▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Minju terkejut apabila Soobin sudah berada dihapadannya , Shibal bila masa dia bergerak Minju sendiri pun tak pasti sebab baru sahaja dia melihat Soobin berada diatas pentas dan tak sampai beberapa minit lelaki itu sudah berada di hadapannya.
Soobin dijeling sekilas
"Mana ada aku mengelamun...aku tengah hias meja ni tak nampak? "
Muka Soobin ditamparnya menggunakan kain alas meja tidak kuat manapun sekadar ingin menggertak sahaja,lelaki itu pula hanya tersenyum-senyum.
Minju sendiri pun tak pasti apa yang disenyumkan oleh lelaki itu , lepas ditendang semalam terus otaknya senget ke apa ?
"Kau nak apa ni Soobin? Jangan main-main lah kerja aku ni tak siap lagi..."
Tangan lincah menyusun semua peralatan hiasan kedalam kotak,sekali-sekala mata menjeling Soobin yang dari tadi merenungnya.
Cocok biji mata tu baru tahu.
"Tuan Soobin awak nak apa ya?saya ada kerja lag-"
"Kau tak kisah kalau aku panggil kau Sayang?"
Minju tersentak mendengar soalan Soobin,selama ini dia panggil aku sayang tidak pernah pula dia tanya soalan sebegitu harini kenapa tiba-tiba pula?
Sah otak lelaki itu senget !
"Kau tak kisah langsung ? "
Soobin disebelah aku tatap lama cuba untuk membaca air mukanya yang nampak biasa sahaja.
Tiada yang pelik dengan lelaki itu...
"Tak-"
"Sebab?"
Aku terdiam seketika.
Sebab?
"Tiada sebab tapi kalau kau nak sebab juga aku ada satu.."
"Apa sebabnya ?"
"Tiap kali kau panggil aku sayang mesti ada je benda kau nak suruh aku buat,aku lama-lama dah biasa jadinya aku tak kisah sangat kalau kau nak panggil aku sayang kalau kau panggil cinta hati pun aku tak kesah..."
"Lagipun aku tak rasa kau akan panggil aku sayang tu bermakna kau faham kan maksud aku ?"
"Oh-"
Minju memandang Soobin pelik.
Oh?
Itu sahaja reaksinya? penat dia beri sebab dekat lelaki itu dan reaksinya hanya Oh sahaja.
"Kalau panggilan tu betul-betul bermakna kau balas tak ?... maksud aku macam bermakna macam kau cakapkan tu-"
"Mungkin tapi kalau kau-"
Bicara Minju terhenti otaknya ligat berfikir ah dia tak tak bersedia lagi mahu confess.
"Kalau kau mungkin aku tak balas- Kejap-kejap kau okay tak ni ? kenapa soalan kau pelik-pelik ni ?"
"Aku..."
Soobin menggelengkan kepala,jelas wajahnya menunjukkan reaksi kecewa selepas mendengar jawapan gadis itu tapi dia masih tersenyum manis.
Dahi Minju berkerut pelik.
"Tak apalah,abaikan soalan aku tu..Kerja kau kalau dah siap nanti tolong aku hias pokok pula lepasni..."
Minju hanya menangguk,kenapa muka dia nampak macam orang lepas di reject pula tu ?
Kejap kenapa dia rasa macam ada yang tak betul pada Soobin tu ?
☆゚.*・。゚☆゚.*・。゚☆
Ini Choi Soobin...
Dan ini Steve Choi !
Selamat meleyot ges (•‿•)
☆゚.*・。゚☆゚.*・。゚☆
YOU ARE READING
꒰ ꗃ hello december ⨾ c.soobin 𔘓 ꒱
Romancetxt choi soobin short fanfiction ❛apa dosa aku dapat crush perangai hanat ni- ❜ START ⵓ 011220 END ⵓ 010121 STATUS ⵓ COMPLETE ©LEVOCHKA - / 2020