Semalaman Iylia tiada mood.Ketika dia nampak Puan Linda tengah tengok televisyen pun,Iylia menghiraukannya dan tidak bertegur sapa.
Puan Linda keheranan kerana biasanya jika balik Iylia akan mengemas dahulu di dapur dan basuh pinggan tetapi malam tadi Iylia berperangai pelik.
"Kau jangan lupa,basuh pinggan dekat belakang tu,"marah Puan Linda apabila melihat Iylia Liyana melintasi di depannya yang sedang menuju ke dapur.
Iylia Liyana hanya menurut sahaja.Ketika dia basuh pinggan dan berkemas,fikirannya bercelaru bagaimana mahu membuka bicara kepada ibunya tentang rakaman yang di dengarinya semalam.
Oleh kerana,Iylia Liyana cuti hari ni,dia masak untuk makanan untuk ibunya juga agak lambat.Setelah selesai masak,Iylia menghampiri ibunya.
"Mak....Iylia dah dapat bukti siapa yang buat mak.Ini handphone ada bukti rakaman yang mak boleh dengar,"kata Iylia Liyana lalu letak handphone tersebut di atas riba ibunya.
Puan Linda mendengarnya dengan teliti,mengalir air matanya di saat mendengar namanya di sebut.Dia sudah menjangkakan perkara itu tetapi tidak mahu salah anggap.
"Aku dah tahu siapa yang buat....kau tak payah susah-susah nak tolong aku,"kata ibunya dengan ego.
"Iylia tahulah,mak.Tapi kali ni Iylia tak akan bagi dia terlepas.Kalau mak nak tahu,dia pernah juga nak jual Iylia!Macam mana mak nak buat Iylia dulu.Tapi sekarang?Apa jadi?Mak sendiri yang mengharapkan Iylia!"
"Aku tak pernah harapkan kau untuk jaga aku!Aku boleh suruh orang lainlah!"
"Tapi Iylia ni anak mak!Mak sedar tak apa mak cakap?Kalau betul mak tak harapkan Iylia.Okay..baik.Mulai hari ni Iylia tak akan tolong mak lagi.Kes Haikal itu,Iylia sendiri yang akan cari saksi lain,"marah Iylia Liyana lalu naik ke atas dan bersiap untuk keluar.
Pada hari itu,Iylia Liyana berjumpa dengan Arman dan sibuk menguruskan hal penagkapan Haikal dan geng dia yang terlibat.
Mereka berdua pergi ke balai polis berdekatan dan menghantar segala bukti yang mereka dapat.Walaupun berang dengan tindakan ibunya,oleh kerana memikirkan Iylia ada Puan Linda sahaja di dalam dunia ini sebagai ahli keluarganya.
Nak tak nak Iylia Liyana kena menurunkan egonya dan yang pasti dia dapat balas dendam ke atas orang yang telah buat jahat kepada Puan Linda.
Selepas mendapat segala bukti.Beberapa hari selepas polis dapat mengenal pasti Haikal bersalah,pihak polis memaklumkan bahawa mereka akan menangkap Haikal dan geng mereka untuk di reman dahulu.Iylia Liyana,Arman dan Alif Azmi tunggu daripada jauh cuba melihat apa yang terjadi kepada Haikal ketika serbuan pihak polis mahu menangkap Haikal di rumah ibu Airina Batrisya.
Kelihatan Airina Batrisya yang sedang sarat mengandung lima bulan itu menangis meraung di depan pagar rumahnya sewaktu Haikal mahu memasuki ke dalam kereta polis.
Sempat Haikal membisikkan sesuatu kepada Airina dan membuatkan wanita itu tenang kembali.Mereka bertiga memandang sesama sendiri.
Iylia Liyana mengucap syukur dan menangis kegembiraan kerana puas dapat menangkap orang yang telah membuat jahat kepada Puan Linda.
"Tahniah,Detektif Iylia! Berjaya tangkap orang jahat!"kata Alif Azmi dengan tersenyum bangga apabila melihat kekasihnya juga itu pandai menyiasat.
"Eh bukan Iylia je.Kalau tak kerana idea Alif dan pertolongan Arman mesti Iylia tak berjaya macam ni.Terima kasih Alif dan Arman,"jawab Iylia Liyana dan membalas senyuman manis Alif Azmi.
"Sama-sama,Iylia.Lepas ni bolehlah dah naik atas pelamin sebab tak ada orang nak kacau dah,"usik Arman.Iylia Liyana menjengilkan mata kerana tidak percaya Arman berkata begitu,Alif tergelak sambil mengangguk tanda menyokong kata-kata Arman.Mereka bertiga keluar makan bersama-sama bagi meraikan kejayaan mereka.
YOU ARE READING
Mr Bread Garang (Completed)
Romance"Mak,Iylia dah tak nak duduk di rumah ni lagi!" kata Iylia dengan penuh yakin. "Kau nak pergi mana?" tanya Puan Linda bersahaja. "Iylia nak cari tempat yang halal daripada rumah ni. Tak tahan tengok perangai mak! Mak asyik keluar malam,balik siang t...