▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Jam ditangan Minju jeling sekilas sudah masuk pukul 9:30 malam padang dan kawasan sekolah semakin dipenuhi ramai pengunjung.
Tengkuknya yang sudah lenguh itu diurut-urut perlahan bagi menghilangkan rasa sakitnya.
Hari ini dia didera teruk oleh Ryujin bengong tu.Dalam keadaan dia memerlukan bantuanlah kawannya itu sakit perut , dia fikir Minju tak tahu lah tu yang dia tengah dating dengan Kim Jongbin ketua pengawas sekolah tu.
"Aaa lenguhnya...."
Leher masih lagi diurut dan ditumbuk perlahan,balik ni dia perlu minta eomma tolong urutkan kalau dibiar boleh terpatah tengkuknya nanti.
"Minju Sunbaenim! Ssaem Lee minta Sunbae bawa minuman dekat depan pintu tu ke padang..."
Taesan yang tiba-tiba muncul disebalik tirai dewan itu sedikit mengejutkan ku,Minju mengeluh kecil dia baru sahaja duduk berehat dan sekarang dia perlu melakukan kerja lagi.
Troli yang berisi berkotak-kotak air berperisa itu aku tolak,sudahlah jarak dewan dengan padang sekolah jauh memang siaplah Shin Ryujin tu kalau dia jumpa nanti.
Memang dicampak kotak minuman ini dekat muka gadis itu nanti ! Troli kutolak menggunakan sisa tenaga yang aku ada tiga kali percubaan dan semuanya sia-sia kerana troli itu langsungh tidak bergerak dari tempatnya.
"Huwa kenapa berat sangat!?"
Kakiku hentak geram apabila troli yang kutolak itu tidak beranjak dari tempat asalnya,macam mana aku nak hantar ni kalau trolinya pun tak mahu bergerak ?
Ssaem Lee pun satu banyak lagi lelaki dalam dewan ini aku yang perempuan jugalah dia suruh buat semua kerja berat ni.
"Nak aku tolong?"
Suara garau yang sangat aku kenal itu sedikit mengejutkanku,Soobin yang tersenyum manis itu aku pandang.
Dahi berkerut melihat penampilan lelaki itu , sangatlah casual dengan mafela biru terlilit kemas dilehernya kacak sungguh ciptaan tuhan yang satu ini.
"Nak ke tak?"
"Nak lah... Berat tau tak aku tolak tak bergerak langsung..."
Air kotak yang tersusun kemas itu aku tumbuk geram seperti aku menumbuk wajah Ssaem Lee itu.
"Dengan kotak pun naik angin? "
"Diamlah ... mestilah aku naik angin dalah berat nak kena tolak jauh sampai ke padang aku ni perempuan mana kuat kalau kau yalah kuat."
YOU ARE READING
꒰ ꗃ hello december ⨾ c.soobin 𔘓 ꒱
Romancetxt choi soobin short fanfiction ❛apa dosa aku dapat crush perangai hanat ni- ❜ START ⵓ 011220 END ⵓ 010121 STATUS ⵓ COMPLETE ©LEVOCHKA - / 2020