WILDAN | 39

2K 149 2
                                    

   Tit! Tit!

   Tit! Tit!

   Bunyi jam loceng menyedarkan Alisa dari tidurnya yang lena. Tangan menggagau-gagau almari kecil di sebelah katil. Mencari jam loceng yang membingitkan telinga.

   Tap!

   Dapat. Punat kecil di atas jam itu ditekan menghentikan bunyi jam itu. Alisa kemudiannya kembali berselubung di dalam gebarnya.

   Matanya masih mengantuk. Lagipun hari ini hari Sabtu, jadi dia tidak bekerja. Kebetulan dia tidak boleh solat, jadi tiada masalah untuk menyambung tidurnya.

   Tok! Tok! Tok!

   Tidurnya sekali lagi diganggu apabila pintunya diketuk bertalu-talu dari luar.

   "Lisa!"

   "Lisa!"

   Tok! Tok! Tok!

   "Lisaaaaa!"

   "Ermh..." Malas-malas badan diangkat lalu dibawa ke muka pintu.

   Matanya masih tertutup menahan kantuk yang tersisa.

   Pintu kayu itu dibuka.

   "Nak apa?" Tanya Alisa. Badan disandar pada penghadang pintu. Sarah yang bercekak pinggang dipandang geram.

   "Kau tidur pukul berapa semalam?"

   "Pukul... dua kut," balas Alisa. Mulut yang menguap ditutup dengan tangan.

   Sarah menggeleng.

   "Kenapa tidur lambat? Harini kan dah janji nak pergi beli barang dapur," bebel Sarah.

   "Emh, ngantuklah weh. Kita pergi petang lah."

   "No, no, no! Aku dah siap-siap dah ni. Suka hati je nak cancel."

   Alisa mengeluh. Menyesal berjanji semalam nak pergi pagi-pagi. Last last diri sendiri yang rugi.

   "Tapi-" Alisa membuka mulut mahu membantah.

   "Tak ada. Pergi mandi sana. Aku tunggu setengah jam. Kalau tak siap juga, biar aku sendiri yang mandikan kau," ugut Sarah geram.

   "Eleh, macamlah berani," omel Alisa perlahan. Kantuknya sudah hilang.

   "Apa dia?!"

   "Tak ada apa-apa. Pergilah bilik kau. Nanti aku turun," dalih Alisa.

   "Tiga puluh minit. Ingat tu!" Pesan Sarah mengingatkan.

   "Iya."

   Pintu bilik ditolak untuk ditutup namun sempat ditahan oleh Sarah.

   "Apa lagi?"

   "Tiga puluh minit. Sahaja."

   "Iya, aku tahulah. Dah, syuh syuh. Aku nak mandi," halau Alisa.

   "Kalau kau tak ke-"

   Dum!

   Pintu ditutupnya kasar. Kalau tak sampai kesudah tak akan habis.

   Tuala di penyidai ditarik lalu kaki dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri.

   "Kalah nenek aku," bebelnya seorang diri.

   Huargh! My precious sleeping time!

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

WILDAN ✓Where stories live. Discover now