[Attention: Any incidents/situation stated in this chapter is from author's imagination only. Do not relate with real places and stories.]
Alisa berusaha meleraikan cengkaman tangan King dari lengannya. Namun kudrat wanitanya tidak mampu melawan tenaga lelaki itu.
"Fateh! Fateh!" Jeritnya. Fateh yang sudah tidak sedarkan diri dipandang hiba. Janganlah dia mati! Tolong bertahan!
"Senyaplah!" Jerkah King. Membingitkan telinga mendengar jeritan perempuan itu.
Alisa tersentak. Terus senyap tanpa melawan.
Namun air matanya masih galak mengalir. Dia tidak mahu dijual atau menjadi pelacur. Mama! Abah!
Baru sahaja badannya ditolak memasuki kenderaan pacuan empat roda hitam milik King, kawasan itu bergema dengan bunyi pergerakan angin yang kuat.
Alisa menjengukkan kepala ke langit. Matanya terbeliak luas. Helikopter! Bukan satu, tetapi dua buah!
Ini pasti bantuan yang diminta oleh Fateh tadi!
King terpinga-pinga. Orang-orangnya dipandang. Masing-masing mengangkat bahu. Tidak tahu apa yang terjadi.
Sehinggalah seorang lelaki keluar dari helikopter itu dengan tangga tali dan mendarat dengan selamat. Seorang demi seorang turun dari kedua-dua buah helikopter itu. Kesemuanya membawa senapang di tangan.
Menyedari helikopter yang tiba-tiba muncul itu merupakan pasukan keselamatan, King lekas memasuki kenderaannya. Pemandu diarahkan memecut laju meninggalkan kampung tersebut.
Bang! Bang!
Sreett!
Kereta itu brek secara mengejut.
"Apa lagi?!" Marahnya.
"Tayar pecah, bos!" Jawab pemandunya. Kepala digaru kasar.
King merengus. Tayar keretanya sudah ditembak oleh pasukan keselamatan itu. Bibir diketap mencari jalan agar dapat meloloskan diri.
Alisa ditarik keluar dari kereta sebelum lehernya dipeluk kasar. Pistol di tangan diacu pada kepala gadis tersebut.
"Come closer and I'll shoot her to death!"
"Drop the gun, now!" Arah salah seorang daripada pasukan keselamatan itu.
Kiri dan kanan dikerling. Semua anak buahnya sudah ditangkap. Bodoh!
"Don't come closer!" Tempik King. Alisa dipegang erat. Satu-satunya cara untuk melepaskan diri saat ini.
Perlahan-lahan kakinya diundur ke belakang bersama Alisa di dalam pegangannya.
Belakangnya dilihat. Pintu masuk rahsia kampung itu. Pasti pihak keselamatan tidak mengetahui laluan tersebut.
"Take her!" Alisa ditolak kuat ke hadapan sebelum King melarikan diri ke pintu masuk tersebut. Pasukan keselamatan pantas mengejar lelaki itu.
Alisa yang tersembam ke atas tanah memegang perutnya. Sakit apabila terhentak kuat di atas tanah yang keras.
Tanpa menghiraukan kesakitan tersebut, langkah digagahkan ke arah Fateh yang masih tidak sedarkan diri.
Kepala lelaki itu diangkat lalu diletakkan di atas ribanya. Alisa menangis. Dengan tangan yang terketar-ketar, nadi lelaki itu dicari. Masih ada walaupun sangat lemah.
"Awak..."
"Tolong bertahan..."
Dahinya dicantumkan dengan dahi Fateh. Kerana dia, lelaki itu dipukul separuh mati. Kerana dia, lelaki itu tidak sedarkan diri. Kerana dia, lelaki itu ada di sini.
YOU ARE READING
WILDAN ✓
Bí ẩn / Giật gânGenre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐢𝐦𝐬𝐞𝐥𝐟. . Once upon a time; "𝐈𝐟 𝐰𝐞 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐧...