Keesokan paginya,Iylia Liyana bersarapan dengan ibu dan ayahnya.
Perlahan-perlahan,dia mengunyah roti bersama jem dengan termenung.Sambil tak sedar Tuan Ismail dan Puan Linda memerhatikannya.
"Iylia....ayah tengok sejak balik daripada rumah nenek dan rumah Alif semalam.Iylia macam selalu termenung dan diam je.Ayah ajak borak pun,kamu buat tak heran je.Ada apa-apa tak kena ke?"
"Tak ada apa-apa,ayah.Cuma pening sikit je nak buat iklan untuk syarikat Tuan Ahmad tu."
"Alah...Iylia macam tak biasa buat pulak.Pa Ahmad punya tu bukan kena buat iklan,cuma kena buat video coorperate je.Tak akan Iylia tak tahu."
"Bukan dia tak tahu,bang.Tapi dah mengelamun dekat bekas kekasih.Sebab tu tak fokus.Ya ke pening sebab tu Iylia? Bukan sebab Alif?"kata Puan Linda.
"Betul,mak.Iylia pergi dululah,mak.Nanti dekat office tu complain pulak anak boss keluar masuk sesuka hati je.Ayah?"
"Iylia pergilah dulu.Ayah kena pergi tempat printing sekejap."
Tiada apa yang lebih beruntung setelah Iylia Liyana besusah payah akhirnya Allah gantikan dengan kesenangan dan kebahagiaannya bersama keluarga yang di impikan selama ini.
Kini,dia menjadi Content Manager di syarikat pengiklanan ayahnya sendiri.
Jika Tuan Ahmad tidak menolongnya. Pasti kini dia juga terumbang ambing mencari kerja yang boleh menerimanya.
Pada awalnya,dia langsung tidak mengetahui syarikat yang dia temu duga itu adalah syarikat ayahnya sendiri. Malah berkat dia menolong untuk menyatukan kedua ibu bapanya.Barulah dia tahu akan hal itu.
Ketika di pejabat, Iylia Liyana sibuk dengan meneliti report anak-anak buahnya.Sementara menunggu mesyuarat sekejap lagi.
Iylia memanggil pembantu peribadinya,Raudhah yang pernah berkerja bersama dengan Iylia Liyana ketika di kedai Roti Orkid dahulu.Dia mengajak remaja itu berkerja dengannya setelah Raudhah sudah menghabiskan pelajarannya.
Iylia Liyana menelefon Raudhah untuk berjumpanya di bilik.Raudhah mengambil tempat berdepan dengannya setelah masuk ke pejabatnya.
"Raudhah, planning transition video untuk Syarikat A&A Sdn Bhd dah siap ke?"
"Dah kak.Tapi kali ni bukan Tuan Ahmad yang datang.Encik Alif yang wakilkan.Oh ya...Raudhah lupa nak bagitahu,Encik Alif datang dengan secretary dia jugak."
"Oh ya ke?Okaylah kalau macam tu.Nanti bagitahu je bila diorang dah sampai.Awak boleh pergi sekarang."
"Tapikan kak...nak tahu tak dia orang ni cakap,Puan Aliah nak jodohkan Encik Alif dengan secretary dia tu.Secretary bukan main gedik lagi bila dapat tahu Puan Aliah nak dia jadikan menantu pilihan.Yalah kak....siapa je yang tak nak boss handsome macam tu.Pandai jaga anak.Pandai berdikari."
"Eh awak ni Raudhah.Pandai-pandai je awak ni buat gossip.Dari kedai Roti Orkid gossip tak habis-habis.Tak baik tau."
"Kalau akak tak percaya tanya Kak Nani.Dia cerita dekat Raudhah sebab hari tu Puan Aliah bagitahu Kak Ira."Terang Raudhah supaya mahu melihat reaksi Iylia Liyana.Oleh kerana,dia diamanahkan Kak Nani untuk memberitahu hal berkenaan,Raudhah pun menjalankan tugasnya.
Berita cepat sahaja tersebar kerana Kak Nani menjadi pekerja Nur Athirah di Melaka.Ketika itu,Raudhah memerhatikan gerak geri Iylia Liyana.Wajah Iylia terlihat bungkam.
"Sampai hati Ira rahsia daripada aku,"katanya dalam hati.Dia benar-benar terasa kerana Nur Athirah merahsiakan hal itu.
Bukannya dia tidak pernah jumpa Nur Athirah sebelum ini.Tapi Iylia Liyana pelik,kenapa perkara begini dia mahu rahsiakan.
YOU ARE READING
Mr Bread Garang (Completed)
Romantiek"Mak,Iylia dah tak nak duduk di rumah ni lagi!" kata Iylia dengan penuh yakin. "Kau nak pergi mana?" tanya Puan Linda bersahaja. "Iylia nak cari tempat yang halal daripada rumah ni. Tak tahan tengok perangai mak! Mak asyik keluar malam,balik siang t...