──── ❛ 𝐇𝐃 ⵓ 𝐎𝟏𝟗 ❜

137 30 64
                                    

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

"Soobin!"

"Ya Minjuku ?"

"Boleh tak jangan makan chip coklat tu ?"

Lelaki itu mengeleng , mulutnya memuncung sebelum dia menyumbat lagi chip coklat kedalam mulutnya.

Geram pula rasanya bila dia masih lagi menikmati chip coklat yang sudah tinggal separuh itu.Sisa geram ketika dia membawaku merempit petang tadi pun tidak hilang lagi !

Kalau aku lambat memeluk lelaki itu mungkin aku sudah terbang kebelakang ditiup angin seperti layang-layang.

Bukan itu sahaja berani betul dia kata yang aku ini tunang dia dekat abang cashier kedai runcit tadi yang sibuk kenyit-kenyit mata padaku.

Terdiam terus abang cashier itu selepas dijeling Soobin.

"Sedaplah...bagi aku makan sikit jangan lah kedekut sangat..."

Aku sudah mendengus geram, masak dengan kata-kata lelaki itu yang semuanya dipenuhi DUSTA!

"Eh eh tak payah lah nak mengada Soobin,bagi balik chip coklat tu! NOW! "

Tercungap-cungap aku mencari nafas , penat mengejar Soobin yang berlari mengelilingi kitchen island bersama bekas chip coklat ditangannya.

"Kalau aku taknak? "

Kening Soobin terangkat-angkat tanda mencabarku.Kepalaku yang sudah sedia panas ini mengeluarkan asap halimunan,tajam mataku memandang Soobin yang masih lagi mengunyah itu.

Memang nak kena betul Choi Soobin ni.

Senduk kayu yang berada diatas Kitchen Island aku capai lalu kubaling kearahnya dan-

BULLEYES!

"ACK! YAH SONG MINJU! SAKIT LAH!"

Sudu kayu itu selamat menghentam dahi Soobin.

Dapat kulihat lelaki itu menahan sakit,dahinya tidak henti-henti digosok untuk mengurangkan rasa sakit.Mulutnya mengeluarkan bunyi menahan sakit.

Tiba-tiba pula aku rasa kesian tengok dahi dia yang kemerahan itu,aku menghampiri Soobin yang duduk dikerusi sambil memegang dahinya.

"Tepi tangan...meh sini aku tengok..."

Tangan Soobin aku tolak ketepi,dahinya yang kemerahan itu aku pandang lama terbit perasaan serba-salah apabila aku melihat dahi lelaki itu,kuat sangat agaknya aku baling senduk tu.

꒰ ꗃ hello december ⨾ c.soobin 𔘓 ꒱Where stories live. Discover now