Iylia Liyana memilih baju casual sesuai untuk pakaian ke pejabat. Setelah Alif Azmi membayarnya, dia membawa Iylia ke salon supaya Iylia dapat berubah seperti secretary. Daripada di kedai tadi, masing-masing diam seribu bahasa. Iylia hanya turut sahaja apa yang Alif Azmi mahu tanpa banyak soal.
Iylia betul-betul nampak elegant dengan pakain dan juga make-up yang dipakainya.Alif Azmi terpegun melihat kecantikan yang terselah daripada Iylia Liyana,dia tak sangka perempuan yang dia suka kacau boleh jadi cantik.
Sebelum pergi ke pejabat, mereka ke kedai mamak dahulu untuk makan tengah hari.
"Apa pandang-pandang? Aku tahu aku cantik...Tak payah nak pandang aku macam tu,"kata Iylia Liyana supaya Alif mengalihkan pandangnya. Dia rasa tak selesa bila jejaka di depan dia hanya memandangnya.
"Eeee....kau jangan nak perasan...Aku pandang orang belakang dekat sana..."
"Oooh...yeke...kejap ye..Aku nak tengok kau pandang mana sebenarnya." Iylia Liyana mendekatkan wajahnya. Alif menepis mukanya dengan tangan.
Dia jadi gelabah tanpa dia sedar jantungnya turut berdegup laju.
"Kau jangan nak macam-macam,Iylia," kata Alif Azmi dengan suara yang bergetar.
"Hahahahhaahaha....tahu pun takut. Yes! Berjaya aku kenakan dia kali ni." Iylia Liyana berkata dalam hati. Kalau diikutkan, dia tak nak berborak dengan Alif.
Tapi dia beranikan diri supaya boss singa itu tidak memandang dia dalam tempoh yang lama.
"Encik Alif...Encik Alif...Oooo....Encik Alif." Iylia memanggilnya perlahan apabila melihat lelaki itu seperti tidak mahu bicara dengan dia.
Alif Azmi sengaja buat begitu supaya Iylia sedar akan kesilapannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu marah sedangkan hal itu hanyalah remeh sahaja.
"Encik Alif...Please be professional! Ni dah nak dekat pukul 2.30 p.m. Meeting pukul 3.00 p.m. kan?" Alif masih tidak jawab. Iylia bengang lalu membayar makanan di kaunter dan terus ke kereta.
"Menyesal aku ikut mamat singa ni. Kejap okay kejap tak okay," kata Iylia sambil menguis kasut sneakers atas jalan tar. Dia melihat Alif Azmi sedang menghampirinya.
"Mana high heels aku beli tadi? Kenapa tak pakai?"
"Dah cuba tapi sakit. Nanti kejap lagi saya pakai." Iylia Liyana menggunakan bahasa formal kembali supaya tidak nampak kasar kepada boss dia.
Walaupun ikutkan sepatutnya Alif Azmi yang perlu minta maaf kepada dia tapi Iylia malas mahu memanjangkan cerita.
Alif Azmi turut juga rasa pelik sebab Iylia hari ni betul-betul lain tak seperti yang dia lihat dulu sewaktu pertama kali jumpa.
"Encik Alif..kenapa Encik bawa saya? Kenapa tak bawa secretary Encik Alif yang ada dekat office tu?" Iylia saja memancing Alif Azmi untuk berbual.
Lagi pun dia sudah tahu apa yang terjadi melalui gossip yang tersebar di dalam kedai. Secretary tersebut cuba untuk menggoda Alif Azmi dan membuat perancangan yang tidak baik untuk syarikat.
Tapi disebabkan atas dasar budi Puan Aliah, secretary itu masih kekal kerja dengan mereka.
"Adalah sebab dia. Ikut je. Tak payah banyak cakap."
"Ok fine! Sampai bila-bila aku tak nak cakap dengan kau. Time aku nak berbaik dengan kau, kau buat macam ni." Iylia Liyana berang dengan perangai boss singa dia.
