Bab 11

284 11 0
                                    

"Iylia,kau dah tahu tak?"tanya Nur Athirah selepas terkejut membaca pesanan ringkas dari majikannya yang baru.

"Tahu apa?"

"Hmmm...berat aku nak cakap takut kau tak nak kerja situ dah,"kata Nur Athirah.

"Bagi jelah tahu,"marah Iylia Liyana disebabkan emosinya terganggu dikejutkan dengan keadaan terkejut pagi tadi.

"Kau kena tukar bahagian buat roti,"kata Nur Athirah perlahan.

"Apa!!!!Aku tak nak! Mamat gagak ni memang cari pasal dengan aku mentang-mentang dia tahu aku lemah buat benda macam tu,dia kenakan aku pulak!Aku tak kira kalau dia nak tukarkan juga,aku nak berhenti!"

"Lepas tu dia pesan dekat aku,kalau kau berani berhenti jangan harap nak dapat gaji bulan ni."Nur Athirah pening dengan keadaan mereka.

"Hish....bengang betul aku!Kau cakap dengan dia,kalau nak suruh aku buat roti tolong bagi pakar pastry untuk aku kalau tak aku tak nak buat,"balas Iylia Liyana.

"Kau ni pun satu demand.Ikut jelah kata boss muda kau tu,pening aku layan korang ni!"Nur Athirah pula berang kerana terpaksa jadi orang tengah.

"Okay sorry...sorry.Aku bukan nak marah kau tapi aku bengang dengan mamat gagak tu daripada hospital sampailah aku dah duduk rumah selama seminggu ni dia masih kacau aku.Aku tak boleh tahanlah Ira.Aku rasa nak je belah dari situ."

"Relaks...Iylia.Perang baru nak bermula,"balas Nur Athirah dengan membuat muka seperti askar.

"Apa maksud kau?"tanya Iylia Liyana keheranan melihat Nur Athirah yang sedang tersenyum bangga.Kawan baiknya itu menerangkan perancangan yang harus Iylia selesaikan.Setelah mendengar dengan teliti,Iylia Liyana juga tersenyum puas.

"Macam mana,okay tak?"tanya Nur Athirah sambil tunjuk bagus.

"Mestilah okay!Tak sangka berisi juga otak kau ni,"kata Iylia Liyana dan jari telunjuk menunjuk di bahagian kepala Nur Athirah.

"Sel-sel otak berhubung dah muncul,kalau tak jangan harap kau nak tersenyum macam ni."

"Eleh...poyolah kau!"Iylia Liyana menggeletek Nur Athirah.Nur Athirah tak dapat balas balik kerana kawannya itu masih belum sembuh sepenuhnya jadi dia hanya beralah bagi dia melihat Iylia Liyana ketawa begitu,dia rasa sangat berpuas hati.

Hari pertama dalam minggu bekerja lagi Alif Azmi tidak terdaya untuk pergi ke kerja.Walaupun hari ini sepatutnya dia ditugaskan untuk memantau di kedai roti memandangkan kerjanya di office begitu banyak.Dia gagahkan dirinya untuk pergi melawat kedai itu.

"Lewat masuk kerja hari ni,Alif.Mama dah pesan jangan balik lewat malam kalau esok nak kerja lagi-lagi bawak anak dara orang ke hulur ke hilir malam-malam."

"Alif baru je berbaik dengan Rin,mama."

"Memanglah tapi peraturan tetap peraturan,"kata Puan Aliah lagi.

"Alif pergi dululah mama,"kata anak teruna Puan Aliah. Dia berjalan menuju ke pintu sambil menyarung kasut di kakinya.

"Tak sarapan dulu ke?"

"Nanti Alif makanlah dekat kedai mama,"jawab Alif Azmi lalu pergi meninggalkan ibunya di ruang makan.Puan Aliah menggelengkan kepala melihat gelagat Alif Azmi."Bertuah punya anak lain kali cakaplah nak duduk di kedai roti.Alif....Alif...."Puan Aliah menggelengkan kepala lagi.

Perjalanan memakan masa setengah jam untuk sampai di kedai itu.Alif Azmi berjalan dengan penuh gayanya.Mata pekerja wanita di situ semua tertumpu pada dia.Nur Athirah yang pelik dengan situasi itu terus memarahi mereka.

"Pergi buat kerja semua!"Semua yang terdengar berlari lintang pukang mengambil tempat masing-masing untuk mulakan kerja.

"Apa mimpi boss aku ni datang?"tanya Athirah dalam hati.Dia memerhatikan gelagat Alif Azmi yang sedang menolak pintu untuk masuk.Setelah sampai,Alif Azmi meninjau di sekeliling kedai itu seperti mencari seseorang.

"Encik Alif,cari siapa?"tegur Nur Athirah.

"Mana Iylia?Kenapa tak datang lagi ke?"

"Encik Alif lupa ke yang Iylia tu cuti.Minggu depan baru dia kembali kerja."

"Alamak!Saya lupalah,"kata Alif Azmi sambil menepuk dahi.Kalau nak diikutkan sebenarnya tujuan Alif Azmi datang ke kedai itu untuk mengacau empunya diri yang tidak datang.Dia meninjau stock roti yang sedia ada.

