Malam itu, Alisa berehat di bilik selepas menunaikan solat Isyak sambil membaca chat di group WhatsApp keluarganya.
Amzar Harith ♡
—Am blk malam Sabtu tau, ma. Afiqah kerja petang tu.Mama ♡
—Ok. Drive elok² tu Am. Ingat anak biniAmzar Harith ♡
—Ya, In shaa Allah.Aliff Lutfi ♡
—Am make sure bwk blk babyboy kesayangan aku 🙋Amzar Harith ♡
—Habis tu kau igt aku nk tggl dia kat rumah sensorang 😑 fikir dulu sebelum type, Lif.Aliff Lutfi ♡
—Aloo janganla marah Am. Kau ni ingtkn lps dpt anak kurang lah sikit serius tu 😙Amzar Harith ♡
—Aku dh ckp baik dh ni, bro.Aliff Lutfi ♡
—Tak rasa camtu pun 😕Aqila Zahira ♡
—Apa benda kome-kome gaduh ni? 😷😑Aliff Lutfi ♡
—Abg Qila tu lah 😁 serius sgt, org gurau pun nk marahAmzar Harith ♡
—Whatever. Malas nak layan. Ingat dah tua ni matured la sikit prgai.Aqila Zahira ♡
—😂😂😂 Bialah dia Abg Am. Mmg selalu camtu. Drama.Aliff Lutfi ♡
—Tak baik tau aniaya aku. Dah la single 😢Mama ♡
—Tulah. Mama suruh khwin tak mau. Lepas tu mulalah single sana, single sini. Padan mukaAmzar Harith ♡
—Padan muka! Shoot! 😂😂😂😂😂Aqila Zahira ♡
—Bagus, ma! 😂👍Aliff Lutfi ♡
—Waaa 😨 3 lawan 1 mana aci. Ini situasi berat sebelah 😣 adik!!! mana adik?!! Aliff dibuli niAqila Zahira ♡
—Macamlah adik nak bela Aliff 😁Amzar Harith ♡
—Adik, adik takyah menangkan dia @meAliff Lutfi ♡
—Aa cakap jelah korang dengki kan adik syg aku lebih kan 😙Aqila Zahira ♡
—Mana ada! Adik syg Qila lagi la 😕Amzar Harith ♡
—Takde masa lah nk jealous ngan kauMe
—Hmm, adik syg semua samalah
takyah gaduh² 😅😂Aliff Lutfi ♡
—Adik sampai hati 😑Aqila Zahira ♡
—Hahahaha padan mukaMe
—hehe bai adik off dulu, nk buat kerja. Kirim salam dekat semua.Telefonnya ditutup sebelum meregangkan badan. Alisa bangun dan bergerak ke meja belajarnya. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan duduk di situ.
Bacaan doa sebelum belajar dibaca untuk memudahkan tugasannya. Sudah menjadi kebiasaan bagi Alisa untuk memulakan pengajian dengan doa tersebut termasuklah sebelum membuat tugasan. Amalan yang satu itu tidak ditinggalkan selepas tamat sekolah menengah tiga tahun lepas.
Beg laptop dibuka lalu buku notanya dibawa keluar. Lampu belajar dihidupkan untuk menerangi meja belajar itu. Matanya memang tidak berapa nampak dalam gelap, oleh sebab itu lampu siling saja tidak mencukupi.

ANDA SEDANG MEMBACA
WILDAN ✓
Tajemnica / ThrillerGenre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧...