[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]
Alisa bermain-main dengan jarinya. Bosan. Sejak dia sedar petang kelmarin sehinggalah pagi ini, tiada siapa yang datang ke wadnya selain daripada Daniel. Selepas memanggil doktor petang kelmarin, Daniel masuk sekali lagi untuk menghantar telekung dan makanan.
Makan malam dan sarapan pagi tadi pula hanya dihantar oleh jururawat yang bertugas.
Macam manalah keadaan Fateh, ya?
Televisyen yang memaparkan drama Thai dipandang tanpa minat. Subtitle pun tiada, manalah dia faham.
Qila. Keluarganya pasti risau yang amat sejak hari itu. Dia pun tidak pasti sudah berapa lama dia hilang sejak kejadian culik di pasar malam tempoh hari.
Tok! Tok!
Alisa mengurut dadanya. Terkejut apabila pintu tiba-tiba diketuk.
Tudung sarung yang tersangkut di atas penghadang katil diambil lalu dipakai. Entah dari mana datangnya, bangun pagi tadi sudah ada di atas meja kabinet di tepi katil di dalam plastik dengan nota yang membenarkan Alisa untuk memakainya.
"Masuk!"
Pintu biru itu perlahan-lahan terbuka. Daniel masuk dengan membawa beg kertas dan plastik.
"Hai," tegur lelaki itu. Senyuman dihulurkan.
Alisa membalas senyuman lelaki itu sebelum membalas.
"Assalamualaikum. Awak orang Islam, kan?" Jawab Alisa. Tiada niat untuk menyinggung perasaan Daniel, hanya ingin memastikan.
Daniel terkelu. Belakang tengkuknya digosok sebelum tersengih.
"Waalaikumussalam," balasnya perlahan.
Alisa tersengih lucu. Comel saja bila Daniel malu-malu.
"Erm, saya datang nak bagi awak benda ni," kata Daniel memecahkan kesunyian. Janggal. Namun lebih selesa berbanding pertemuan pertama mereka. Alisa yang menegahnya daripada menggunakan gelaran 'Cik'.
Tangannya menghulurkan beg kertas dan plastik berisi makanan yang dibawanya tadi.
Alisa melihat tanpa mengambil.
"Kenapa tak ambil? Ambillah. Bukan ada bom ke apa," gurau Daniel.
"Manalah tahu, kan," balas Alisa sebelum mengambil pemberian itu.
Beg kertas itu dibuka sebelum isinya dikeluarkan. Sehelai kemeja lengan panjang berwarna kelabu, seluar slack hitam dan tudung bawal hitam.
Alisa memanggung kepala. "Untuk saya?"
Daniel mengangguk. "Iya. Untuk awak. Awak pakai hoodie Tuan Muda malam tu. Dengan berdarah lagi. Pakailah," terangnya. Baju yang dipakai oleh Alisa pada malam berdarah itu sudah dibuang. Dipenuhi dengan darah dan terkoyak sana sini.
Alisa mengangguk. "Terima kasih," ucapnya ikhlas.
"Small matter," balas Daniel.
"Tadi saya dah tanya doktor, and dia cakap awak boleh discharge harini. Nanti family awak datang ambil," kata Daniel.
Alisa mengangkat kepala. Terkejut.
"Macam mana awak boleh contact family saya?"
"Saya ambil nombor dari iklan. You know what, dah seminggu kecoh ada tourist from Malaysia yang hilang dekat Phuket. I just give it a try, and memang betul orang yang hilang tu awak. Dan petang nanti family awak akan sampai," jelas Daniel. Sofa hijau muda di bahagian kiri wad itu diduduki.
YOU ARE READING
WILDAN ✓
Mystery / ThrillerGenre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧...