Kelewatan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan membuatkan pasangan itu,baru sahaja mahu melaksanakan syarat yang wajib untuk akad nikah.
Raudhah dan Arman sekali lagi meminta tolong Iylia Liyana untuk menjadi perunding perkahwinan mereka.Malah,mereka turut menarik Iylia untuk sertai mereka berdua.
Kejadian yang sama berulang kembali apabila ketika Iylia Liyana mengikut Raudhah dan Arman pergi kursus kahwin,mencari baju kahwin,dan juga ke klinik untuk membuat HIV-Test.Iylia harus melihat kemesraan Alif Azmi dan Laili.Bagi Iylia,nasib baiklah.
Abang kepada Laili mengikut mereka juga di sebabkan Laili tidak boleh berjalan berduan dengan Alif.Dapat jugalah Iylia berborak-borak.Sungguh pun,ketika dia cuba menahan perasaan cemburunya.
Sewaktu mereka berenam makan malam,Iylia Liyana menjaga tempat duduk sementara yang lain pergi memesan makanan.Lalu,Iylia mengambil tempat duduk di hadapan abang kepada Laili yang bernama Firas itu.
Dia hanya bergelak ketawa sahaja ketika Firas cuba mengayat Iylia Liyana.Antara ayat yang paling buat Iylia mengekek ketawa.
“Iylia..I teringin nak kepak...,”kata lelaki yang memiliki wajah seperti orang cina dengan mata yang sepet dan putih itu.
“Kepak apa?”soal Iylia buntu.
“I nak kepak kepak kepak kebaboom dengan you,”jawab Firas sambil mengekek ketawa juga setelah melihat Iylia ketawa terbahak-bahak.Alif Azmi dan Laili datang menghampiri mereka.
“Firas,bagi aku duduk sini.Kau duduklah sebelah,”tegur Alif Azmi apabila cemburu melihat kemesraan Iylia Liyana dan Alif Azmi.Muka Iylia Liyana terus berubah masam ketika Alif duduk di hadapannya.Lalu,dia terus bangkit dari tempat duduknya untuk membeli makanan.
“Firas,jom.Giliran kita pulak beli makanan.”
Alif Azmi terus memegang pergelangan tangan Iylia Liyana.Cepat-cepat Iylia melepaskan tangannya lalu menjeling ke muka Alif.
“Tak payah.Alif dah beli makanan untuk Iylia sekali.Firaz,makanan kau pun Laili dah belikan.”
Iylia Liyana duduk kembali dan memuncungkan mulutnya kerana tidak puas hati dengan tindakan Alif Azmi itu.Suasana menjadi tegang.Alif menyuapkan makanan ke dalam mulut Iylia setelah melihat Iylia hanya menguis sahaja Nasi Goreng Pattaya di hadapannya.
Mereka berempat hanya membisik sesame mereka sahaja apabila melihat wajah ketegangan antara Alif dan Iylia.
Iylia Liyana terus mengajak Raudhah dan Arman pulang setelah habis sahaja makan malam pada hari itu.Demi mengelak daripada di hantar oleh Alif Azmi.Bagi Iylia,cukuplah dia sudah kecewa tidak dapat memiliki Alif,jangan di tambah lagi untuk melihat Alif Azmi buat kali terakhir sebagai status kawan.
Oleh kerana dia tahu,selepas ini batasannya harus dijaga di sebabkan Alif sudah bertukar status.
Seperti biasa,dia pulang ke rumah dan membantu ibunya sedikit demi sedikit,demi menyambut menantu angkatnya akan datang.
Majlis yang selama ini di rancang oleh Puan Linda akhirnya tiba pada hari itu.Empat majlis yang di langsungkan sekali gus bagi mempercepatkan status pengantin itu.Majlis risik dan tunang akan berlangsung pukul sembilan pagi manakala majlis akad nikah di adakan sejam selepas majlis tunang.Iylia Liyana bingkas bangun setelah solat subuh apabila mendengar riuh rendah di bawah rumah kerana saudara-maranya ada yang tidur di situ kecuali bilik tetamu yang sudah di letakkan barang-barang kahwin dan juga pakaian bakal pengantin perempuan.
Iylia Liyana melangkah tangga ke bawah dan melihat pelamin yang sudah siap itu.Jauh di sekelumit hati,dia berasa sedih kerana insan yang disayanginya juga melangsungkan perkahwinan hari ini.Walaupun semalam sudah berjumpa Puan Aliah dan Tuan Ahmad ketika mereka melawat persediaan di rumahnya.
Namun itu juga tidak mampu mengubati kekecewaannya melainkan pasrah sahaja apabila mendengar kata-kata Puan Aliah semalam.
“Iylia…walaupun sayang,Iylia tidak menjadi menantu mama.Harap mama akan dapat berjumpa dengan Iylia lagi.Mama tahu kebahagiaan pasti akan ada untuk Iylia.Apa yang penting,kita sebagai perempuan jangan terlalu ikutkan ego kita sampaikan memakan diri kita dan juga orang lain.Semoga Iylia jumpa kebahagiaan Iylia,nanti.”
Walau berat untuk melangkah,dia ke dapur dan melihat Puan Linda dan jiran-jiran yang ada sedang sibuk membuat juadah makanan pagi untuk tetamu.Tetamu yang akan datang selepas majlis tunang dan akad nikah berlangsung.Iylia Liyana menghampiri mereka.
“Mak,Iylia bawak ya brownies dan karipap ni ke bawah khemah,”kata Iylia Liyana ketika melihat kuih itu masih di atas meja makan.Cepat-cepat,Puan Linda datang ke sebelahnya lalu menarik Iylia Liyana terus ke bilik tetamu yang berkhias itu.
“Iylia…duduk sebelah mak sekejap.Mak nak cakap sesuatu pasal majlis hari ini,”kata Puan Linda sambil menepuk katil menunjukkan supaya Iylia Liyana duduk di sebelahnya.
YOU ARE READING
Mr Bread Garang (Completed)
Romance"Mak,Iylia dah tak nak duduk di rumah ni lagi!" kata Iylia dengan penuh yakin. "Kau nak pergi mana?" tanya Puan Linda bersahaja. "Iylia nak cari tempat yang halal daripada rumah ni. Tak tahan tengok perangai mak! Mak asyik keluar malam,balik siang t...