WILDAN | 22

2.1K 157 17
                                    

[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]

   Kiri dan kanan dipandang. Pokok, pokok, dan pokok. Bawah pula ada semak samun yang tidak berapa tinggi tetapi sangat tebal.

   Hutan.

   Alisa menelan liur. Dia takut. Mana pernah dia masuk hutan. Walaupun abahnya seorang askar, namun tidak pernah sekalipun dia mengikuti abahnya untuk menyertai apa-apa aktiviti di dalam hutan. Lainlah Abang Am dan Aliff, sentiasa mengikut abahnya ke hutan semasa cuti dahulu. Dia anak perempuan, memanglah tak minat masuk tempat-tempat macam ini.

   Lelaki bertopeng di sebelahnya dipandang. Hanya berjalan tanpa ada rasa risau sedikit pun. Nampak terlalu yakin.

   "Awak," panggil Alisa perlahan.

   "Hmm," sahut lelaki itu dingin. Persekitaran sekeliling dipandang satu persatu. Ingin mengesan sekiranya ada bahaya yang mendatang. Parang yang dibawa di dalam beg galasnya sudah dipegang kemas di tangan sebagai langkah keselamatan.

   Alisa menelan liur. Mak aih suara! Dingin banget!

   "Ermm...emm," Teragak-agak Alisa mahu bertanya. Takut pula bila lelaki itu nampak serius sahaja. Walaupun hanya mata yang dia nampak, namun sepasang mata itu nampak serius memandang sekeliling. Seram!

   "Kau nak tanya apa?" Soal lelaki itu pula. Tadi nak tanya, sekarang tak mahu pula.

   "Ermm, betul ke jalan ni?" Akhirnya Alisa meluahkan apa yang ingin ditanya dari tadi.

   Lelaki bertopeng itu berhenti  berjalan. Alisa yang hanya tinggi separas bahunya dipandang.

   "Kau tak percayakan aku?" Tebaknya.

   Alisa terkulat-kulat di tempatnya. Soalannya tadi berbunyi macam dia tak percayakan lelaki itu, ke? Rasanya tak. Kalau dia tak percaya, memang tidaklah dia nak ikut lelaki itu masuk hutan. Berdua pula tu.

   "Eh, tak! Saya percaya. Cuma..." Alisa tersenyap sebelum tersengih. "...cuma awak macam yakin je jalan ni jalan betul," sambungnya perlahan.

   Lelaki itu terdiam. Tangannya naik ke atas kepala Alisa. Alisa pula terkaku di tempatnya. Terasa tangan lelaki itu mengusap kepalanya yang berlapik tudung. Speechless, bhai.

   "Ada pasir atas kepala kau. Jalan guna kepala ke apa?" Kata lelaki itu sebelum menyambung perjalanan.

   Alisa ternganga. Jalan guna kepala?! Ingat ni b-boy? Headspin segala?

   Kakinya mengikut lelaki itu yang berada jauh di hadapan. Sampai di sebelah lelaki itu, mulutnya dimuncungkan. Geram bila soalannya tak dijawab. Kalau pun rasa dia tanya soalan budak tadika, jawab sajalah. Nak palau-palau pula!

   "Nampak laluan ni?" soal lelaki itu tiba-tiba. Jari telunjuk dituding ke jalan yang sedang mereka guna.

   "Mestilah nampak," jawab Alisa. Orang rabun pun nampaklah.

   "Ini, denai. Sebenarnya rumput tapi sebab banyak kali dipijak, rumput yang ada dekat sepanjang laluan ni mati. Maksudnya, laluan ni laluan yang selalu digunakan," terang lelaki itu.

   Alisa mengangguk. Ilmu baru dia dapat harini. Selama ini tak tahu pula rumput boleh mati kalau selalu dipijak.

   "Lagipun semak samun ni pun nampak macam baru ditebas. Ranting kayu pun tak ada. Maybe ada orang guna laluan ni sebelum kita," sambung lelaki itu lagi. Matanya masih memandang sekeliling untuk berjaga-jaga.

WILDAN ✓Where stories live. Discover now