Tiba sahaja di syarikat itu, Iylia berasa nervous. Ini pertama kali, dia menjejakkan kaki ke bangunan megah ini sebagai secretary sementara.
Alif Azmi jalan di hadapan dia sambil membawa suit case tanpa sedikit pun memandang insan yang berada di belakangnya.
Iylia hanya turuti sahaja walaupun kakinya sakit. Bagi dia, kalau tak disebabkan paksa. Sudah lama dia balik dengan senyap-senyap.
"Iylia, mana kotak roti yang aku bawa tu?"
Iylia terpinga-pinga.
"Ah? Ada ke Encik Alif?""Ada dekat bonet kereta. Lain kali jangan main jalan je, tengok sekeliling. Ni tak. Buat hal sendiri je. Pergi ambil dalam bonet sekarang. Ambil ni,” kata Alif Azmi lalu menacampakkan kunci kereta ke arah Iylia Liyana.
Dengan muka yang masam, Iylia berlalu pergi mendapatkan kotak yang berisi roti itu. Mereka menuju ke bilik meeting Syarikat SS Sdn. Bhd selepas Iylia selesai mengerjakan urusannya.
Meeting bermula sebaik sahaja semua wakil daripada syarikat itu tiba. Iylia Liyana duduk di sebelah Alif Azmi ketika lelaki itu memulakan perbicaraan dan dia terpegun kerana Alif membuat presentation begitu berkarisma, sedikit pun tiada cacat cela.
Baru dia tahu kini kenapa boss singa itu membawanya ke sini. “Terima kasih, boss. Sejahat mana pun dekat aku, sayang juga kau dekat aku,” desis hati kecil hati Iylia dan dalam dia mengukirkan senyuman.
Tanpa dia sedar, ada seseorang tengah menjeling ke arah dia.
“Cik Iylia, boleh tolong bagi sample roti tu dekat semua yang berada di sini. Maaf ye semua. Secretary saya ni memang macam ni sebab dia baru lagi. Jadi semua kerja kena bagitahu.” Alif Azmi selamba berkata begitu tanpa segan silu. Merah padam muka Iylia Liyana disebabkan ayat Alif yang menikam jiwanya.
Bagi dia, ini bukan kerja sebenarnya. Dia lagi sanggup membuat roti daripada kena jumpa orang-orang koperat yang berada di sekelilingnya.
Walaupun dia hanyalah begitu, tak bermakna Alif boleh memalukan dia depan orang ramai. Baru je dia puji boss singa, tapi apa yang dapat sebaliknya. Bertabahlah, Iylia.
Iylia memberi sample roti itu kepada semua yang berada di situ dengan senyuman yang paling ikhlas supaya dia dapat menutupi hatinya yang sedang membuak nak marah itu.
Selesai sahaja meeting itu, semua berpuas hati dengan presentation yang Alif berikan.Bukan setakat itu sahaja, semua bangun dan menepuk tangan untuknya. Iylia juga turut melakukan hal yang sama. Dia bangga dengan pencapaian boss singa itu.
Alif Azmi mengucapkan terima kasih dan berharap syarikatnya akan diterima untuk supply roti di Syarikat SS Sdn Bhd. Alif turut juga bangga dengan dirinya walaupun baru sahaja berapa bulan mengambil alih syarikat ibunya, dia dapat meyakinkan syarikat lain untuk terima syarikat mereka sebagai supplier.
YOU ARE READING
Mr Bread Garang (Completed)
Romance"Mak,Iylia dah tak nak duduk di rumah ni lagi!" kata Iylia dengan penuh yakin. "Kau nak pergi mana?" tanya Puan Linda bersahaja. "Iylia nak cari tempat yang halal daripada rumah ni. Tak tahan tengok perangai mak! Mak asyik keluar malam,balik siang t...