Bab 66

99 7 0
                                    

Hari minggu itu,Iylia Liyana duduk dahulu di ruang tamu menonton televisyen.Namun fikirannya bukanlah ke situ.Tetapi pelbagai persoalan bermain di dalam fikirannya.

Kejadian di pejabat semalam membuatkan Iylia Liyana tidak habis berfikir.Sehinggakan Doktor Ilham mengajaknya keluar pun,dia tolak.Oleh kerana dia lebih memilih perasaannya.

Akhirnya setelah lama berfikir,dia memukul bantal yang sedang dipeluknya menunjukkan tanda geram.

"Iylia...okay ke tak tu?Mak dah siap nak berjalan ni sebab Ma Lia ajak datang rumah dia."Puan Linda menghampiri Iylia Liyana di ruang tamu setelah melihat anak daranya berkelakuan pelik.Iylia Liyana menoleh ke belakang sofa dan melihat penampilan ibunya.

Iylia tersenyum dan gembira kerana melihat perubahan ibunya yang sudah berhijab penuh dan lebih sopan sejak mengenali Puan Aliah.

Puan Aliah juga telah banyak membantu perubahan ibunya sejak bertemu pertama kali berjumpa di Melaka ketika perkahwinan Nur Athirah.

Ternyata selama tiga tahun juga,Puan Linda dan Puan Aliah merahsiakan perhubungan itu supaya Iylia Liyana tidak berjumpa dengan orang yang sudah menyakitinya.

"Hurm kalau aku pergi rumah agam tu,mesti akan jumpa Alif.Malaslah aku,"desis hati kecilnya.

"Tak naklah,mak.Iylia rasa nak duduk rumah je hari ni."

"Okay betul ni?Tapi mak nak minta tolong hantarkan mak je boleh.Cuma sebelum pergi rumah Ma Lia tu,mak nak beli mainan dulu untuk Haziq."

"Aik...Haziq pun ada?"

"Ha ah.Ma Lia cakap Alif keluar dengan secretary dia.Jadi Haziq duduk dengan dia."

"Wah...bukan main lama lagi keluar dengan secretary.Sampai sanggup suruh Pak Samad yang ambil Haziq.Okay tak apalah,kalau macam tu.Lagi bagus.Dapat jugak aku nak jumpa Haziq.Kalau ada dia,mesti dia bising tak bagi aku jumpa Haziq."

"Okaylah mak.Iylia nak ikut jugaklah.Lagipun dah lama tak jumpa Mak Leha."Iylia bingkas bangun lalu menuju ke biliknya untuk mandi dan solat sekali gus bersiap untuk ke rumah Puan Aliah.




Ketika di rumah Puan Aliah,Iylia Liyana ke dapur menemani Mak Leha menyediakan makanan.Rancak Iylia Liyana berbual dengan Mak Leha kerana dia sangat merindukan sosok itu setelah lama berpisah.

"Mak Leha tengok Iylia makin cantik sekarang ni.Badan dah berisi sikit,pandai bergaya dengan make-up.Macam lagi berseri-seri.Bila nak langsungkan?Mak Leha dengar cerita,Iylia dah ada calon,"kata Mak Leha sambil menggoreng karipap untuk juadah makan petang.Iylia Liyana berdiri di samping wanita berusia itu sambil memegang pinggan.Suasana yang pernah di laluinya berapa tahun lepas menggamit kembali.

"Eh..tak adalah,Mak Leha.Doktor Ilham tu kawan je.Hati Iylia ni dah tertutup.Lagi pun,doktor tu suka kawal pergerakan Iylia.Sebab tu Iylia tak nak dengan doktor tu,"jawab Iylia Liyana.

"Ooooh...tapi biasalah kalau dah nama sayang.Mesti akan macam tu.Iylia cubalah buka hati untuk doktor tu dulu.Mana tahu dia jodoh atau sebenarnya Iylia masih menunggu Alif ni?"toleh Mak Leha sambil mengangkat kening untuk meneka reaksi Iylia Liyana lalu meletakkan karipap di dalam pinggan.

Iylia Liyana terperangkap apabila nama itu di sebut kerana dia sendiri tidak pasti sama ada masih ada rasa atau tidak dengan jejaka garang itu.

"Eh...tak adalah Mak Leha.Iylia Cuma rasa belum masanya lagi Iylia jumpa jodoh Iylia.Mak Leha doakanlah ya.Semoga Iylia jumpa jodoh dengan baik melindungi dan membibingi Iylia.Iylia masuk dalam dulu.Nak main dengan Haziq kejap.Kesian pulak dia,main sorang dekat luar.Mak Leha tahu jelah mak dengan Ma Lia tu kalau dah borak.Mana nak ingat orang sekeliling,"jawab Iylia Liyana lalu beredar daripada dapur ke taman rumah agam itu.



Mr Bread Garang (Completed)Where stories live. Discover now