Bab 82

261 5 2
                                    

Alif Azmi ke dapur dan mendapatkan Iylia Liyana dan birasnya yang sedang sibuk berborak sambil berbasuh pinggan.

Alif hanya tersenyum dalam riang kerana melihat wanita yang di cintainya itu serba boleh.

Pandai melayan keluarganya,pandai menguruskan rumah tangga dan juga mentaati perintahNya.

Terkadang jika Alif Azmi malas dan terlupa,Iylia banyak mengingatinya agar berbalik kepada ajaran agamanya supaya meletakkan Allah nombor satu dalam setiap perkara.

"Iylia....ikut abang sekejap,"panggil Alif daripada belakang.Mereka berdua saling pandang ketika mendengar suara Alif.

"Nak pergi mana,bang?Rumah macam mana?"

"Keluar sekejap.Abang rasa nak makan aiskrim.Jom,teman abang.Abang dah cakap dengan Akif,kalau nak balik bagitahu.Tak pun,nanti kita ambil kunci dekat rumah
mama.Kalau dia orang nak balik nanti.Jomlah....."Alif Azmi merengek sengaja membuat Iylia Liyana termakan dengan pujukannya.

Iylia Liyana membuat muka masam tanda tidak setuju.Tapi di sebabkan,isteri Akif menyuruhnya pergi.

Iylia Liyana terpaksa akur sedangkan pinggan masih ada lagi yang perlu di basuh.

"Abang ni....macam budak kecik.Jomlah......"Iylia Liyana menarik Alif Azmi dan mengajaknya salam dahulu dengan kedua ibu bapa mereka yang masih berborak di ruang tamu itu.

"Mama,papa.Jangan balik dulu tau.Kejap lagi,Iylia balik.Abang ni...ada je plan dia.Nak makan aiskrim pulak."

"Yalah,Iylia.Macam tak biasa layan anak manja mama tu.Mama faham.Tak apa,pergi lama-lama pun tak apa.Apa yang penting,Alif tu hati-hati bawak menantu mama ni.Kalau jadi apa-apa,siaplah.Kali ini,mama akan salahkan Alif cukup-cukup,"kata Puan Aliah dengan memberi amaran supaya menjaga menantunya baik-baik memandangkan Iylia Liyana sudah mengandung.

Alif Azmi hanya tersenyum tanda mengerti lalu memeluk bahu Iylia Liyana sehingga masuk ke dalam kereta.

Ketika Alif Azmi membelokkan keretanya masuk ke lorong untuk ke tasik.Iylia Liyana menjeling Alif,Alif hanya menunjukkan tanda senyap sahaja kepada Iylia.

"Lelaki aku ni,pelik-pelik je.Kata nak aiskrim.Kenapa pulak nak ke tasik ni?Tasik ni kan dah lama aku tak pergi sejak dia ajak aku couple tipu-tipu dulu."Iylia bermain kata-kata di dalam hati memandangkan Alif suruh dia diam.

Dia hanya memasamkan muka sahaja sewaktu Alif Azmi menggenggam tangan dan berjalan sambil memeluk bahunya sehingga mengambil tempat duduk di depan tasik itu.

Iylia Liyana menepis tangan Alif Azmi di bahunya tanda protes kerana rasa di tipu.

"Abang...kenapa bawak sayang datang sini?Tadi,kata nak aiskrim.Iylia punyalah teringin juga nak makan jugak,"marah Iylia Liyana.

"Lah....ingatkan sayang tak nak.Abang main-main je nak bagi alasan.Tapi sebenarnya,abang sengaja je bawak Iylia datang sini balik sebab ada benda abang nak bagi,"jawab Alif Azmi lalu mengeluarkan kotak cincin daripada kocek seluar baju melayu berwarna peach terang itu.Iylia Liyana terkejut dan  mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti maksud Alif Azmi itu.

"Abang mengaku,abang tak propose Iylia kahwin dengan secara formal.Ini cincin tanda untuk kita kahwin,sayang.Abang,dah lama beli.Abang ingat,abang nak propose Iylia waktu abang buat janji dengan sayang.Tapi sayang tak datang pun....jadi sebagai tanda sayang dah sah jadi isteri abang.Jadi di tempat yang sama abang ajak Iylia jadi girlfriend tipu dulu.Kini,abang nak propose Iylia supaya tempat ni jadi saksi untuk kita bersatu.Sudi tak jadi suri hidup abang sehidup semati hingga kita berjumpa di syurga nanti."Alif Azmi mengucapnya sambil menggenggam kedua tangan Iylia Liyana ketika mereka menghadap bersama.