"Bagaimana bulan ni punya profit?"

"Okay.Tapi tak seteruk bulan yang Puan Aliah berhenti."

"Kalau macam tu,kita kena cipta resepi baru.Oh ya!Baru saya teringat lagi dua bulan akan datang kita akan jadi supplier untuk program kanak-kanak.Jadi Ira tolong beritahu pekerja semua nanti bulan tu kamu akan jadi sibuk dan kena kerja lebih masa."

"Apa?Program kanak-kanak?"Supervisor di kedai itu terkejut mendengar apa yang baru diberitahu oleh boss dia.

"Ya saya.Program amal kanak-kanak.Syarikat ni dah bersetuju nak ambil kita sebagai supplier dia,roti dan juga catering."

"Catering?Kita mana ada perkhidmatan catering,Encik Alif."

"Ooo...itu lagi satu saya lupa nak cakap.Awak dan Iylia ditugaskan untuk cari catering yang terbaik untuk program tu nanti."Alif Azmi menerangkan segala perancangannya sebelum meminta diri.

Nur Athirah membuat muka bengang."Eee...boss aku ni baru berapa bulan kerja dah nak ambil langkah drastik!"rungut Nur Athirah.Dia mengumpulkan semua pekerja untuk memberitahu apa yang telah boss mereka sampaikan ternyata mereka juga semua memberi riak wajah yang sangat terkejut kerana selama mereka bekerja belum pernah lagi mereka mengendalikan program yang besar.Masing-masing semua buat kerja dalam keadaan tidak ceria pada hari itu lagi-lagi Nur Athirah.

"Macam mana kerja hari ni?"tanya Doktor Ashraf.

"Hmmm...macam yang awak tengok sekarang ni happy ke geram,"kata Nur Athirah bersahaja.

"Jangan macam tu mesti ada sebab ni kenapa hari ni tiba-tiba orang sebelah saya ni jadi itik."Gelak Doktor Ashraf.Nur Athirah di sebelah menjelingnya.Lelaki kulit hitam manis itu berhenti ketawa dan menanyakan hal sebenar.Peneman baru hidupnya memulakan cerita dan menjelaskan apa yang dia kena buat dalam masa dua bulan ini.

"Kalau macam tu saya akan cuba tolong awak carikan catering.Pasal roti untuk kanak-kanak apa kata awak buat bentuk-bentuk yang boleh buat mereka tertarik dan dalam tu kita letak cream perisa.Macam mana,okay tak?"

"Bernas jugak idea awak tu.Tak sia-sia saya kawan dengan doktor pakar yang bijak ni."

"Eh?Kawan?"

"Ooops....sorry...sorry...teman dalam hati,"jawab Nur Athirah sehingga warna pipinya berubah merah.Doktor Ashraf tersenyum,hati dia begitu gembira sampai tidak terucap oleh dek kata-kata.Dia menekan pedal minyak lalu ke restoran untuk makan malam bersama Nur Athirah.Setelah itu,dia menghantar kekasih hatinya pulang ke rumah.

Iylia Liyana menunggu Nur Athirah dengan tidak tentu arah setelah mendapat pesanan ringkas dari temannya itu bahawa ada perkara yang perlu dilakukan lagi setelah mendapat tahu dia ditugaskan untuk membuat roti apabila Iylia masuk kerja hari pertama.Belum sempat Nur Athirah masuk ke dalam rumah,Iylia Liyana sudah bising-bising memarahi boss dia itu ini.

Setelah Nur Athirah menyelesaikan rutinnya seperti biasa setiap kali pulang daripada kerja.Dia duduk di sebelah teman baiknya yang sudah lama menunggu kehadiran dia.Nur Athirah membuka cerita perihal di kerja tadi.

"Otak dia waras ke tak?Dia tahu tak kalau dia tak berjaya laksanakan apa yang program tu minta,dia boleh rugi.Dia ingat kerja buat roti dalam kuantiti yang banyak tu senang ke?Cakap main pakai sedap mulut je.Aku tak kira,aku nak bantah apa dia buat.Bagi sini nombor dia dekat aku!"marah Iylia Liyana sambil mencapai telefon bimbit Nur Athirah yang sedang digenggam itu.

"Eh...baik tak payah.Nanti kau lagi gila bila kau cakap dengan dia.Macam kau tak kenal dia kalau nak kenakan kau."

"Ya tak ya jugak eh?Ah...peduli apa aku yang penting syarikat tu tak rugi besar."

"Aku rasa ada baiknya kita ikut je cadangan dia kalau kita kemukakan hal ni dekat Puan Aliah pun mesti dia akan setuju keputusan apa yang anak dia buat untuk mendatangkan hasil syarikat. Kau tak payahlah pening kepala,Ashraf nak tolong kita."

"Okay...okay...sekali ini je aku ikut cadangan dia lepas ni jangan harap aku nak ikut cakap mamat gagak tu,"kata Iylia Liyana dengan membuat muka sebal.Tanpa berkata apa-apa,Iylia Liyana merebahkan dirinya ke katil untuk melelapkan mata.

Mr Bread Garang (Completed)Where stories live. Discover now