Bab 68

105 7 0
                                    

Sampai sahaja di kedai makan,perlahan-perlahan Alif mengejutkan Iylia Liyana.Mereka berdua berjalan beriringan ke kedai makan.Iylia yang masih mamai hanya diam sahaja apabila mengambil tempat duduk di depan lelaki tegap itu.

Alif Azmi menyisingkan lengan tangannya kerana panas dan kelihatan tangannya yang berurat itu ketika Alif order makanan.Iylia Liyana seperti hilang fokus ketika melihat ketampanan Alif Azmi.

"Alif...tipulah kalau saya katakan yang saya dah tak suka awak.Tapi saya rasa dah tak boleh nak luahkan sebab saya takut perkara lama akan terjadi lagi.Kalau perhubungan kita kawan macam ni je,saya harap awak boleh terima lagi nak kawan dengan saya,"kata Iylia Liyana dalam hati saat masih merasai keprihatinan Alif Azmi terhadap dirinya.

"Iylia....kenapa awak termenung?Pandang apa dekat saya? Saya tahulah,saya ni handsome."

"Eee...perasan je Encik Alif ni."Cepat-cepat Iylia Liyana melihat handphone dia kerana malu.Pipinya terus berwarna merah menandakan blushing apabila Alif Azmi menegurnya.

"Hahaha...Iylia..Iylia..Macamlah saya tak pernah kenal awak.Beberapa bulan awak dah duduk dengan saya.Tak akan saya tak tahu perangai sebenar awak.Oh ya...saya dah order set makanan tomyam kesukaan awak tu dengan air halia panas untuk awak,"jawab Alif Azmi sambil meletakkan menongkak dagu.Saat itu juga,pelayan menghantar air halia dan fresh orange di meja mereka berdua.

"Alah...Encik Alif ni.Saya tak sukalah air tu.Saya nak fresh orange macam Encik Alif tu,"jawab Iylia Liyana sambil memuncungkan mulutnya dan menunjukkan jari telunjuknya ke arah minuman Alif Azmi.

"Tengok tu...dah keluar dah mulut itik dia.Iylia...panggil jelah saya,Alif.Kita bukan dalam office lagi.Awak tu tak sedar ke,angin dah naik ke kepala awak.Sebab tu awak sakit kepala.Iylia,ayah dah bagitahu ke project apa yang kita kena buat?"

"Hurmm...okaylah.Memandangkan Alif dah ambil berat dekat saya,saya mengalah.Mungkin belum lagi sebab ayah tu kalau nak jumpa dekat rumah pun susah apatah lagi dekat office.Alif macam mana sekarang?Masih mencari ke Rin.Maaf sebab saya sibuk nak ambil tahu sebab hari tu Mak Leha ada cerita dengan saya macam mana Mak Leha boleh jumpa Haziq dan Alif tengah cari Rin."Iylia Liyana sengaja membuka bicara supaya tidak berasa kekok berbual dengan Alif Azmi.

Walaupun dia masih marah dengan tindakan Alif pada hari minggu lepas,dia terpaksa melupakannya supaya dia dapat berbual seperti biasa dengan lelaki yang masih tersimpan di dalam hatinya.

"Samalah dengan papa.Alif pun tak faham dengan ayah dan papa ada sahaja kerja mereka berdua di luar.Lately,Alif macam stress sikit.Mama sibuk nak jodohkan Alif dengan Laili.Nak tak nak kena ikut jelah.Lagi pun Alif masih tunggu seseorang tapi rasanya dia dah tak terima Alif dah.Hmm,Mak Leha ni tak pandai simpan rahsialah.Pasal Rin tu,Alif tengah cari mak Rin.Mungkin daripada situ,Alif dapat jejak Rin nanti.Alif minta maaf ya marah Iylia hari tu."Alif Azmi menerangkan situasinya dan sengaja memberi hint bahawa dia tengah menunggu seseorang.Ketika mereka rancak berbual,makanan yang di pesan tadi akhirnya sampai.

Alif Azmi menyendukkan nasi dan kuah dalam pinggan Iylia Liyana kerana melihat wanita itu seperti beberapa hari tak makan.Alif senyum sahaja melihat gelagat Iylia yang tidak sabar untuk makan.

"Errr...kita cakap pasal apa tadi.Lupa pula.Dah nampak makanan ni terus lupa."

"Iylia....makanlah dulu,"jawab Alif Azmi lalu menyerahkan isi udang yang dia sudah kopek ke dalam pinggan Iylia.Iylia tersenyum riang kerana Alif benar-benar melayaninya hari itu.

"Oh ya saya dah ingat.Okaylah tu.Alif dah jumpa jodoh.Bolehlah langsung cepat-cepat supaya Puan Aliah tak marah lagi.Saya tengok Laili pun sesuai dengan Alif.Bukan salah Mak Leha tapi saya yang nak tahu sangat dengan keadaan Rin,Haziq dan Haikal.Iylia rasa serba salah pulak.Harap Alif dapat jumpa Rin nanti.Hmmm...tak ada apalah,Alif.Salah saya juga sebab tak dengar cakap Alif,"jawab Iylia Liyana tapi tidak membalas hint yang di berikan Alif itu kerana dia dapat agak hint itu tuju kepadanya.Walau sakit menyatakan soal jodoh Alif.Tapi Iylia berlagak biasa dan mendoakan Alif Azmi di pertemukann jodoh.

Mr Bread Garang (Completed)Where stories live. Discover now