Iylia Liyana terkedu.Tidak sangka Mr Bread yang selama ini garang kepadanya menjadi romantis begini.

Lagi-lagi,ucapan itu khas keluar daripada mulut lelaki yang selama ini yang di anggap garang itu.

Iylia Liyana mengangguk dan memeluk Alif Azmi sepuas hatinya tanda ucapan terima kasih dan sayangnya.Lalu,dia mengulangi perbuatan mereka dahulu iaitu meletakkan tanda hati di dada masing-masing.

Alif Azmi terus mengucup bibir isterinya itu.Iylia terjerit lalu menepuk bahu Alif.

"Abang...orang nampaklah.Malulah nanti."

Alif Azmi tergelak setelah melihat kemuncungan itik Iylia Liyana.Iylia Liyana tersenyum bahagia melihat suaminya begitu lalu dia mengusap kepala suaminya ketika Alif Azmi baring di atas ribanya.

"Apa yang Allah beri untuk Iylia sekarang ni dah cukup bahagia untuk Iylia.Terima kasih,abang dah hadir dalam hidup Iylia dan datang pada waktu yang tepat.Bimbing dan jaga Iylia sehingga sekarang ni.Iylia pun sama abang.Iylia tak akan pernah tinggalkan Mr Bread Garang ni walaupun abang dah tak jadi garang macam dulu lagi.Iylia akan tetap cintakan abang sampai bila-bila dan jaga hubungan kita kekal hingga ke Jannah."Iylia Liyana turut membuat pengakuan janjinya tidak meninggalkan Alif Azmi sambil memandang tepat ke arah mata suaminya itu.

"Dengar tak,Alif junior?Yeay!Mama tak akan tinggalkan papa lagi,"kata Alif Azmi di perut Iylia Liyana.Iylia Liyana hanya gelak sahaja apabila Alif menunjukkan riak gembiranya.

"Abang...jomlah balik.Tapi,kena singgah dulu beli aiskrim,"balas Iylia Liyana sambil menggomol pipi Alif Azmi.

"Aik ingat lagi.Ingatkan dah lupa.Okaylah....jom."Alif Azmi bangun terus berlari meninggalkan Iylia Liyana yang sedang bangun itu.Iylia Liyana mengejarnya dengan tersenyum.

Melihat keriangan di wajah Alif Azmi cukup membuatkan Iylia Liyana berasa terharu dan gembira memiliki seseorang jejaka yang sudah melengkapi kekurangan hidupnya.

Tiada apa yang buatkan Iylia berasa kekurangan melainkan berasa terima kasih kepada penciptaNya kerana menghadirkan lelaki itu kini menjadi miliknya.

Iylia percaya hujan yang turun pasti akan di datangi dengan pelangi Begitulah kisah di dalam hidupnya.

Awalnya dahulu menjadi seorang yang tomboy oleh kerana memberontak sehingga akhirnya di temui insan yang dapat mengubahnya.Iylia Liyana berjaya berubah.

Di samping itu,Iylia juga mengharapkan The Inspired Bakery and Café terus berkembang maju.Memandangkan itu juga adalah impiannya juga terwujud oleh kerana bertemu Alif Azmi di dalam hidupnya. Malah,membuatkan Iylia Liyana juga menjadi seorang yang berkaliber dan kuat menghadapi di dunia food and beverage business.

Ikrar dan janji juga sudah termeterai antara mereka berdua.Dia mengharapkan perhubungan kahwin juganya begitu,walau di timpa badai.

Iylia Liyana akan berusaha untuk mengubahnya supaya keadaan menjadi elok kembali.

Cuma sekarang ini,semuanya dia serahkan kepada Allah.Harapan Iylia Liyana agar Allah terus melindungi rumah tangga mereka berdua.Malah,menjadikan mereka berdua terus kuat menempuh alam rumah tangga yang berliku akan datang.


                             TAMAT

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr Bread Garang (Completed)Where stories live. Discover now