin, I should forgive other too, right? It just I'm a little bit disappointed." Aku ketawa.

"So, don't mind about it anymore okay? I'm fine." Aku boleh dengar suara helaan nafas lega darinya dan itu juga membuatkan bibir aku mengukirkan senyuman.

"So, we're okay? Kosong-kosong?" Aku ketawa besar.

"Omg, how do you know that phrase?" Kai ketawa kecil.

"I have my Mr google. That you guys always said when Hari Raya Aidilfitri right?" Aku mengangguk biarpun aku tahu dia tak nampak pun.

"Yeah."

Kami diam.

"Tomorrow should be you examination day right?" Sekali lagi, aku mengangguk biarpun aku tahu dia tak nampak.

CONNECTWhere stories live. Discover now